24 February 2010

TIBA-TIBA JE MIG29N BOLEH TERBANG SEMULA


MIG29N Pesawat Tempur Pelbagai Guna (MRCA) boleh terbang! Sebelumnya, pesawat itu diumumkan oleh Menteri Pertahanan akan ditamatkan perkhidmatan penghujung tahun ini. Bukan kerana enjinnya hilang atau rosak tetapi kerajaan berkata kos penyelenggaraan RM 260 juta setahun tidak berbaloi ditanggung oleh kerajaan.

Pengumuman Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi sebelum ini untuk menamatkan perkhidmatan pesawat MRCA itu mengundang kritikan daripada pelbagai pihak termasuk Tun Dr. Mahathir yang bertanggungjawab memperkenalkan teknologi ketenteraan Russia di negara ini.

Akibat desakan pelbagai pihak akhirnya kerajaan 1Malaysia terpaksa akur untuk menggunakan pesawat berkenaan sekurang-kurangnya untuk tempoh 5 tahun lagi. Walau bagaimanapun, mengulas isu yang sama, Panglima TUDM berkata hanya 10 pesawat yang dapat beroperasi. Manakala bakinya yang 8 buah lagi tidak akan digunakan. Tak tahulah mungkin dijadikan tukun atau dikitar semula untuk dijual sebagai besi buruk. Polis dan SPRM kena siasat juga, mana lah tahu enjin pesawat itu dah hilang!

Bayangkanlah jika rakyat khususnya pimpinan Pakatan Rakyat tidak membangkitkan isu ini berapa banyak lagi duit negara lebur di tengah kegawatan ekonomi. Bagi saya jika betul duit itu 100% digunakan untuk menambah aset ketenteraan baru itu tidak perlu dipertikaikan. Tetapi apa yang mengundang kritikan ialah bayaran komisyen yang tinggi kepada pihak yang tidak sepatutnya yang buat untung atas angin.

1 comment:

Anonymous said...

Wow!!! Panglima tentera Udara!!! kalau hanya sepuloh sahaja apa ke cukup untuk mempertahankan ruang angkasa Malaysia? Ini kes nak tipu Melayu lagi... betul bengap punya Panglima.
Berapa kos projection untuk maintain 10 buah sahaja? Viability untuk pertahanan negara atau compensating in the interest of contractor?
Yang 8 buah itu untuk apa? Simpan sahaja? Nak simpan pun kena buat preservation dan perlu duit!!! jadi apa pasal kelabu asap punya Panglima nanti terbiar maka injin pun bolih hilang.
Pak Menteri kalau duit tak cukup tetapi kenapa TUDM beli jet MB339 dari Itali tanpa injin. Ini sejarah dalam dunia beli hanya kerangka baru!!! woi... nak tipu rakyat lagi ke???? Siapa yang buat untung beli body jet tanpa injin?. Menteri ke? PAT ke? PTU ke atau PTU yang dah bersara? Bila nak dedah??????????