10 May 2009

MUKTAMAR PEMUDA PAS NEGERI MELAKA SEDANG BERLANGSUNG

Ucapan Perasmian S/U DPP Pusat, Saudara Ahmad Sabky Yusof
Ketua DPPNM, Ustaz Kamarudin Sidek sedang menyampaikan ucaptama
Saff Kepimpinan DPPN Melaka sesi 2008/2009
Tetamu jemputan Ketua Pemuda DAP dan Ketua AMK negeri Melaka turut hadir. Turut kelihatan mantan Ketua DPPN Melaka

Perwakilan kawasan-kawasan. Perwakilan berbaju hijau dari Kawasan Bukit Katil

MUKTAMAR PEMUDA PAS NEGERI MELAKA DIJANGKA PANAS!

Hari ini berlangsung Muktamar Pemuda Pas Negeri Melaka kali ke 34. Muktamar kali ini dijangka panas kerana tidak dibuat di resort atau hotel yang dilengkapi 'air cond' seperti tahun-tahun sebelumnya. Muktamar kali ini berlangsung di Dewan SMU Ar Rahmah Solok Gaung Ayer Molek Melaka yang hanya mempunyai kipas!Tema muktamar ialah 'Tajdid Perjuangan' yang akan dirasmikan oleh Saudara Ahmad Sabky Yusof, Setiausaha Dewan Pemuda Pas Pusat.

Muktamar kali ini merupakan muktamar pemilihan untuk semua jawatan utama termasuk pengerusi tetap. Walau bagaimanapun adegan seperti mencekik dan mengheret speaker dijangka tidak berlaku seperti di Perak untuk proses pemilihan dan peralihan kuasa. Ketua Pemuda Negeri Ustaz Kamarudin Sidek dijangka mengekalkan jawatannya sebagai Ketua Pemuda Negeri tanpa bertanding.