09 October 2008

ISTERI DAN ANAK BAKAL PERDANA MENTERI MALAYSIA-KLIP VIDEO ( PART 1 )


ANAK BAKAL PERDANA MENTERI MALAYSIA


CITARASA TEMPATAN...


EHEM-EHEM... RAMBUT PERANG YOUUUU...


ANAK SIAPA TU ?


AMBOI MESRANYA...

BAPA BOREK ANAK RINTIK

HARGA MINYAK : MENTERI TAK FAHAM MATEMATIK


Harga runcit petrol dan diesel di negara ini mungkin akan diturunkan lagi antara 10 hingga 12 sen seliter akhir bulan ini atau awal bulan depan, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Samad.

Bagaimanapun, katanya penurunan bahan api berkenaan tidak akan melebihi 12 sen bagi mengelakkan keuntungan pengusaha stesen minyak terjejas.

“Sekiranya harga minyak mentah dunia berada di bawah paras AS$100 setong, tidak mustahil rakyat boleh menikmati penurunan harga sekali lagi,” katanya ketika ditemui pada majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Jabatan Perdana Menteri (JPM) di sini, semalam.

Inilah masalahnya bila pemimpin yang jadi menteri tak faham matematik. mungkin masa nak masuk bab campur tolak darab bahagi cikgu menteri berkenaan meninggal dunia ( meminjam kata-kata Allahyarham P. Ramlee ) Kepada menteri berkenaan, rakyat sekarang bukannya bodoh. Masa kerajaan menaikkan harga minyak pada bulan Jun lalu iaitu RM 0.78 sen untuk petrol dan RM 1 untuk diesel harga minyak di pasaran dunia ketika itu ialah antara $ US 135 - $ US 140. Sekarang ini harga minyak di bawah $ US 90. ! Apa pasal masih lagi harga minyak tak boleh nak diturunkan agar lebih murah atau sekurang-kurangnya kembali pada harga asal RM 1.92 ?

Hari ini kerajaan menggunakan alasan tidak masuk akal iaitu minyak tak boleh turun melebihi 12 sen pada masa akan datang kerana bimbang pengusaha stesen mengalami kerugian. Di sini menunjukkan kerajaan lebih rela rakyat menderita dan mengalami kesusahan kerana menjaga kepentingan beberapa kerat pengusaha stesen minyak. Kerajaan tak kisah kadar inflasi melambung, harga barang mahal, kos sara hidup meningkat dan rakyat terpaksa ‘mengikat perut’ asalkan mereka masih kekal berkuasa.

SIAPA CALON UMNO YANG BETUL-BETUL BERSIH ?

Isu yang agak hangat sekarang ialah kemelut yang berlaku dalam UMNO menjelang pemilihan pada Mac nanti. Semakin ramai yang berangan-angan dan bermimpi untuk menawarkan diri bertanding jawatan-jawatan tertinggi dalam UMNO. Sila namakan atau fikirkan satu calon dalam UMNO yang bebas dari sebarang isu seperti rasuah, skandal, gejala moral dan apa-apa unsur yang tidak sihat. Sekiranya anda tidak mampu menamakan siapa individu yang bersih dalam UMNO yang berhasrat atau mencalonkan diri untuk bertanding maka fikir-fikirkanlah sebab apa anda masih kekal dalam UMNO. Agaknya siapa dia orang yang benar-benar bersih dalam UMNO yang menjadi pilihan anda ? Datuk Seri Najib Tun Razak ? Tan Sri Muhammad Taib ? Tan Sri Rahim Tamby Chik ? Datuk Ali Rustam ? Atau siapa sahaja dalam UMNO…sila nyatakan pilihan anda.

KERAJAAN BARU TERBENTUK MINGGU DEPAN ?


Kerajaan baru dijangka terbentuk dalam tempoh terdekat berikutan perkembangan terkini dalam senario politik negara. Keputusan Pak Lah tidak bertanding sebagai Presiden UMNO pada Mac depan seperti yang diumumkan semalam tidak menggugat dan menghalang usaha pembentukan kerajaan baru seperti yang ditegaskan oleh DSAI. Tarikh yang paling hampir ialah pada 13 Oktober ini iaitu semasa Parlimen kembali bersidang.

Masalah agihan kerusi kabinet dikatakan telah dapat diselesaikan di kalangan Pakatan Rakyat yang menyebabkan semua pihak dalam Pakatan Rakyat berpuas hati.Kenyataan Tengku Razaleigh Hamzah sehari dua lepas yang memberikan beberapa 'klu' tentang pembentukan kerajaan baru menghangatkan lagi jangkaan ramai pihak bahawa kerajaan baru akan terbentuk dalam masa yang terdekat.

Pengumuman Pak Lah semalam tidak memberi kesan dan mengubah pendirian mereka yang ingin berhijrah ke Pakatan Rakyat kerana masalah dalam BN dan kerajaan tidak akan selesai dengan langkah Pak Lah tidak bertanding jawatan presiden. langkah ini sebenarnya menambahkan lagi kegawatan dalam UMNO dan BN sehingga mewujudkan lebih banyak kem dan puak wujud dalam UMNO. Sekali gus memburukkan rasuah dan penyelewengan yang sinonim dengan UMNO. Keadaan ini memaksa Lembaga Disiplin UMNO semalam memberi amaran tegas kepada siapa yang terlibat dalam rasuah dan skandal pada pemilihan akan datang.

Malah kejatuhan teruk indeks utama BSKL sehingga semalam menunjukkan pengumuman Pak Lah tidak mampu untuk memulihkan keyakinan pelabur dalam kegawatan ekonomi yang sedang melanda negara. Semua ini menyumbang kepada langkah untuk mempercepatkan pembentukan kerajaan baru supaya keadaan dalam negara dapat diselamatkan.

Di Samping itu,kejatuhan harga minyak di pasaran global sehingga semalam di bawah paras $ US 87 setong terendah dalam tempoh lapan bulan tidak membawa apa-apa berita baik kepada rakyat negara ini yang telah lama menderita. Hal ini disebabkan kelemahan ekonomi negara di bawah kepimpinan sekarang.Kerajaan yang ada masih teragak-agak untuk menurunkan harga minyak. Semua ini membuktikan kelemahan kerajaan yang ada sekarang dan perlu ditukar secepat yang mungkin dengan memberi peluang kepada kerajaan baru untuk membetulkan semula keadaan.