09 October 2008

KERAJAAN BARU TERBENTUK MINGGU DEPAN ?


Kerajaan baru dijangka terbentuk dalam tempoh terdekat berikutan perkembangan terkini dalam senario politik negara. Keputusan Pak Lah tidak bertanding sebagai Presiden UMNO pada Mac depan seperti yang diumumkan semalam tidak menggugat dan menghalang usaha pembentukan kerajaan baru seperti yang ditegaskan oleh DSAI. Tarikh yang paling hampir ialah pada 13 Oktober ini iaitu semasa Parlimen kembali bersidang.

Masalah agihan kerusi kabinet dikatakan telah dapat diselesaikan di kalangan Pakatan Rakyat yang menyebabkan semua pihak dalam Pakatan Rakyat berpuas hati.Kenyataan Tengku Razaleigh Hamzah sehari dua lepas yang memberikan beberapa 'klu' tentang pembentukan kerajaan baru menghangatkan lagi jangkaan ramai pihak bahawa kerajaan baru akan terbentuk dalam masa yang terdekat.

Pengumuman Pak Lah semalam tidak memberi kesan dan mengubah pendirian mereka yang ingin berhijrah ke Pakatan Rakyat kerana masalah dalam BN dan kerajaan tidak akan selesai dengan langkah Pak Lah tidak bertanding jawatan presiden. langkah ini sebenarnya menambahkan lagi kegawatan dalam UMNO dan BN sehingga mewujudkan lebih banyak kem dan puak wujud dalam UMNO. Sekali gus memburukkan rasuah dan penyelewengan yang sinonim dengan UMNO. Keadaan ini memaksa Lembaga Disiplin UMNO semalam memberi amaran tegas kepada siapa yang terlibat dalam rasuah dan skandal pada pemilihan akan datang.

Malah kejatuhan teruk indeks utama BSKL sehingga semalam menunjukkan pengumuman Pak Lah tidak mampu untuk memulihkan keyakinan pelabur dalam kegawatan ekonomi yang sedang melanda negara. Semua ini menyumbang kepada langkah untuk mempercepatkan pembentukan kerajaan baru supaya keadaan dalam negara dapat diselamatkan.

Di Samping itu,kejatuhan harga minyak di pasaran global sehingga semalam di bawah paras $ US 87 setong terendah dalam tempoh lapan bulan tidak membawa apa-apa berita baik kepada rakyat negara ini yang telah lama menderita. Hal ini disebabkan kelemahan ekonomi negara di bawah kepimpinan sekarang.Kerajaan yang ada masih teragak-agak untuk menurunkan harga minyak. Semua ini membuktikan kelemahan kerajaan yang ada sekarang dan perlu ditukar secepat yang mungkin dengan memberi peluang kepada kerajaan baru untuk membetulkan semula keadaan.

6 comments:

Mankanan said...

Salam...
Kerajaan baru terbentuk minggu depan? Bila? Kenapa tak pulak disebutkan tarikh yang spesifik seperti sebelum ni? Setakat sebut tarikh yang paling hampir, tak payahlah..Takut tak jadi la tu.. Ini menunjukkan bahawa Pakatan Rakyat sendiri tak yakin sama ada perkara itu dapat direalisasikan atau tidak.. Biasalah, pengalaman semalam mengajar kita hari ini...

orang keadilan melaka said...

man kanan hang ni memang umno piau...hang ingat nak tukau kerajaan ni mcm hang tukau langsir dan perabot rumah hang masa raya... tunggu lah beb...umno akan ditalkinkan...

the kitties said...

saya tak bersetuju dengan artikel ini.saya tak yakin kerajaan baru akan terbentuk dalam masa yang terdekat ini.

PR hanya boleh merancang tapi tidak dapat memastikan jika perancangan mereka itu akan berjalan lancar.sama seperti rancangan Anwar untuk membentuk kerajaan baru dengan memberi pelbagai tarikh namun masih juga tidak menjadi.

pelabur masih berhati-hati untuk melabur kerana hal politik dinegara kita dan juga masalah ekonomi yang sedang dihadapi di Amerika Syarikat.

dulu orang umno said...

kepada man kanan dan the kitties...semoga anda menjadi umno dulu kini dan selamanya....walaupun umno dah hampir penhujung riwayat

azlan said...

pada peringkat sekarang ini,semuanya hanya boleh merancang.

Najib dan Muhyiddin boleh merancang untuk menduduki kerusi no1 dan no2 masing-masing.begitu juga dengan pemimpin-pemimpin UMNO yang lain yang menawarkan diri mereka untuk jawatan-jawatan dalam UMNO.semunya hanya boleh dirancang tetapi keadaan yang akan menentukan.

PR pun begitu juga.mereka boleh menyusun rancangan untuk "attack" kerajaan yang ada sekarang dan seterusnya membentuk kerajaan baru.tapi harus diingat juga BN pun tak akan berdiam diri dengan plan PR itu.

Anwar pula kena bertungkus lumus untuk menaikkan semula imej beliau kerana ketika ini populariti beliau agak menurun kerana selalu sangat plan "tertangguh".

kacangHijau said...

ala....dah terbukti dengan berkali-kali.
PR ni kalau bab buat janji memang nombor satu, tapi time nak tunaikan tu selalu saja tak dapat. Lepas tu bagi alasan berjela-jela.