30 May 2010

KAPAL UMNO SUDAH KENA TORPEDO


Tembakan torpedo tentera Korea Utara dikatakan menjadi punca kapal tentera Laut Korea Selatan Cheonan tenggelam. Puluhan tentera laut Korea Selatan dikatakan turut bersemadi di dalam lautan bersama kapal yang karam akibat tembakan torpedo tersebut.

Umno di Malaysia juga sudah kena tembakan torpedo. Bukan satu torpedo tetapi tembakan yang datang dari pelbagai arah. Krisis yang berlaku dalam MCA, penentangan terbuka pimpinan Gerakan dan konflik dalam MIC menyebabkan kapal Umno hanya menunggu masa sahaja untuk karam. Selama ini MCA,Gerakan dan MIC dianggap sebagai pelampung penyelamat Umno. Tetapi itu semua tidak boleh diharap lagi. Sabah dan Sarawak juga membawa khabar kurang enak buat nakhoda Umno.

Torpedo yang bakal dilancarkan oleh Dato Seri Anwar Ibrahim pula tentang YB lompat yang menerima rasuah dari Umno pula dijangka akan mempercepatkan lagi kapal Umno karam dan tenggelam ke dasar.

Apabila diserang bertubi-tubi, Umno cuba menyerang balas. Tetapi sayang Umno cuma tinggal peluru getah! Maka Ibrahim Ali dan Fairus Khairudin menjadi senjata Umno untuk cuba menggambarkan kapal Pakatan Rakyat akan karam dengan tembakan peluru getah Umno.