05 February 2010

NAJIB TIDAK MENUNAIKAN AMANAH BAPANYA?


Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah sekali lagi mempertahankan pendiriannya menyokong usaha kerajaan Kelantan menuntut royalti petroleum dari kerajaan pusat 1Malaysia.

Beliau berkata demikian dalam satu temu ramah yang diadakan di rumah beliau petang tadi.Menurut Ku Li adalah menjadi tanggungjawab beliau untuk menjelaskan kepada seluruh rakyat Malaysia, bukan sahaja di Kelantan mengenai perjanjian yan dibuat di antara kerajaan negeri itu dengan Petronas di bawah Akta Pembangunan Petronas 1974 (PDA) sewaktu beliau menjadi pengerusi.

Ku Li berkata kesedian beliau mempertahankan hak rakyat Kelantan hanya ingin menunaikan amanah Perdana Menteri Kedua, Allahyarham Tun Abdul Razak bapa kepada Perdana Menteri 1Malaysia sekarang yang mahukan hasil minyak diagih-agihkan kepada negeri-negeri di Pantai Timur, Sabah dan Sarawak jika terdapat minyak di persisiran pantai negeri berkenaan.

Ku Li juga kesal dengan keengganan kerajaan Barisan Nasional untuk mengagihkan hasil minyak kepada Terengganu dan Kelantan seperti yang diminta Tun Abdul Razak.

"Saya rasa sedih dan malu kerana amanah Allahyarham Tun Abdul razak seolah-olah dilupakan selepas 34 tahun pemergiannya.Beliau (Tun Abdul Razak) selalu memikirkan rakyat dan negeri-negeri yang miskin.Beliau mengarahkan saya untuk membuat perjanjian pada 1974 untuk memastikan rakyat dapat faedah dari hasil minyak itu, " katanya.