09 January 2011

ROSMAH BUAT LAWATAN 'RASMI' KE ARAB SAUDI..

Gambar Rosmah dan rombongan sebelum membuat 'lawatan rasmi ke Arab Saudi"

Saya tak tahu apa status isteri Perdana Menteri.... Lagak dan gayanya seolah-olah mempunyai jawatan dan pangkat yang besar dalam kerajaan 1Malaysia. Seingat saya belum ada lagi mana-mana isteri PM yang ada kuasa dan pengaruh macam Rosmah.

Sebelum ini dalam pembentangan belanjawan 2011 dapat perhatian khusus dari suaminya melalui program Permata sebanyak RM 111 juta serta mendapat ' keistimewaan cukai' melalui barang-barang membeli belah.

Semasa PM demam cacar baru-baru ni, Rosmah hadir di majlis rasmi sebagai pengganti suaminya. Bukan Timbalan Perdana Menteri, Menteri atau pegawai tertinggi kerajaan yang sepatutnya. Hebat betul unit protokol di Jabatan Perdana Menteri!

Beberapa bulan lalu, menggunakan kapisiti sebagai isteri PM menggunakan duit rakyat dengan menganjurkan program 'first lady' melibatkan isteri-isteri ketua kerajaan yang menelan kos jutaan ringgit.Apa faedah yang rakyat dapat? Promosi pelancongan atau pelaburan ? Melihat jadual program lebih kepada jalan-jalan cari makan...

Semalam Rosmah bersama delegasi seramai 20 orang termasuk anggota BAKTI serta pegawai-pegawai kanan Jabatan Perdana Menteri berlepas dengan pesawat khas untuk mengadakan rombongan ke Arab Saudi? Nak beli buah kurma dan daging unta? Mungkin ada sesuatu yang menarik di sana, maklumlah..Bukankah Rosmah baru balik bercuti dari Timur Tengah bersama PM bulan lepas?