31 March 2009

DINASTI PM BN TERAKHIR


Dato Seri Najib semakin hampir untuk menjadi PM ke 6 Malaysia. Dijangkakan pada Jumaat ini satu majlis angkat sumpah akan diadakan di Istana Negara.Ini bermakna lengkaplah teori R.A.H.M.A.N kitaran PM Malaysia mengikut ramalan penganalisis politik.

Jika ramalan penganalis poltik tepat maka, Najib akan menjadi PM dari dinasti BN yang terakhir. Ini juga menjadi berita baik kepada Pakatan Rakyat merealisasikan kejatuhan BN dalam PRU ke 13 benar-benar menjadi kenyataan.

Kebangkitan dan momentum politik baru Malaysia jelas memihak kepada Pakatan Rakyat. Dari setiap lapisan masyarakat tua dan muda daripada pelbagai latar agama, budaya serta status ekonomi,

Namun, sebelum kemenangan dapat diterjemahkan kepada kenyataan, mehnah dan tribulasi yang lebih hebat dijangka mendepani laluan Pakatan Pakatan Rakyat ke arah kemenangan yang lebih besar.Tetapi itu sudah menjadi asam garam dalam perjuangan.

Belum lagi menjadi PM, Najib telah menunjukkan gaya kepimpinannya yang bakal menjadi cabaran besar kepada Pakatan Rakyat. Isu Altantuya, Projek Liwat 2, tindakan ala lanun Jack Sparrow di Perak dan tindakan yang semakin menghakis konsep demokrasi seperti pengantungan akhbar Harakah dan Suara keadilan serta tindakan polis yang keterlaluan dalam majlis ceramah semuanya dikaitkan dengan Najib.

Dalam memastikan 'keselamatan' dan pengaruhnya serta melunaskan 'dendamnya', saya menjangkakan Najib akan kembali mengikut jejak langkah mentornya Tun Dr. Mahathir mengambil alih Kementerian Dalam Negeri untuk menyekat kemaraan dan kebangkitan rakyat.

Walau bagaimanapun, semakin banyak tindakan keras dan membelakangi prinsip demokrasi, sebenarnya akan semakin mencepatkan hayat BN untuk terus bersemadi dalam lipatan sejarah hitam politik negara.

PRK BUKIT GANTANG: KALAH PUSINGAN PERTAMA, SPR DIPERALATKAN LAGI


Selepas Pilihanraya Umum ke 12, berlangsung 3 pilihanraya kecil iaitu di Permatang Pauh, Kuala Terangganu dan kini di dua bukit serta satu batang.

Apa yang berlaku dalam hari penamaan calon? Ternyata kehadiran penyokong Pakatan Rakyat yang jauh lebih ramai telah 'menenggelamkan' kehadiran penyokong Umno@BN. Paling ketara proses penamaan calon di Bukit Gantang, lautan hijau telah menenggelamkan bumi Bukit Gantang. Malah ada pemerhati berpendapat bendera IPF lebih banyak dari bendera Umno@BN!

UmnO@BN telah kalah dari segi moral dalam pusingan yang pertama. Oleh itu wujud desakan, agar SPR mengubah kaedah proses penamaan calon. Bermakna tidak ada lagi perarakan calon seperti kelaziman sebelum ini. Idea siapa ini? Saya yakin ia tidak datang dari Pakatan Rakyat?Kalau macam tu idea siapa..He..He..Lu Pikir le sendiri ! ( Kata Nabil )

Perkara ini dinyatakan oleh Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar dalam satu sidang akhbar semalam. Menurut beliau, kaedah sekarang boleh menyebabkan suasana ketegangan yang tidak terkawal.

Sebelum ini Umno@BN mungkin akan menyokong proses perarakan calon semasa proses penamaan calon. Kalau 10 tahun dulu tidak dinafikan kehadiran penyokong Umno@BN mengatasi kehadiran penyokong pembangkang di kebanyakan tempat. Malah saya ingat lagi semasa pilihanraya tahun 1995, saya menyertai perarakan sekitar 50 orang je penyokong calon Pas di DUN Jelutong Pulau Pinang berbeza kehadiran penyokong Umno@BN. Penyokong Umno@BN akan datang berbondong-bondong ke penamaan calon dengan upah sebungkus nasi lemak dan air kotak serta satu 'topi sudu' selain dapat naik bas 'air cond'.

Tetapi hari ini walupun diupah dan dibayar, amat sukar Umno@BN menghimpunkan penyokong mereka ke penamaan calon. Ini menjadi bukti Umno@BN semakin ditolak oleh rakyat khususnya golongan muda. Berbeza dengan Pakatan Rakyat yang dapat menghimpun dan mengerah semua penyokong mereka dari seluruh negara tanpa sebarang upah. Malah hari ini bukan sesuatu yang sukar untuk menghimpun ratusan ribu penyokong sekiranya diarahkan oleh pimpinan.Inilah rahsia kekuatan dan ketahanan Pakatan Rakyat khususnya Pas dalam persada politik tanah air.

Mungkin selepas ini proses penamaan calon akan hanya melibatkan 3 orang sahaja, calon, pencadang dan penyokong. Inilah agaknya yang dimahukan oleh Umno@BN!

30 March 2009

PROJEK "MEE SEGERA" MAI DAHHHH....

Hari ini Umno@BN terus menggunakan taktik lapuk untuk memancing undi melalui projek 'Mee segera". Hari ini Umno@Bn melalui Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan akan melaksanakan projek menaiktaraf infrastuktur di kampung baru seluruh negara.

Menteri berkenaan Datuk Seri Ong Ka Chuan berkata kerajaan memperuntukkan RM30juta di bawah pakej rangsangan kedua yang diumum baru-baru ini bagi melaksanakan semua projek naik taraf kemudahan di 157 buah kampung baru yang terlibat.

Inilah sikap talam dua muka pemimpin Umno@BN yang sebelum ini mengabaikan projek kampung baru. Malah pemimpin Umno@BN sebelum ini mengkritik kerajan Pakatan Rakyat di Perak apabila memberi tumpuan kepada projek membangunkan kampung baru kononnya mengikut telunjuk DAP.

Umno@BN kelihatan sudah kering modal dalam kempen kerana menyedari isu 'derhaka' dan Pas alat DAP yang cuba dimainkan mereka hanya menjadi modal 'penyedap' ceramah dan kempen Umno@BN tetapi hakikatnya isu ini tidak akan mampu mengubah sokongan rakyat kepada Pakatan Rakyat yang tak sabar-sabar menunggu hari pengundian untuk mengajar kebiadapan dan keangkuhan Umno@BN.

UMNO@BN KENA PUKULAN TKO: 1600 AHLI BN SERTAI PAKATAN RAKYAT

Misteri kehadiran penyokong Umno@BN yang jauh lebih kecil berbanding Pakatan Rakyat mungkin terjawab dengan berita bahawa seramai 1600 ahli BN termasuk dari Umno, MCA dan MIC telah menyertai Pakatan Rakyat sejak Febuari lalu.

Perkara ini disahkan oleh Pengerusi Perhubungan KeADILan Osman Abd. Rahman.Dalam satu majlis penyerahan borang di bilik Gerakan Induk, Jalan Simpang, Taiping, semalam, Osman berkata, KeADILan juga sudah menerima lebih daripada 1,000 borang keahlian di kawasan Bukit Gantang dan berjanji akan mengundi dan memberi sokongan padu kepada calon Pakatan Rakyat Mohammad Nizar.

Menurut beliau, tindakan ahli BN berhijrah secara pukal ke Pakatan Rakyat kerana tidak berpuas hati dengan kerakusan Umno@BN merampas Kerajaan pilihan rakyat di Perak.

Berita ini sudah pasti akan menaikkan semangat dan meneruskan momentum kemenangan kepada calon Pas Dato' Seri Ir Nizar Jamaludin pada hari pengundian 7 April nanti.

Walau bagaimanapun, saya mengharapkan semua jentera pilihanraya Pakatan Rakyat tidak leka dan alpa dengan terus meningkatkan gerak kerja, strategi dalam menghadapi 1001 macam kemungkinan taktik kotor Umno@BN dalam pilihanraya ini.

Jika mereka boleh menggunakan teknik kotor untuk merampas kerajaan Pakatan Rakyat, taktik yang sama yang mungkin lebih keji dan hina bakal digunakan lebih-lebih lagi pilihanraya Bukit Gantang membawa makna yang cukup besar kepada 'Kerajaan Kudeta BN" dan pemimpin Umno yang diketuai oleh Dato' Seri Najib.

PRK BUKIT GANTANG: TERBUKTI UMNO MEMPERALATKAN MASJID!

Masjid merupakan rumah Allah yang penuh kemuliaan. Kita dituntut untuk mengimarahkannya sesuai tuntutan dalam Islam. Malah duduk-duduk di dalamnya sahaja dengan niat ikhtikaf pun sudah dapat pahala.

Salah satu darinya ialah solat berjemaah yang menjadi sunnah Nabi SAW. Tetapi lain yang berlaku di Parlimen Bukit Gantang di Masjid Simpang. MB Perak, Dato Seri Ir Nizar Jamaludin dituduh oleh Ketua Umno Bukit Gantang Datuk Rosli Hussin merampas acara 'Umno' di masjid berkenaan.

Pengakuan ini sekaligus membuktikan bahawa Umno lah yang memperalatkan masjid. Nizar dijemput oleh imam masjid untuk mengimamkan solat dan seterusnya memimpin bacaan Surah Yassin. Seterusnya atas permintaan imam masjid berkenaan, beliau diminta mentafsirkan ayat yang dibaca dalam solat tanpa menyentuh bab politik. Itupun salah ke ?

Tuduhan bahawa Nizar merampas acara Umno di masjid berkenaan jelas menunjukkan kebongkakan dan kesombongan Umno berkaitan hal ibadah dan pengurusan masjid. Sehingga hari ini mahkamah belum membuat keputusan status menteri Besar Kudeta, Datuk Zamry bermakna Nizar selaku Menteri Besar rakyat mempunyai hak untuk mengimamkan solat, memimpin bacaan Surah Yassin dan menjelaskan tafsir Al Quran. Malah siapa sahaja yang berkemampuan atas undangan pihak pengurusan masjid boleh melakukan perkara yang sama.

Masjid adalah rumah Allah, bukan rumah Umno dan bukan juga rumah Pas. Adakah tuduhan itu dibuat kerana calon Umno@BN tidak mampu menandingi ketokohan Nizar?

Apa kata malam ini kita sama-sama cabar calon Umno@BN, Ismail Saffian menjadi imam solat maghrib atau Isyak, memimpin bacaan Yassin dan tahlil serta menyampaikan tazkirah atau tafsir Al Quran. Beliau boleh memilih mana-mana masjid dalam kawasan Parlimen Bukit Gantang.

Saya yakin ahli dan penyokong Pas pasti turut berminat untuk melihat ketokohan calon Umno@BN. Kalau nak jadi pemimpin, nak imamkan solat jemaah pun tak mampu baiklah mengundur diri!

29 March 2009

TAK SAMPAI 24 JAM, 3 CALON BEBAS SEDIA TARIK DIRI. APA MAKNANYA TU?

Pilihanraya Kecil Bukit Selambau mencatat sejarah tersendiri bila berlaku pertandingan 15 penjuru. Kalau tak masuk dalam Guiness Book Of Record mungkin akan masuk Malaysia Book Of Record.

Tetapi tak sampai 24 jam selepas penamaan calon 3 calon bebas sedia menarik diri. Calon yang menyatakan kesedian menarik diri ialah Mejar (B) Anuar Abd Hamid, Khamis Awang dan Abdul Rahim Abu.

Macam biasa, ada je alasan yang diberi. Walhal mereka bukan tak tahu ramai calon bebas akan bertanding. Perlu diingat apabila menarik diri, maka deposit RM 5000 untuk deposit calon dan RM 3000 deposit poster 'hangus' macam tu je.

Dalam suasana gawat sekarang jumlah RM 8000 satu jumlah yang sangat besar. Dari mana mereka dapat duit sebanyak tu dan siapakah yang taja mereka? Adakah penoreh-penoreh getah di DUN Bukit Selambau yang kumpul dana untuk taja mereka?

Perkembangan terkini menyebabkan teori bahawa calon-calon bebas ini ditaja dan diarahkan oleh pihak tertentu adalah berasas. Adakah calon-calon bebas yang lain akan turut sama menarik diri maka akan wujud skrip macam cerita Sepuluh Budak Hitam?

UMNO GERUN SOKONGAN RAKYAT KEPADA PAKATAN RAKYAT DALAM PRK DI DUA BUKIT

Kehadiran puluhan ribu rakyat dalam penamaan calon di Bukit Gantang dan Bukit Selambau bersama Pakatan Rakyat sudah cukup menggerunkan Umno@BN.

Sejak awal-awal lagi momentum sokongan rakyat kepada PR melonjak begitu luar biasa walapun pelbagai tohmahan dan sekatan serta Umno kononnya mendapat 'tonik' dari Perhimpunan Agung Umno.

Tetapi apa yang berlaku di Bukit Gantang membuktikan pergolakan dalam Umno bertambah kronik merebak sehingga ke penamaan calon hari ini apabila penyokong mereka bergaduh sesama sendiri sehingga terpaksa dileraikan oleh pihak polis.

Seperti dijangka isu 'derhaka' satu-satunya modal Umno untuk meraih sokongan rakyat yang semakin jauh dengan mereka. Saya cukup yakin selain pertambahan undi Melayu kepada calon Pas di Bukit Gantang, pengundi Cina dan India akan memberi pengajaran yang cukup berguna kepada Umno@BN begitu juga yang bakal berlaku di Bukit Selambau.

28 March 2009

NAJIB: LALUAN MASIH BERLIKU!

Dato' Seri Najib Tun Razak mengakui terharu bahawa beliau diberi laluan mudah untuk menjadi Presiden Umno dan Perdana Menteri.

"Saya tahu bukan senang untuk melepaskan jawatan sebagai Perdana Menteri, hendak melepaskan jawatan Ketua Bahagian pun susah...hendak lepaskan jawatan Ketua Cawangan pun susah, inikan pula jawatan tertinggi dalam parti dan kerajaan,” katanya dalam ucapan penerimaan jawatan sebagai Presiden Umno pada Persidangan Agung Umno 2008 di sini, hari ini.

Ehh..ye pun sabar le dulu...majlis angkat sumpah sebagai PM pun belum tentu tarikhnya lagi. Pak Lah baru nak mengadap Agong untuk mohon perkenan khabarnya untuk meletak jawatan sebagai PM 2 April minggu depan.

Katakanlah DYMM Agong tidak perkenan Najib sebagai bakal PM , macam mana?

Dikhabarkan Syeikh Mahmud ulama terkenal dari Kuala Langat Selangor sekarang berada di Terangganu untuk mengadap DYMM Agong sebagai usaha terakhir dan misi khas untuk memastikan Najib tidak dipilih sebagai PM.

Saya tak tahulah perasaan dan pandangan orang lain, tetapi saya sebagai rakyat Malaysia merasa malu dengan pendedahan pelbagai media antarabangsa yang mengaitkan bakal PM terlibat dengan pembunuhan yang begitu sadis dan kejam melibatkan warga Monggolia, Altantuya Sharibu.

Dalam perwakilan dan pemerhati Umno bertepuk bersorak dengan presiden mereka yang baru yang dicanang bakal PM, di bahagian dan pelusuk dunia masyarakat seantero dunia sedang memerhati dan menggelakkan kita kerana bakal diterajui pemimpin yang diselubungi kontroversi dan skandal.

Laluan yang dianggap mudah oleh Najib masih berliku, bukan sahaja masyarakat dunia sedang menilai, rakyat di negara ini akan menghukum dan membuat keputusan dalam Pilihanraya Umum ke 13 nanti. PRK di dua bukit dan satu batang nanti Insyaallah merupakan mukadimah dan manifestasi isyarat penolakan rakyat kepada regim baru pemimpin Umno dan kerajaan yang diterajui oleh Najib.

ALI RUSTAM MENAGIH SIMPATI NAJIB



Setelah disingkirkan dari bertanding jawatan Timbalan Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Ali Rustam masih lagi menaruh harapan dan simpati dari Presiden Umno, Dato' Seri Najib Tun Razak agar dipilih secara automatik ke jawatan MT.

Beliau mencadangkan agar semua Menteri Besar dan Ketua Menteri ( termasuk le KM Melaka ) dipertimbangkan ke jawatan MT. Menurut Ali Rustam, tidak bermakna MB dan KM yang tewas dalam MT baru-baru ini ditolak oleh akar umbi.

Nampaknya Ali Rustam seperti terlupa atau buat-buat lupa sebab beliau tersingkir dan siapa di balik tabir penyingkiran beliau.

Nampaknya Ali Rustam sekarang terpaksa mengemis untuk meraih simpati kerana menyedari jawatannya sebagai KM Melaka boleh tergugat bila-bila masa dengan perkembangan yang berlaku sekarang. Tidak mustahil perubahan kabinet yang dikatakan bakal berlaku dalam tempoh terdekat bakal melibatkan juga pertukaran ketua -ketua kerajaan negeri yang disingkir oleh Lembaga dan disiplin dan yang tewas dalam pemilihan bagi negeri yang masih dikuasai oleh Umno@BN. Ali Rustam salah seorang darinya?

27 March 2009

SENANG JE..TUBUH UNIVERSITI UMNO

Ketua Penerangan Umno Bukit Katil yang ramai orang kuatnya dikenakan tindakan oleh Lembaga Disiplin termasuk Ketua menteri Melaka cuba tunjuk pandai dalam ucapan perwakilan semalam.

Datuk Hasnoor Sdg Husin mengesa agar semua pimpinan tertinggi di Universiti diletakkan orang Umno.

Dalam ucapannya Hasnoor menggesa " pada pandangan saya bukan susah, tentukan rektornya orang Umno, Umno tentukan dekan fakulti orang Umno,pegawai yang mengambil pelajar, pekerja dan pentadbirannya adalah orang yang dipenuhi rasa cinta pada Umno sangat tinggi seperti Ibrahim Abu Shah di Uitm".

Patutlah IPTA di negara ini semakin merudum rankingnya disebabkan tahap pemikiran orang Umno sebegini.

Apa kata saya cadangkan wujudkan Universiti Umno Malaysia di negara ini, Canselornya Presiden Umno, Naib Cancelor Timbalan Presiden Umno, Dekan-dekannya terdiri dari ketua-ketua Bahagian Umno manakala pensyarahnya terdiri daripada pengerusi JKKK Umno. Sementara itu pelajarnya terdiri daripada pemuda dan puteri Umno. Silibusnya utamanya pula ialah buku pelembagaan Umno!

HAMID ALBAR 'BALAS JASA' PAKATAN RAKYAT


Semuanya serba tak kena dengan Datuk Syed Hamid Syed Albar setelah tewas jawatan Naib Presiden Umno kepada calon yang lebih junior.

Jika sebelum pengundian jawatan Naib Presiden, Syed Hamid Albar selaku Menteri Dalam Negeri mengambil tindakan drastik dan tergesa-gesa mengantung Harakah dan Suara Keadilan selama 3 bulan. Tidak cukup dengan itu, beliau terus menunjukkan kuasa dan pengaruh dengan mengarahkan polis menyekat ceramah-ceramah umum Pakatan Rakyat di beberapa tempat.

Terkini, beliau telah mengeluarkan arahan melalui Ketua Polis Kedah menghalang semua ceramah di tempat umum sepanjang pilihanraya kecil Bukit selambau. Bermakna beliau meminta majlis ceramah diadakan di tempat yang tak ada orang. Mungkin dalam hutan rimba atau hutan simpan , gunung ganang serta bukit belukar asalkan bukan di tempat umum!

Nampaknya, Hamid Albar tidak mengambil ikhtibar lansung ucapan dasar Pak Lah yang menyatakan tindakan menyekat akan menyebabkan Umno akan semakin dibenci dan hilang sokongan rakyat.

Saya menjangkakan tindakan yang sama mungkin bakal diambil oleh polis di PRK Bukit Gantang.

Ini semua menggambarkan ketakutan yang amat sangat Umno@BN kepada sokongan padu yang diberikan oleh rakyat kepada Pakatan Rakyat. Tindakan terbaru ini melambangkan sikap bacul dan penakut kepada amalan demokrasi yang sebenar.

Tidak cukupkah Umno@BN memiliki rangkaian akhbar dan media pengampu?

Sepatutnya Syed Hamid perlu bersikap lebih gentlemen seperti Datuk Sharir Samad yang mengambil keputusan meletak jawatan sebagai menteri KPDNHP apabila menyedari bahawa dirinya ditolak oleh majoriti perwakilan Umno.

KHIR TOYO MULA CARI KAMBING HITAM


Setelah puas memainkan isu lembu korban di Selangor , Khir Toyo kini beralih kepada kambing pula. Kambing bukan sebarang kambing tetapi kambing hitam!
Semua ini gara-gara kerana tewas dalam persaingan jawatan Ketua Pemuda Umno. Khir Toyo menyalahkan Pakatan Rakyat yang menjadi punca beliau tewas. Ehh...Bila pulak ada perwakilan pemuda dari Pakatan Rakyat yang mengundi di PWTC baru-baru ini?

Beliau menyalahkan isu yang dimainkan oleh Pakatan Rakyat seperti wang Balqis dan isu rasuah yang sedang disiasat sekarang.

Sudah-sudahlah tu Khir Toyo, itulah namanya berpolitik ada masa di atas ada masa di bawah. Ada masa menang dan ada masa kalah. Tak kan pokok boleh bergoyang kalau tak ada angin, ribut dan badai!

Nampaknya Khir Toyo tidak dapat menerima hakikat bahawa beliau ditolak oleh pemuda Umno secara majoriti. Tekanan beliau lebih hebat kerana sedang berdepan dengan siasatan dari kerajaan Pakatan Rakyat. Kalau tak buat salah tak guna merasa gentar! Berani kerana benar! Gunalah kedudukan beliau sebagai Adun dan Ketua Pembangkang untuk menjawab segala tuduhan yang dihadapi. Lagipun, beliau boleh melantik peguam yang hebat-hebat dengan 'kekayaan' yang dikumpulkan selama ini untuk menjawab atau menyaman pihak berkenaan jika tuduhan itu fitnah dan palsu.

26 March 2009

KHIR TOYO: SUDAH JATUH DITIMPA TANGGA...


Malang sungguh nasib mantan MB Selangor ini, Datuk Seri Khir Toyo, setelah hilang kerusi MB kepada Pakatan Rakyat dalam PRU ke 12 lalu kini hilang peluang untuk menduduki kerusi ketua pemuda Umno.

Malah malang bakal terus menimpa dengan siasatan terbuka yang dijalankan oleh Jawatankuasa Pilihan Khas mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (Selcat). Pelbagai pendedahan demi pendedahan pemborosan dan dakwaan penyelewengan yang dilakukan oleh Khir Toyo dan isterinya sepanjang menjadi MB Selangor. Di antara pendedahan tersebut jam tangan bernilai hampir RM 160,000 ribu, jaket RM3,600, beg tangan isteri RM 23,000 yang dibeli dengan menggunakan dana negeri sebagai 'hadiah' kepada Khir Toyo dan isteri.

Saya yakin SPRM tidak akan berbuat apa-apa walaupun dah bertimbun-timbun dakwaan salah laku rasuah dikemukakan. Lagipun rasuah yang didakwa melibatkan Khir Toyo tidak melibatkan seekor lembu pun! Tetapi kalau seorang penjawat awam terima hamper 'jajan' pun boleh didakwa SPRM kalau mengikut Pekeliling Perkhidmatan Awam.

Walaupun SPRM tidak bertindak, tetapi pendedahan ini sudah cukup untuk 'menelanjangkan' siapa sebenarnya Khir Toyo yang selama ini bercakap seperti orang yang cukup anti dan jijik dengan rasuah.

Apa yang menimpa Khir Toyo umpama sudah jatuh ditimpa tangga, dihempap pula pasu bunga dan kemudian terpijak pula ta _ _ ayam!

'MR CLEAN' TIDAK ADA TEMPAT DALAM UMNO


Pemilihan dan perkembangan dalam umno jelas menunjukkan bahawa "Mr Clean' tidak ada tempat dalam Umno.

Pak lah sebagi contoh yang paling jelas. Beliau dikira antara tokoh keturunan 'ulama' dan 'bersih' dalam Umno. Tetapi apa yang berlaku akhirnya? Tekanan hebat yang diterima dalam Umno dan kabinet menyebabkan Pak Lah terpaksa akur dengan desakan peralihan kuasa kepada Najib.

Mukhriz kini menjadi mangsa seterusnya, bebas dari tuduhan rasuah dan dilihat bersih dalam pemuda umno turut menerima nasib yang sama. Tersingkir dan hanya menduduki ranking ketiga dalam undi yang diperolehi daripada pewakilan Pemuda berbanding mendahului dengan bergaya pencalonan dari bahagian sebelum ini.

Kini Muhyiddin Yassin mula menghitung hari dan mengira nasib tenggelam timbul masa depan politiknya dalam Umno. Jika sebelumnya Muhyiddin boleh tersenyum sampai ke telinga dengan penyingkiran Ali Rustam sekarang beliau menanti dalam debaran dan mula kepanasan. Saya mempunyai maklumat dari dalaman Umno bahawa kem Ali Rustam telah mengeluarkan arahan agar mengundi Md. Taib sebagai calon timbalan presiden Umno sebagai 'membalas dendam' penyingkiran Ali Rustam yang dikatakan didalangi oleh Najib-Muhyiddin-Mahathir.

Siapa yang tak kenal Md. Taib yang pernah pikul guni duit di Australia tidak lama dulu. Selain itu terlibat bawa lari puteri Sultan Selangor setelah cinta beliau tidak mendapat restu. (Ehhh...tak menderhaka ke tu?).

Tetapi jangan terkejut kalau Md. Taib akan menang bergaya jawatan timbalan presiden Umno.

Kepada semua pemimpin, ahli dan penyokong umno yang masih merasakan Umno sebagai wadah untuk orang membela agama bangsa dan negara insaf-insaflah...Terbukti dalam Umno tidak ada tempat bagi mereka yang bergelar "Mr Clean". Tunggu apa lagi????

TERLIBAT RASUAH SYARAT UNTUK JADI PEMIMPIN UMNO


Saya tidak terkejut apabila menantu kesayangan PM, Datuk seri Abdulllah Badawi memenangi jawatan Ketua Pemuda Umno.

Dalam persaingan sengit tiga penjuru jawatan Ketua Pemuda Umno dimenangi Khairy Jamaluddin dengan menewaskan Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo dan Datuk Mukhriz Mahathir.Menantu perdana menteri mendapat 304 undi, bekas menteri besar Selangor itu (254) dan anak mantan perdana menteri (232).

Saya rasa 'trend' ini akan berterusan dalam pemilihan jawatan-jawatan utama dalam umno yang akan bermula esok. Kemenangan Khairy juga mungkin akan menyebabkan mantan Presiden umno dan PM Tun Dr. Mahathir membatalkan hasratnya untuk menghadiri persidangan agung Umno ini sebagai 'protes' perkembangan terkini yang berlaku dalam umno yang memilih 'kaki rasuah' sebagai pemimpin selain kekecewaan yang amat sangat dengan kekalahan anaknya Mukhriz dalam pemilihan ini.

Sekaligus kemenangan Khairy dan Datuk Razali Ibrahim ahli parlimen Muar memberi amaran kepada Najib dan kuncu-kuncunya bahawa pengaruh Pak Lah masih berbisa dalam Umno. Kemenagan Khairy ini akan membolehkan Pak Lah pergi dengan tenang dan tidur lena setelah calon harapannya, Datuk Ali Rustam dihalang bertanding kerana terlibat dengan rasuah.

Saya juga menjangkakan pergolakan dalam Umno akan semakin parah selepas ini dengan keputusan yang diumumkan lewat malam tadi bagi jawatan sayap kanan pemuda itu.

Kita juga mungkin bakal menyaksikan lebih banyak 'demontrasi' yang bakal dipimpin oleh khairy yang pernah melabelkan pemimpin dan penyokong Pakatan Rakyat yang terlibat dengan demontrasi sebagai 'beruk'.

Di samping itu saya juga meramalkan bahawa kepimpinan pemuda yang diterajui oleh Khairy akan lebih 'brutal' dan mencetuskan lebih banyak provokasi seperti sikap yang ditunjukkan oleh beliau sebelum ini.

Apa-apa pun keputusan ini bermakna kedudukan Pak Lah dan Najib dalam pemilihan Umno adalah seri 1-1. Sharizat (Najib) dan Khairy(Pak Lah)....

25 March 2009

UMNO ADALAH PETUALANG DAN PENGKHIANAT SEBENAR KEPADA ORANG MELAYU DAN RAJA MELAYU


Hari ini dalam ucapan datuk Hishamudin, ketua Pemuda Umno beliau memberi amaran kepada petualang dan pengkhianat Melayu.

Apa yang Hishamudin ucapankan sebenarnya kena atas batang hidung sendiri! Hishamudin cuma perlu jawab soalan-soalan saya.

Arahan: sila jawapan semua soalan

Soalan Bahagian A

1. Zaman siapa jadi Menteri Pelajaran yang memperkenalkan 'dasar meritokrasi' yang menyebabkan orang Melayu terpinggir dalam dunia pendidikan?

2. Siapakah Menteri Pelajaran yang telah membuka kuota 10% di MRSM dan matrikulasi yang selama ini menjadi kebanggaan anak-anak Melayu?

3. Siapakah yang mengkhinati Melayu apabila menafikan bahasa Melayu dalam dasar PPSMI?

4. Zaman Ketua pemuda Umno dan Menteri Pelajaran manakah biasiswa untuk anak-anak Melayu di Universiti dimansuhkan?

5. Zaman siapakah yang menyebabkan semua IPTA di negara ini dikopratkan?

Soalan seterusnya....Bahagian B

1. Siapakah Ketua Pemuda yang partinya bergelumang dengan rasuah yang kononnya membela Melayu?

2. Parti manakah yang merampas hak rakyat Perak dengan menggunakan pintu belakang dan taktik keji?

3. Siapakah yang menghapuskan imuniti raja-raja Melayu?

4. Pemimpin parti manakah yang menyamakan sultan seperti binatang?

Saya balas balik pantun Hishamudin...

Siakap senohong gelama ikan duri, bercakap bohong syarat nak jadi menteri?

24 March 2009

PASTIKAN AMBANG KEMENANGAN TIDAK BERTUKAR TRAGEDI

Tidak pernah dalam sejarah Pilihanraya Umum(PRU) atau Pilihanraya Kecil (PRK) saya cukup optimis Pakatan Rakyat mempunyai peluang yang cukup cerah untuk mencipta hatrik di tiga-tiga kerusi yang ditandingi.

Mood rakyat kepada PR dengan menolak Umno@BN, perpecahan dalam Umno@BN, isu-isu semasa, sokongan luar biasa pelbagai kaum kepada PR begitu dirasai.

Keadaan ini turut dibantu dengan pemilihan calon yang mempunyai kelayakan yang cukup meyakinkan untuk diterima oleh pengundi.

Tetapi jauh di sudut hati saya saya juga sedikit bimbang dengan status 'pilihan' Pakatan Rakyat dalam tiga PRK nanti.

Kita wajar merenungi dan mengambil ikhtibar dengan apa yang berlaku dalam PRK di Pendang dan Pengkalan Pasir tidak lama dulu . Keyakinan sebagai 'pilihan' akhirnya keputusan yang diumumkan Pakatan Rakyat tewas dalam PRK berkenaan.

Ketepikan faktor rasuah politik, ugutan serta pelbagai taktik kotor pihak lawan. Itu memang dah sebati dengan mereka. Malah mereka juga dibantu dengan pelbagai sumber lain seperti media serta pelbagai tenaga dan aset kerajaan yang 'dimilik negarakan' oleh Umno@BN.Termasuklah di sini SPR, SPRM, polis yang bekerja seperti mengikut telunjuk pemimpin Umno@BN.

Tidak salah kita merasa yakin untuk menang dengan majoriti yang lebih besar. Asalkan keyakinan itu disertakan dengan usaha yang setimpal untuk melayakkan kemenangan dianugerahkan oleh Allah SWT.

Oleh itu dalam gerak kerja pilihanraya kita perlu menjaga hubungan sesama manusia dan hubungan dengan Allah SWT.

Jika itu dapat disemai dan dibajai, kemenangan akan mengamit kita semua, Insyaallah.

Lihatlah apa yang berlaku pada Umno@BN hari ini sikap sombong dan bongkak mereka akhirnya menikam mereka sekarang. Dulu saya sering dengar ungkapan 'kalau Umno@BN letak tunggul, botol kosong atau batang pisang sebagai calon pilihanraya pun boleh menang'. Hari ini berani lagi mereka mengungkapkan begitu?

Justeru itu marilah sama-sama kita lipat gandakan usaha dengan gerak kerja yang bersungguh-sungguh, teratur dan sistematik, penuh dengan 'teknikal dan taktikal' serta tawakal dan doa kepada Allah SWT yang tidak putus-putus supaya impian kemenangan benar-benar menjadi kenyataan.

MACAM-MACAM TAKTIK KEMPEN MENJELANG PEMILIHAN UMNO

Macam-macam kempen pelik pemimpin umno menjelang pemilihan Umno yang bakal berlangsung malam ini hingga hujung minggu ini.

Dalam ramai-ramai pemimpin Umno tersebut,Dato Syed Hamid Albar selaku Menteri dalam Negeri ,melakukan kempen yang agak agresif untuk jawatan Naib Presiden Umno dengan mengarahkan polis bertindak melampaui batas dalam ceramah anjuran pembangkang di Perak dan Kedah malam tadi.

Tidak cukup dengan itu, KDN pula digunakan untuk menyekat penerbitan Harakah dan Suara Keadilan tanpa sebarang alasan dan surat tunjuk sebab seperti kebiasaan.

Di beberapa tempat di Seremban pula, entah 'kutu rayau' mana yang mengambil upah menampal poster Najib dengan kaitan skandal yang sedang dihadapi berkaitan isu Altantuya. Nampak tak cerdik sangat Pakatan Rakyat kalau ini dilakukan oleh mereka. Persoalannya siapa yang melakukannya? Bukankah Seremban itu berjiran dengan Rembau?

Tan Sri Muhamamad Md. Taib pula tak habis-habis dengan isu murahan isu budak tadika. Kononnya budak tadika dipaksa belajar di bawah pokok dan bawah khemah kerana Kerajaan Pakatan Rakyat bertindak menutup tadika-tadika kemas.

Kepada pemimpin dan penyokong Pakatan Rakyat saya nasihatkan usahlah 'ambil hati' sangat dengan Hamid Albar dan Md. Taib serta mereka yang sewaktu dengannya. Lepas pemilihan Umno nanti senyap le balik tu....(agaknya lah...).

TANDA-TANDA 'AJAL' UMNO SEMAKIN HAMPIR...

Tanda-tanda kematian atau ajal sesorang itu boleh dilihat dengan pelbagai isyarat awal cuma kadang-kadang kita je tak perasaan atau buat-buat tak perasan. Di antaranya mata dah mula kabur, rambut dah mula gugur, kulit dah mula kendur, uban dan mula berterabur dan asyik-asyik hanya boleh makan bubur!

Ehh...lari topik pulak...Itu cuma mukadimah. Apa pula tanda-tanda ajal Umno semakin hampir? Menurut firasat ahli politik berikut adalah tanda-tanda ajal umno semakin hampir:


1. Rasuah berluasa diibaratkan seperti gaji dan elaun dalam Umno(maknanya sudah dikira halal!)

2. Perpecahan dalaman Umno yang semakin tidak boleh diselamatkan.

3. Umno@BN@Kerajaan menyekat media milik Pakatan Rakyat

4.Umno@BN@kerajaan menggunakan polis bertindak ganas dalam majlis ceramah pakatan Rakyat.

5. Tidak ada siaran langsung dalam perhimpunan Agung Umno bermula hari ini.

6. Lagu ' Altantuya Gadis Idaman' berkumandang dan menguasai carta media antarabangsa

23 March 2009

DATO' SERI IR NIZAR JAMALUDIN CALON PAS BUKIT GANTANG

Menteri Besar Perak Ir Dato' Seri Nizar Jamaluddin telah diumumkan sebagai calon untuk mewakili Pakatan Rakyat dalam pilihan raya kecil kerusi Parlimen Bukit Gantang 7 April depan.

Pengumuman itu dibuat di Padang Kota, Taiping sebentar tadi di hadapan ribuan penyokong Pakatan Rakyat.

Beliau yang juga Adun Pasir Panjang dilahirkan pada 17 Mac 1957 di Kampung Air Hitam Labu, Kampar Perak merupakan lulusan Sarjana Muda Sains Kejuruteraan Mekanikal dari University Of Aston di Brimingham, United Kingdom.

Sebelum dilantik menjadi Menteri Besar beliau merupakan Pengarah Urusan di beberapa firma swasta manakala di luar negara pula beliau banyak menjalankan beberapa projek di beberapa buah negara, antara di Birmingham, United Kingdom, Zug Switzerland dan Miano Italy.
Dalam bidang politik pula, beliau berkecimpung dengan PAS dengan memegang Ahli Jawatankuasa PAS kawasan Kampar (1999 - 2001). Beliau menjawat jawatan Yang Dipertua PAS kawasn Kampar (2001 hingga kini).

Di peringkat PAS Negeri Perak, beliau memegang jawatan Bendahari PAS Negeri (2001- 2006), Setiausaha PAS Negeri (sebelum menjadi Menteri Besar Perak).
Kerusi Parlimen Bukit Gantang menjadi rebutan selepas penyandangnya, Roslan Shaharum daripada PAS meninggal dunia awal bulan lalu.

SEKAT HARAKAH DAN SUARA KEADILAN BUKTI UMNO@BN TAKUT PADA BAYANG-BAYANG SENDIRI..


Hari ini Harakah dan Suara Keadilan (SK) digantung permit selama 3 bulan oleh Umno@BN. Saya tak kata kerajaan, sebab UMNO@BN dan kerajaan adalah dua kali lima.

Saya rasa tujuan sekatan ini adalah kerana untuk menyekat penyampaian maklumat daripada Pakatan Rakyat kepada orang ramai di negara ini.

Apakah langkah ini akan berjaya? Kalau hendak sekat maklumat, yakin dan percayalah tujuan itu akan gagal. Buktinya sekatan kepada Harakah dari diterbitkan seminggu dua kali ke sebulan hanya dua kali dalam tempoh yang lama selepas pilihanraya 2004 yang lalu telah berjaya memberi 'hasil' kepada Umno@BN hari ini dengan kehilangan 5 negeri kepada Pakatan Rakyat.

Selain itu, sekatan tersebut telah berjaya mencetuskan revolusi celik ICT di kalangan mereka yang menyokong dan bersimpati kepada Pakatan Rakyat dengan wujudnya ribuan blog dan portal untuk rakyat mengakses maklumat di hujung jari walaupun jauh di pedalaman dari sumber selain dari UMNO@BN.

Saya menjangkakan sekatan terbaru ini akan mencetuskan 'gelombang kedua' kebangkitan celik ICT di kalangan mereka yang sudah muak dan meluat kepada Umno@BN.

Sekatan ini dipercayai berkait rapat dengan pendedahan terbaru skandal yang membabitkan Najib dalam isu Altantuya yang didedahkan oleh media antarabangsa dan pemilihan Umno yang bermula esok. Selain itu ia juga berkait rapat dengan pilihanraya kecil serentak yang bakal berlangsung di tiga tempat tidak lama lagi.

Saya juga merasakan ada sesuatu yang ingin dilakukan oleh UMNO@BN bagi memastikan laluan Najib untuk menjadi Presiden Umno tidak terhalang.

Tetapi percayalah usaha UMNO@BN menyekat Harakah dan SK ibarat seperti usaha UMNO@BN menutup bangkai gajah dengan daun lalang!

MEDIA LUAR NEGARA TERUS MENGAITKAN NAJIB DENGAN PEMBUNUHAN ALTANTUYA



Datuk seri Najib Tun Razak yang merasakan dirinya bakal perdana Menteri Malaysia keenam terus dikaitkan dengan pembunuhan wanita Monggolia, Altantuya Sharibu.Selepas akhbar Liberation dari Peranchis dua media luar negara turut mengaitkan Najib dengan pembunuhan tersebut.


Terkini akhbar British, Times pula menerbitkan cerita sensasi itu.Turut menyiarkan cerita ini adalah TV Australia, ABC, sebelum ini.Semalam, 22 Mac, Timesonline menyiarkan semula cerita itu dengan tambahan maklumat dari wartawannya di Kuala Lumpur.


Menurut laporannya itu, selain pembunuhan Altantuya, pusat kepada laporan ini adalah pemberian komisyen sebanyak RM155 juta kepada Perimekar Sdn Bhd yang dimiliki oleh Abdul Razak Baginda.Menurut laporan Times, pembangkang mendakwa RM155 juta itu adalah komisyen pembelian kapal selam dari Perancis, manakala menteri Pertahanan waktu itu, Datuk Seri Najib Tun Razak pula berkata ia bukan komisyen tetapi bayaran perkhidmatan projek.

Adakah kita hendak mendakwa bahawa akhbar luar negara terbabit turut disogok dengan sejumlah wang yang besar serta terlibat dalam konspirasi untuk menajtuhkan Najib?


Justeru itu, adalah amat wajar sekali Pak Lah memikirkan semula sekiranya berhasrat untuk menyerahkan jawatan Perdana menteri Malaysia ke 6 kepada Najib. Jika tidak pun menangguhkan sekurang-kurangnya sehingga Najib didapati benar-benar bersih dan tidak terlibat dengan jenayah yang dimaksudkan.

Dakwaan dan laporan akhbar tersebut merupakan tuduhan serius yang mencemarkan imej Malaysia di seluruh dunia kerana ia melibatkan soal maruah dan kepimpinan negara.

Adakah kita sebagai rakyat Malaysia tidak merasa apa-apa dengan pendedahan ini dengan hanya membisu dan memekakkan telinga?


Najib perlu disiasat untuk memastikan beliau benar-benar tidak terlibat dengan kejadian jenayah itu. Adalah sesuatu yang pelik dan janggal, Najib hanya mendiamkan diri dengan tuduhan dan dakwaan yang sangat berat ini.

Justeru itu adalah amat wajar gesaan daripada pelbagai pihak agar DYMM Agong menggunakan kuasa dan budi bicara baginda untuk tidak memperkenankan nama Najib sebagai Perdana Menteri untuk memastikan hanya pemimpin yang amanah, bermoral, berakhlak serta bertanggungjawab untuk menerajui negara ini.

ALI RUSTAM DAN ILMU GHAIB


Melaka cukup tekenal satu ketika dahulu dengan pahlawan yang gagah perkasa. Mereka bukan sahaja cukup gagah dan terbilang tetapi mereka juga memiliki ilmu ghaib. Boleh muncul dan hilang dengan tiba-tiba! Malah Melaka cukup terkenal dengan keris Taming Sari yang terkenal kini ghaib entah ke mana. Alkisahnya ghaib di Hulu sungai Melaka.

Hari ini ilmu ghaib yang dimiliki oleh pahlawan-pahlawan Melaka dahulukala turut diwarisi oleh pemimpin Umno Melaka hari ini.

Semasa Datuk Seri Ali Rustam mendapat pencalonan yang cukup menggalakkan daripada bahagian-bahagian Umno untuk jawatan Timbalan Presiden Umno tidak lama dahulu, ada pihak dalam Umno sendiri mendakwa bahawa wujud tangan-tangan ghaib yang membantu beliau.

Hari ini apabila Ali Rustam dihalang bertanding oleh Lembaga Disiplin Umno, maka wujud pula cakap-cakap dalam Umno lagi bahawa wujud tangan-tangan ghaib yang menjadi perancang kepada membawa 'konspirasi' untuk menyekat Ali Rustam bertanding.

Sehingga hari ini mana-mana bomoh dan pawang masih gagal mencari jawapan 'kuasa ghaib' yang dikaitkan dengan Ali Rustam. Adakah warisan turun temurun kegemilangan pahlawan Melaka juga masih tidak dapat dipastikan.

Mungkin juga ia berkait rapat dengan tangkal yang dijumpai di bawah meja Pak Lah di bilik mesyuarat Umno di PWTC.

Saya mencadangkan agar SPRM di bawah Datuk Seri Hamdan Said menghantar pegawai-pegawainya bertapa di mana-mana gua untuk mempelajari ilmu-ilmu ghaib untuk menangkis pelbagai ilmu dan jampi serapah yang sedang melanda Umno sekarang. Sekaligus ia akan membantu SPRM menyelesaikan pelbagai kes rasuah dalam Umno yang sukar diselesaikan oleh SPRM.

22 March 2009

CALON PAS BUKIT GANTANG?


Secara rasmi calon Pas bagi pilihanraya kecil Parlimen Bukit Gantang akan diumumkan esok. Tetapi tak salah rasanya saya menghangatkan spekulasi bahawa Ustaz Idris Ahmad akan dinamakan sebagai calon pilihan utama.
Sebagai anak jati Bukit Gantang Ustaz Idris dilihat calon yang hampir pasti untuk kerusi yang dikosongkan berikutan kepulangan kerahmatullah Allayarham Roslan Shahrum.
Ustaz Idris merupakan seorang pemimpin Pas yang mudah didekati dan mesra bagi mereka yang mengenali beliau.
Semasa di Universiti saya sering terlibat dengan program yang dikendalikan oleh beliau. Tokoh Pas yang berpendidikan tinggi yang berlatar belakang pendidikan agama serta berpengalaman luas sepanjang kerjaya sebagai pensyarah di Uitm, dan Intis
Sepanjang mengenali Ustaz Idris, beliau juga seorang yang bersemangat kental sebagai pemimpin Pas yang sentiasa menghambakan diri untuk kepentingan jemaah dan Islam serta masyarakat.
Beliau juga seorang yang low proflie dan sentiasa gigih dalam perjuangan.
Apa yang saya paling ingati adalah kesudian beliau menghadiri majlis walimah saya satu ketika dulu semasa bertugas sebagai pensyarah di UiTM Melaka walaupun dalam kesibukan tugas dan pelbagai tanggungjawab.
Kepada pengundi di Parlimen Bukit Gantang saya jamin anda tidak akan rugi memilih calon Pas ini jika terbukti nama beliau bakal diumumkan esok yang sedia berkhidmat dan berbakti kepada pengundi, masyarakat dan negara demi kepentingan agama dan negara.

21 March 2009

MUSIM ORANG LETAK JAWATAN...ALI RUSTAM BILA LAGI????


Adun Bukit Selambau sudah letak jawatan, Adun Bukit Lanjan pun sudah letak jawatan tetapi masih dipujuk. Hari ini pula Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang pula letak jawatan.Pak Lah juga seperti yang dijanjikan akan letak jawatan.Cuma Ketua Menteri Melaka je belum letak jawatan.

Mari kita lihat kenapa mereka meletak jawatan dan kenapa Ali Rustam pun patut letak jawatan juga

V. Arumugam, bekas Exco dan Adun Selambau meletak jawatan kerana beliau dan keluarganya menerima pelbagai tekanan dan ugutan. Justeru itu untuk menjaga kepentingan keluarganya, kerajaan PR Kedah dan mengambil kira kepentingan rakyat maka dengan sukarelanya beliau meletak jawatan.

Ecxo dan Adun Bukit Lanjan, Elizebert Wong pula menawarkan diri meletak jawatan kerana tidak mahu masalah peribadi yang melandanya akan menjejaskan tumpuan kepada tanggungjawab dalam kerajaan negeri dan parti. Apa yang lebih penting beliau tidak mahu masalah peribadinya akan menjejaskan kerajaan negeri dan parti.

Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang pula Mohamad Fairus Khairuddin meletak jawatan disebabkan beliau didakwa tidak melaksanakan tanggungjawab dengan berkesan dalam kerajaan negeri Pulau Pinang. Malah beliau turut dikaitkan dengan isu 'kuari' seperti yang dilaporkan oleh salah seorang pimpinan pemuda AMK kepada SPRM.

Apa yang menarik, dalam ketiga-tiga kes di atas melibatkan pimpinan Pakatan Rakyat yang masih lagi belum terbukti kesalahannya. Tetapi apa yang boleh dilihat secara positif mereka berani menggambil tanggungjawab atas masalah yang menimpa mereka demi kepentingan kerajaan negeri, parti dan kepentingan masyarakat.

Tetapi...Ketua Menteriku ini....terang-terang telah disabitkan kesalahan oleh Lembaga Disiplin Umno...walaupun SPRM kata tak salah dan tak boleh campur keranan masalah dalaman parti...Apa lagi yang hendak ditunggu oleh Ali Rustam? Tak malukah beliau ?

Saya nak tanya Ali Rustam yang kata dirinya tak bersalah? Adakah agen beliau berani bertindak sewenang-wenangnya tanpa ada sebarang arahan? Adakah agen beliau mengeluarkan duit poket sendiri tanpa ada sumber dari mana-mana pihak? Adakah semua tindakan agen beliau di luar pengetahuan?

SPRM pula nak tunggu apa lagi? Adakah hendak menunggu Ali Rustam rasuah 46 ekor lembukah baru nak siasat dan bertindak?


19 March 2009

SEMUA KATA TAK SALAH, SIAPA YANG SALAH?

Khairy Jamaludin yang didapati bersalah kata dia tak bersalah. Ali Rustam yang didapati bersalah pun kata dia tak bersalah. Malah SU Politiknya yang juga didapati bersalah dan digantung 3 tahun pun kata dia tak bersalah.

Penyokong-penyokong Ali Rustam pun kata Ali Rustam tidak bersalah sebaliknya kata Ali Rustam jadi mangsa konspirasi politik.

Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen Pengerusi Jawatankuasa Disiplin Umno pun kata jawatankuasa itu tidak bersalah bila dituduh bersekongkol dalam apa yang didakwa sebagai konspirasi politik.

Untuk menguatkan hujah lembaga Disiplin tak bersalah hukum Ali Rustam dan yang lain-lain, Najib kata tidak ada unsur sabotaj atau menjadikan ketua menteri Melaka itu sebagai 'kambing hitam'.

Jadi siapa yang sebenarnya yang bersalah?

Cuba kita bayangkan juga kalau semua tertuduh yang didapati bersalah oleh hakim di mahkamah kata mereka tak bersalah sebaliknya berkata hakim yang salah. Hakim pulak mati-mati kata mereka tak bersalah.....pening...pening...

RAKYAT MELAKA PRIHATIN DIJEMPUT KE HIMPUNAN AMAN DESAK ALI RUSTAM LETAK JAWATAN

Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka memaklumkan bahawa satu himpunan aman akan diadakan pada 20 Mac 2009 selepas solat Jumaat di hadapan Masjid MITC.

Menurut Kamaruddin peserta himpunan akan berkumpul di masjid tersebut sebelum berarak ke Seri Negeri untuk menyatakan hasrat rakyat negeri Melaka yang mengharapkan Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Ali Rustam meletakkan jawatan sebagai Ketua Menteri dan ADUN Bukit Baru.

Rakyat Negeri Melaka diharapkan dapat mengambil bahagian di dalam himpunan aman ini.Kamaruddin berkata rakyat negeri Melaka amat kesal dengan pengelibatan Ali dalam rasuah dan salah guna kuasa. Maka menurutnya Ali sudah hilang kelayakan untuk menjadi Ketua Menteri dan ADUN.

PPSMI: NAK TUNGGU APA LAGI?

Pelbagai pandangan dan bantahan sudah dilakukan terhadap pelaksanaan PPSMI. Dari orang kampung sehinggalah ke pakar dan profesor bahasa, majoriti menentang pelaksanaan PPSMI.

Malah tanyalah guru-guru yang terlibat dalam PPSMI, walaupun mereka diberi elaun 5%-10% daripada gaji (banyak tu) majoriti di kalangan mereka tidak setuju dengan PPSMI.

Hanya arahan dan tugas serta kerana terpaksa menyebabkan mereka menggagahkan diri mengajar PPSMI.

Kajian terkini Permuafakatan Badan Ilmiah Nasional (Pembina) yang melibatkan IPTA ternama iaitu Universiti Putra Malaysia, Universiti Teknologi Malaysia, Universiti Perguruan Sultan Idris, Universiti Sains Malaysia dan Universiti Teknologi Mara terhadap 5595 sampel di 56 sekolah terpilih mendapati hanya 4% sahaja pelajar menguasai PPSMI!

Apa yang lebih mengejutkan salah satu rumusan daripada hasil kajian ialah "PPSMI telah dan akan membunuh minat, semangat dan keghairahan murid-murid untuk belajar Sains dan Matematik sejak di peringkat sekolah rendah lagi."

Jadi apa lagi kerajaan melalui Kementerian hendak tunggu? Usahlah berdolak dalik dengan menggunakan hujah dan alasan yang mengelirukan. Malah sehingga hari ini cabaran untuk mengumumkan berapa markah lulus, kepujian dan cemerlang subjek matematik dan sains dalam peperiksaan yang lepas masih tidak berani diumumkan oleh kerajaan.

Saya mempunyai maklumat bahawa ada kemungkinan besar markah matematik dan sains dalam SPM baru-baru ini telah dimanipulasi untuk menghalalkan PPSMI. Pelajar yang tak pernah lulus boleh lulus dengan 'membanggakan'. Malah ada guru sains merasakankan keputusan subjek sains dan matematik di sekolah mereka adalah di luar jangkaan.Jika ini spekulasi saya, bagaimana dengan kajian ilmiah yang dijalankan di atas?

Justeru itu, kerajaan perlu membuat keputusan segera memansuhkan PPSMI. Jangan rosak dan binasakan bahasa dan minat generasi akan datang terhadap subjek sains dan matematik akibat dasar PPSMI yang terbukti merugikan ini dan tidak setimpal dengan kos berbilon ringgit yang telah dibelanjakan.

18 March 2009

ALI RUSTAM AKAN MENDAPAT TALIAN HAYAT DARI PAK LAH?


Penyokong Muhyiddin dan Md Taib serta termasuk orang Melaka yang tidak mengemari stail kepimpinan Ali Rustam jangan gembira sangat dengan berita beliau dilarang bertanding jawatan Timbalan Presiden Umno oleh Lembaga Disiplin semalam.

Dalam politik Umno macam-macam boleh berlaku. Politik dalam Umno ni macam bawa kereta kadang-kadang boleh U Turn atau kalau yang terror sikit boleh terus konar baring! Malah kadang-kadang mereka boleh potong double line, potong sebelah kiri kalau tak pun terus potong barisan!

Hari ini Ali Rustam akan mengemukakan surat rayuan dan satu pertemuan akan diadakan bersama dengan Pak Lah yang baru pulang dari lawatan di Indonesia malam tadi.

Pak Lah dilaporkan agak terkejut dengan pelucutan hak bertanding Ali Rustam sebagai timbalan Presiden. ( sebenarnya dia lebih terkejut bila menantunya turut didapati bersalah tetapi hanya diberi amaran).

Kita semua mesti ingat, sehingga masa dan saat ini Pak Lah masih lagi Presiden Umno dan Perdana Menteri Malaysia. Apa-apa kemungkinan pun boleh berlaku dalam Umno.

Saya tak bercadang nak ulas lebih-lebih...tunggulah je lah kejutan yang saya jangkakan akan berlaku...Insyallah jumpa nanti. Wallahu'alam.

17 March 2009

SANGGUP ANDA DIPIMPIN OLEH PERASUAH?

Akhirnya pemain penyerang harapan diberi 'kad merah' oleh pengadil. Bermakna pemain itu terkeluar daripada 'permainan' untuk mencari siapa pemenang. Cuma pemain itu sedikit bernasib baik kerana masih boleh meneruskan perlawanan pada pertandingan yang berikutnya.

Tetapi itu kalau berlaku dalam perlawanan bola sepak seperti dalam Barclyas Premier Leaque. Ini soal maruah, prinsip dan kepimpinan! Persoalan yang berkaitan hubungan sesama manusia dan hubungan dengan Maha Pencipta.

Isu ini merupakan soal menerajui kepimpinan dan amanah serta tanggungjawab! Sanggupkah anda dipimpin oleh perasuah? Pemimpin bercakap soal kepimpinan, moral dan akhlak serta tanggungjawab tetapi diri sendiri bergelumang dengan gejala tak bermoral.

Dalam isu rasuah Datuk Seri Ali Rustam, beliau tidak mempunyai pilihan selain melepaskan jawatan sebagai Ketua Menteri Melaka. Walaupun terlepas daripada penggantungan Jawatankuasa Disiplin Umno, tetapi apa yang pasti Ali Rustam telah dibuktikan bersalah! Meletak jawatan adalah lebih baik kepada Ali Rustam. Hanya mereka yang tak tahu malu dan tidak mempunyai perasaan sahaja yang akan kekal dengan jawatan sebagai Ketua Menteri Melaka! Adakah Ali Rustam tidak berasa apa-apa terpaksa berhadapan dengan rakyat pada setiap masa ?

Ketepikan seketika serangan ataun persaingan dalam politik, apa yang pasti Ali Rustam telah didapati bersalah! Prinsip keadilan seseorang itu dianggap tidak bersalah selagi didapati tidak bersalah. Tetapi hari ini beliau telah didapati bersalah!

Saya sebagai anak Melaka juga tidak mampu 'menahan telinga' diperli oleh rakan-rakan dari negeri lain kerana dipimpin oleh seorang perasuah. Cukuplah Ali Rustam sebelum ini memalukan orang Melaka dengan pelbagai dasar dan idea yang kontroversi. Dalam masa yang sama saya juga tidak menafikan sumbangan lain Ali Rustam kepada Melaka. Tetapi perlu dingat, seorang pemimpin bukan sahaja perlu bersih tetapi mesti juga dilihat bersih.

Jika perkara ini berlaku kepada pimpinan Pakatan Rakyat, saya yakin perkara yang serupa akan dilakukan oleh Umno serta mereka yang sewaktu dengannya. Lihatlah SPRM, seperti hanya melihat sebelah mata serta buat-buat tak nampak jenayah dan penyelewengan yang berlaku. Namun apabila kes melibatkan pimpinan pakatan Rakyat terlalu cepat dan pantas SPRM bertindak dengan disulami terlalu banyak drama dan episod yang memualkan yang memperlihatkan kosnpirasi serta ketidakadilan dalam pelaksanaan prinsip keadilan. Saya tak kata pemimpin Pakatan Rakyat suci dari kesalahan. Tetapi jika mereka benar-benar terbukti bersalah dengan proses pelaksanaan undang-undang yang benar-benar adil dan telus mereka juga wajar disingkirkan daripada menerajui kepimpinan.


 

ALI RUSTAM DILUCUT HAK BERTANDING TIMBALAN PRESIDEN


Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam hari ini dilucutkan kelayakan bertanding bagi jawatan Timbalan Presiden Umno pada pemilihan parti minggu depan kerana didapati terlibat dengan politik wang.

Keputusan itu diumumkan Pengerusi Lembaga Disiplin, Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen Tengku Ismail dalam satu sidang media khas di ibu pejabat Umno, Menara Dato Onn, di sini.

Sementara itu, Naib Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin juga didapati bersalah tetapi hanya diberikan amaran.

Keputusan Lembaga Disiplin ini sekaligus memadam cita-cita Ali Rustam untuk mengikut jejak langkah Allaharyam Tun Ghaffar Baba dari Melaka untuk menduduki jawatan nombor dua dalam umno dan kerajaan.

Walaupun, tidak digantung oleh Lembaga Disiplin Umno, politik Ali Rustam dilihat semakin suram dan malap tidak lagi begermerlapan seperti bintang kebesaran yang diperolehi oleh Datuk Shah Rukh Khan tidak lama dulu.

Apa reaksi Ali Rustam dan penyokong-penyokongnya? Pada pandangan saya, bantahan keputusan penggantungan ini dan sokongan daripada penyokong Ali Rustam tidak akan kemana. Lihat sahaja apa yang berlaku kepada Tan Sri Isa Samad tidak lama dulu. Hanya mereka yang betul-betul 'bersih' sahaja dalam Umno yang berani menentang dan mempertahankan secara terbuka pemimpin mereka yang 'dianiaya'.

Lihat sahajalah nanti mereka yang begitu bersemangat dan berkobar-kobar mempertahankan Ali Rustam akhirnya akan 'menikus' kerana masing-masing sedar bahawa mereka pun bukan bersih sangat lagipun Umno adalah 'periuk nasi' mereka.


UMNO MELAKA AKAN MENDERHAKA?

Pagi tadi berlansung satu perjumpaan yang melibatkan pimpinan Umno Melaka di kediaman rasmi Ketua Menteri, Datuk Seri Ali Rustam di Seri Bendahara Bukit Katil Melaka.

Perjumpaan ini berkait rapat dengan spekulasi bahawa Ali Rustam yang juga Naib Presiden Umno dan Pengerusi Perhubungan Umno akan berdepan tindakan penggantungan daripada Jawatankuasa Disiplin Umno yang akan membuat keputusan tidak lama lagi.

Kebanyakan pimpinan Umno negeri bersedia berdiri teguh mempertahankan Ali Rustam. Malah terdapat seorang pimpinan Umno negeri yang bersedia untuk menggerakkan bantahan sekiranya Ali Rustam dihukum oleh lembaga Disiplin petang ini.

Dalam mesyuarat Bahagian Umno yang lalu, bahagian-bahagian Umno di Melaka memberi undi dan sokongan 'solid' kepada Ali Rustam dalam bertanding jawatan timbalan presiden Umno.

Kita sama-sama tunggu dan lihat adakah orang Umno Melaka akan berani 'menderhaka' terhadap keputusan Jawatankuasa Lembaga Disiplin Umno. Adakah Hang Jebat moden akan muncul lagi pada alaf 21 ini?

APAKAH TEORI KERAJAAN CAMPURAN MENJADI KENYATAAN?

Ehhh...makin hangat spekulasi sekarang ini. Siapa yang bakal menjadi mangsa atau dimangsakan pada petang ini. Jawatankuasa Disiplin Umno dijangkakan akan membuat keputusan tentang senarai mereka yang akan digugurkan serta akan digantung daripada pemilihan Umno.

Malah ada yang sudah mula tercari-cari keris Taming Sari, keris yang dikatakan keris keramat sejarah peninggalan Hang Tuah yang dikatakan hilang di hulu Sungai Melaka.

Spekulasi yang kembali hangat ialah apakah teori kerajaan perpaduan atau kerajaan campuran akan menjadi kenyataan? Saya dikemukakan teori ini sebelum 'Kerajaan 13 September' tersasar dari matlamat.

Pada awalnya saya hanya memandang sinis teori tersebut, bagi saya ia sesuatu yang mustahil dan mengarut! Tetapi perkembangan mukhtahir yang berlaku, menyebabkan saya berfikir semula adakah teori ini bakal menjadi kenyataan.

Persoalannya, adakah Pakatan Rakyat yang diterajui oleh PAS, PKR dan DAP boleh menerima mereka yang terbuang dari Umno untuk membentuk kerajaan campuran yang dimaksudkan? Lebih-lebih lagi mereka ini terdiri dari mereka yang terlibat dengan rasuah, skandal dan penyelewengan?

Pengkhianatan yang dilakukan oleh Adun Behrang dan Changkat Jering dari PKR dan Adun Jelapang dari DAP wajar dijadikan pengajaran agar Pakatan Rakyat agar perlu berhati-hati menganalisis dan membuat keputusan perkembangan yang berlaku.

Pas Khususnya mempunyai pengalaman pahit apabila kerajaan campuran yang dibentuk pada tahun 1974 telah menyebabkan bukan sahaja Pas menjadi mangsa permainan politik Umno tetapi telah menyebabkan perpecahan yang berlaku dalam Pas ketika itu.

YAB Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat sendiri menyatakan rasa tidak setuju dengan pembentukan kerajaan campuran yang diuar-uarkan.

Tetapi saya cukup yakin, Pas hari ini cukup matang sesuai dengan usianya lebih setengah abad dalam persada politik negara. Segala sepak terajang politik telah difahami tentang buruk dan baiknya.

Sebagai orang biasa, segala-galanya terserah kepada pucuk pimpinan Pas dan muafakat di antara komponen dalam Pakatan Rakyat. Lakukanlah apa yang terbaik demi untuk kebaikan dan kesejahteraan rakyat kearah kerajaan yang adil dan berkebajikan. Wallahu'alam.

16 March 2009

MELAKA BAKAL MENDAPAT KETUA MENTERI BARU???


Walaupun sekarang ini saya berada di luar Melaka, berita bertiup kencang Melaka negeriku bakal mendapat Ketua Menteri baru tidak lama lagi. Jawatankuasa Disiplin Umno dijangka akan membuat pengumuman esok calon-calon yang akan gugur kelayakan bertanding dalam pemilihan pada 25-26 March ini. Di antara yang disebut-sebut yang bakal menerima hukuman ialah Datuk Seri Ali Rustam, Ketua Menteri Melaka yang juga calon Timbalan Presiden Umno. Tan Sri Muhamamad Md. Taib dalam satu kenyataan hari ini begitu tak sabar-sabar meminta Lembaga Disiplin menyegerakan mengumumkan calon yang tidak layak bertanding. Apa maknanya tu....???

Difahamkan esok akan berlangsung satu perjumpaan khas ketua-ketua bahagian Umno Melaka bersama dengan Ali Rustam selaku pengerusi Perhubungan Umno Melaka.

Ditanya kebenaran khabar angin tersebut, beliau hanya berkata: “Itu kena tanya Lembaga Disiplin (Umno).”

Ketika ditemui pemberita sebelum majlis memperkenalkan diri calon Majlis Tertinggi (MT) Umno di sebuah hotel di Shah Alam, Mohd Ali juga enggan mengulas sama ada dipanggil mengadap atau menerima sebarang surat dari jawatankuasa itu.

Ketika sama ada beliau bimbang dengan penyebaran khabar angin itu ketua menteri Melaka itu menjawab:“Kenapa saya perlu bimbang?”

Ditanya mengenai laporan akhbar arus perdana hari ini, ketua menteri Melaka itu berkata beliau tidak membaca akhbar mengenainya.

Oleh itu, tambah Mohd Ali, beliau tidak boleh mengulasnya.

Diminta memberikan reaksi sama ada khabar angin itu memberikan kesan negatif kepadanya, Mohd Ali berkata: “Sabarlah, kita tidak boleh campur hal Lembaga Disiplin”.

Menurut laporan beberapa sumber media selain Ali Rustam, antara yang bakal menerima nasib yang sama ialah Dato Seri Khir Toyo dan menantu kesayangan PM, Khairy Jamaludin. Bermakna Mukhriz yang mendapat sokongan Najib akan menang percuma jawatan Ketua Pemuda Umno.

Langkah ini dilihat sebagai program pembersihan orang-orang Pak Lah dari dalam pimpinan tertinggi Umno. Permainan politik dalam Umno bakal memasuki episod baru. Sama-sama kita tunggu episod yang seterusnya seperti kata Allahyarham Ibrahim Pendek dalam cerita Ali Baba dan 40 Penyamun....Mari-mari kita lihat siapa yang kenaaaaaaaaaaaaa......

GOBIND DIGANTUNG SETAHUN....BAGAIMANA ZAMRY AND THE GANG????

Gobind Singh Deo, Ahli parlimen Puchong digantung setahun oleh Dewan Rakyat dalam usul pengantunggan yang dibacakan oleh Datuk Mohamad Nazri Aziz Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Berikutan penggantungan itu, Gobind akan hilang kelayakan dari segi sebarang elaun dan kemudahan sebagai ahli parlimen.

Sebagai rakyat Malaysia, kita wajar menghormati kuasa dan peranan Dewan Rakyat melalui spekear Dewan dalam mengadili kes berkenaan walaupun isu yang dibangkitkan oleh YB Puchong tentang isu pembunuhan Altantuya masih tidak terjawab oleh pihak berkenaan sehingga hari ini.

Tetapi bagaimana pula dengan kuasa Dewan Undangan Negeri Perak, V. Sivakumar melalui Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dewan yang menggantung Menteri Besar Kudeta, Datuk Dr. Zamry dan enam orang 'penasihat khas' kepada Menteri Besar selama setahun dan 18 bulan? Zamry masih lagi menjalankan tugas sebagai 'menteri besar' dan menerima elaun dan kelayakan sebagai ahli Dewan Undangan Negeri dan sebagai 'Menteri Besar'. Undang-undang apakah ini?

SIAPA CALON UMNO AKAN 'TERSUNGKUR' RABU INI?

Menjelang Perhimpunan agong Umno pada 24-28 March ini, satu kejutan dijangka akan berlaku. Terkini pada hari Rabu ini difahamkan Jawatankuasa Displin Umno akan mengumumkan 20 calon yang bertanding akan hilang kelayakan tersebut.

Kemungkinan Datuk Norza Zakaria dan Datuk Azalina Othman termasuk dalam senarai tersebut. Umum mengetahui Norza sedang didakwa di mahkamah kerana tuduhan rasuah manakala Azalina sedang disiasat oleh SPRM.

Persoalannya siapa lagi yang 18 tu? Jerung atau ikan bilis? Mereka dari kem mana yang akan hilang kelayakan? Mereka dari Kem Pak Lah atau dari Kem Najib?

Apa-apapun serta siapa yang bakal hilang kelayakan nanti, pastinya akan menghumban Umno ke era perpecahan dan konflik yang semakin teruk. Mereka yang hilang kelayakan nanti akan hanya duduk berdiam diri di rumah tanpa berbuat apa-apa?

Walau bagaimanapun jumlah 20 orang yang bakal hilang kelayakan bertanding adalah satu angka yang sangat kecil berbanding kira-kira 1000 kes salah laku dan rasuah yang disiasat oleh Jawatankuasa Disiplin Umno. Malah dalam satu majlis ceramah umum beberapa hari lalu, Datuk Husam Musa menyatakan Pas mempunyai dokumen dan maklumat lengkap siapa yang terlibat dalam gejala rasuah dalam Umno untuk didedahkan dalam pilihanraya kecil nanti. Pastinya maklumat itu diperolehi dari sumber dalaman tertinggi dalam Umno. Lainlah kalau isu dan skandal yang didakwa hanya melibatkan pemimpin Umno cawangan!

Sama-sama kita tunggu dan lihat adakah di antara mereka nanti adalah di kalangan mereka yang bertanding jawatan tertinggi seperti timbalan dan naib presiden atau mereka yang bertanding dalam sayap parti seperti jawatan ketua pemuda, ketua wanita atau ketua puteri? Sama-sama kita nantikan sehari dua ini

15 March 2009

ROSMAH 'TERKEJUT' DIKAITKAN DENGAN PEMBUNUHAN ALTANTUYA

Dalam satu laman portal berita , Isteri Timbalan Perdana Menteri Datin Rosmah Mansor dilaporkan ‘terkejut’ dengan pihak pembangkang yang mengaitkan mereka dalam isu pembunuhan wanita Monggolia Altantuya Sharibu. Rosmah dilaporkan kesal dengan kenyataan tersebut dengan menyatakan mereka juga mempunyai nilai kemanusiaan.

Kenapa baru hari ini Rosmah tekejut, telah sekelian lama pelbagai dakwaan dikemukakan kepada mereka. Malah dalam satu laporan bersumpah Raja Petra Kamarudin jelas mengaitkan Rosmah secara lansung dalam pembunuhan wanita Monggolia itu pada malam kejadian. Kenapa Rosmah sebelum ini hanya mendiamkan diri? Jika isteri saya berada dalam situasi Rosmah, saya akan meminta isteri saya menyaman pihak yang menuduh. Ini tuduhan berat, bukan sahaja berkaitan soal maruah dan prinsip tetapi ia berkaitan dengan kes jenayah!

Memanglah kes Raja Petra sudah dibawa ke mahkamah atas dakwaan membuat dakwaan palsu tetapi laporan itu bukan dari Rosmah tetapi datang dari laporan polis oleh pihak lain.

Pendedahan akhbar Peranchis Liberation minggu lalu semakin menguatkan spekulasi dan dakwaan bahawa najib dan isterinya terlibat dengan tragedi itu. Akhbar berkenaan juga menceritakan secara terperinci bagaimana Altantuya dibunuh dengan kejam. Sekali lagi kenapa Najib dan isterinya hanya berdiam diri? Semua ini mengundang pelbagai teka-teki apa yang sebenarnya yang berlaku.

Saya bukan menuduh, tetapi Najib dan Rosmah wajar membersihkan segala tuduhan dan dakwaan yang dikaitkan dengan mereka. Sekali lagi saya mengharapkan agar Pak lah menangguhkan proses peralihan kuasa kepada timbalannya selagi nama Najib dan Rosmah benar-benar bersih daripada segala dakwaan yang boleh menjejaskan imej negara di mata dunia.

14 March 2009

ORANG UMNO SEMAKIN PERCAYA PERALIHAN KUASA PAK LAH NAJIB TIDAK AKAN BERLAKU





Sesekali bila melayari blog-blog Umno membuat saya berfikir sendiri, apa yang sedang berlaku dalam Umno sekarang? Kemelut ekonomi negara melalui pakej rangsangan RM 60 billion kurang dibincangkan. Mereka kebanyakannya lebih sibuk membicarakan kemelut dan pergolakan politik yang melanda Umno sekarang.

Perasaan curiga dan syak wasangka semakin menebal menjelang pemilihan Umno penghujung bulan ini.

Paling menarik, apabila terdapat di kalangan mereka mula mempercayai bahawa peralihan kuasa Pak Lah -Najib mungkin tidak akan berlaku. Walaupun difahamkan Pak Lah telah menandatangani surat penyerahan kuasa kepada Najib bertarikh 3 April 2009. Misalnya apa yang dinukilankan oleh Datuk Ruhanie Ahmad dalam blog Kuda Kepangnya di

Bagi Pakatan Rakyat, jika peralihan kuasa tidak berlaku maka ia seperti tidak cukup tapak tangan nyiru ditadahkan. Tindakan Najib mengetuai rampasan kuasa di Perak, pendedahan terbaru isu pembunuhan Altantuya oleh akhbar Liberation Peranchis menyebabkan Najib semakin tidak layak menduduki kerusi nombor satu negara. Sehingga hari ini tidak ada sebarang penafian Najib berdasarkan penyiaran akhbar dari Peranchis itu.Strategi politik dengan mendiamkan diri? Jika ada jiran menuduh kita membunuh kucing mereka pun, saya fikirkan kita akan pertahankan jika kita benar-benar tidak melakukannya!

Perkembangan terkini dalam Umno sekarang membayangkan akan wujud kejutan yang bakal berlaku sebelum perhimpunan dijadualkan berlangsung. Mungkinkah mahkamah akan membuat keputusan minggu depan dengan menerima injuksi untuk menghalang mesyuarat agong Umno yang difailkan oleh Datuk Mazlan Harun? Adakah ada sesuatu perkembangan terkini akan diumumkan oleh polis berkaitan kes Altantuya?

Malah ramai pihak mula mempercayai pertemuan Pak Lah dan DSAI di Hulu Langat tempohari mempunyai agenda dan implikasi besar kepada politik Malaysia. Ringkasnya, pertemuan itu tidak berlaku secara kebetulan!

Begitu juga hari ini telah wujud desas desus akan wujud 'kerajaan perpaduan' di antara BN dan Pakatan Rakyat.

Namun, nasihat saya kepada semua di dalam Pakatan Rakyat agar tidak terperangkap dengan apa yang berlaku dalam Umno hari ini. Sebaliknya perlu fokus kepada gerak kerja dalam menghadapi pilihanraya kecil di Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Ai.

Apa yang paling penting adalah mendapat maklumat dari sumber 'primier' tentang apa-apa perkembangan yang berlaku iaitu daripada pimpinan atasan Pakatan Rakyat sendiri melalui saluran dan lidah rasmi parti.

13 March 2009

SPEAKER DUN PERAK MENANG PUSINGAN PERTAMA!

Speaker DUN Perak V. Sivakumar menang pusingan pertama! Beliau dibenarkan menggunakan peguam sendiri untuk mewakilinya dalam kes saman dalam isu pelembagaan di Perak.

Keputusan itu diumumkan oleh 3 hakim mahkamah Rayuan yang sebulat suara bersetuju bahawa tiada peruntukan undang-undang yang menyatakan Speaker harus diwakili oleh penasihat undang-undang negeri.

"Seorang Speaker bukan merupakan pegawai negeri atau kerajaan negeri. Sivakumar bebas melantik peguam pilihannya," kata Raus dalam keputusan lisannya.Mereka bertiga membenarkan rayuan Sivakumar untuk mengetepikan perintah Mahkamah Tinggi Ipoh bahawa hanya sahaja boleh mewakilinya.Pada 3 dan 5 Mac lalu, pesuruhjaya kehakiman Ridwan Ibrahim enggan membenarkan peguam swasta mewakili Sivakumar.

Mana ada undang-undang dalam dunia seseorang yang berhadapan kes di mahkamah yang 'dipaksa' untuk menerima peguam untuk mewakilinya di mahkamah. Banyak betul sejarah tercipta di Perak kebelakangan ini..

Tindakan Menteri Besar Perak, Dato Seri Ir Nizar Jamaludin memfailkan saman dan injuksi di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur merupakan satu tindakan dan strategi yang tepat dan bijak jika melihat perbicaraan dan keadilan yang diterima oleh V Sivakumar di mahkamah di Perak. Walau bagaimanapun tidak bermakna Nizar akan mendapat laluan yang mudah....Lebih-lebih lagi kalau hakim 'gula-gula Hacks' yang mengadili kes ini....

KAN SAYA DAH CAKAP....

Dua hari lepas saya dah menjangkakan hampir semua akhbar perdana akan menyiarkan bahawa keputusan SPM 2008 tidak menjejaskan PPSMI.

Misalnya komen dari Ketua Pengarah Pelajaran....

Keputusan peperiksaan itu juga menunjukkan peningkatan kelulusan dalam Sains dan Matematik, sekali gus membuktikan pelaksanaan pembelajaran dan pengajaran kedua-dua subjek itu dalam bahasa Inggeris (PPSMI) tidak menjejaskan pencapaian pelajar.

Mengumumkan keputusan peperiksaan itu di sini semalam, Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Alimuddin Mohd Dom, berkata prestasi calon bandar dan luar bandar serta pada peringkat nasional bagi mata pelajaran itu terus meningkat.

Subjek Sains mencatat kelulusan 91.2 peratus berbanding 87 peratus pada tahun sebelumnya, manakala Matematik 77.5 peratus berbanding 75.8 peratus pada 2007.

Benarkah begitu? Jika PPSMI tidak menjejaskan keputusan SPM tahun ini malah meningkat sila umumkan berapa gred markah lulus, kepujian dan cemerlang untuk subjek sains dan matematik? Adakah pihak Kementerian Pelajaran bersedia mendedahkannya? Jika tidak maka tidak mustahil markah dan gred subjek matematik dan sains telah dimanipulasi untuk kepentingan pihak tertentu. Terutama untuk terus menghalalkan pelaksanaan PPSMI yang mendapat tentangan daripada pelbagai pihak.

12 March 2009

MUHYIDDIN PILIHAN JAWATAN NO. 2: ALI RUSTAM NAK KE MANA?


Andai kata tinjauan Merdeka Centre benar-benar mempunyai kesahan dan kebolehpercayaan, Ali Rustam pastinya orang yang tidak senang duduk sekarang.

Kajian Merdeka Centre menunjukkan Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Mukhriz Mahathir calon-calon pilihan untuk mengetuai persaingan merebut dua jawatan utama Umno dalam pemilihan parti hujung bulan ini, kata satu tinjauan. Muhyiddin mendapat 52 peratus sokongan responden untuk timbalan presiden Umno, berbanding dua lagi pencabarnya Tan Sri Muhammad Muhd Taib (7%) dan Datuk Ali Rustam (11%).

Jika kajian ini terbukti tepat, maka survival politik Ali Rustam semakin suram dan tergugat menuju ke penghujung. Kecuali jika Najib ( kalau sempat) menjadi Presiden Umno memberikan ehsan dengan melantik Ali Rustam sebagai ahli Majlis Tertinggi Umno melalui kuota Presiden.

Namun begitu, Ali Rustam tidak perlu bimbang jika hilang jawatan Ketua Menteri Melaka kerana masih banyak jawatan kosong menanti beliau. Paling tidak pun menjadi pelobi kepada artis-artis luar negara yang ingin mendapat anugerah Datuk dari Melaka.

Walau bagaimanapun, Ali Rustam tidak perlu susah hati kerana tidak seorang pun responden melalui kajian Merdeka Centre itu yang terdiri daripada perwakilan Umno. Apa-apapun tak bermakna Ali Rustam boleh mendapat laluan mudah...Apa yang pasti Muhyiddin masih calon popular. Mungkinkah Melaka bakal mendapat ketua menteri baru?

11 March 2009

SPRM MEMBEBASKAN MUSA DAN GHANI DARI MEMALSUKAN BUKTI

Dato Seri Anwar Ibrahim kini berhadapan dengan pertarungan dan percaturan politik semakin sengit apabila SPRM 'membersihkan' Tan Sri Musa Hassan dan Tan Sri Ghani Patail dari salah guna kuasa dengan memalsu bukti isu 'mata lebam' DSAI.

Perkara ini diumumkan oleh Datuk Nazri Abdul Aziz, Menteri di Jabatan Perdana Menteri dalam jawapan di parlimen hari ini.

"Setelah mengkaji dengan teliti dan mendalam, majoriti ahli-ahli panel memperakukan bahawa Tan Sri Abdul Gani Patail, Peguam Negara dan Tan Sri Musa Datuk Haji Hassan, Ketua Polis Negara tidak melakukan sebarang kesalahan jenayah sepertimana yang didakwa oleh Dato' Seri Anwar Ibrahim," kata Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam satu kenyataan hari ini.

Oleh itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM juga berpendapat tidak wujud sebarang kes jenayah terhadap kedua-duanya.

Menurut SPRM, panel tersebut terdiri daripada bekas Hakim Mahkamah Persekutuan dan Hakim Mahkamah Rayuan, yang dilantik sebagai Timbalan Pendakwa Raya oleh Peguamcara Negara.

Mereka ialah bekas hakim Mahkamah Rayuan Dato' Abdul Kadir Sulaiman dan Dato' Mohamad Noor Abdullah serta bekas hakim Mahkamah Persekutuan Dato' Wira Mohd Noor Ahmad.

Ini bermakna kedua-duanya terutama Ghani kini 'bebas' dalam mengendalikan kes Liwat 2 yang melibatkan DSAI. sebelum ini Pak Lah telah mengarahkan Musa dan Ghani tidak terlibat dalam perbicaraan tersebut berikutan laporan salah laku keduanya yang dikemukakan oleh DSAI kepada SPRM.

Namun begitu, pada pandangan saya keputusan 'panel bebas' masih belum mampu mengikis tanggapan bahawa Musa dan Ghani tidak terlibat dalam memalsukan bukti isu 'mata lebam' DSAI.

Pertama panel ini dilantik oleh Peguam Cara Negara yang merupakan 'orang bawahan' kepada Peguam Negara. Walhal dalam kes ini yang sedang disiasat ialah Peguam Negara. Beranikah orang bawahan 'lawan tokey'? Sepatutnya dalam kes berprofil tinggi satu suruhanjaya diraja ditubuhkan dan bukannya 'panel bebas' ini.

Kedua, dalam situasi SPRM kebelakangan ini didakwa bersekongkol dengan BN dan UMNO seperti kes MB Selangor dan di Perak serta mewujudkan penyiasatan dan pendakwaan 'terpilih'maka pengumuman SPRM 'membebaskan' Ghani dan Musa sebenarnya akan menguatkan teori bahawa SPRM turut terlibat dalam konspirasi untuk memburukan dan menjatuhkan kerajaan Pakatan Rakyat.

10 March 2009

KEPUTUSAN SPM 'MENINGKAT' AKAN 'MENGHALALKAN' PPSMI?

Pada hari khamis ini ( 12 Mach 2009 ) keputusan SPM akan diumumkan. Calon-calon peperiksaan SPM pastinya berdebar-debar dengan keputusan yang bakal diumumkan. Tetapi saya rasa debaran Hishamuddin lebih kencang berbanding dengan calon peperiksaan berkenaan.

Keputusan SPM bakal menentukan hala tuju PPSMI pada masa depan. Malah tidak keterlaluan kalau saya katakan keputusan SPM terutama subjek matematik dan sains menjadi penentu masa depan Hishamudin dalam pemilihan jawatan naib presiden Umno tidak lama lagi.

Apa akan berlaku jika kualiti calon cemerlang dan kuantiti calon lulus dalam subjek sains dan matematik merosot dalam SPM? Sudah pasti akan menyemarakkan penentangan pelbagai lapisan masyarakat yang cintakan bahasa kebangsaan terhadap PPSMI.

Berdasarkan risik-risik yang diterima jumlah calon cemerlang dan lulus bagi subjek matematik dan sains dalam SPM tahun lalu meningkat dengan begitu 'membanggakan'. Jika ini menjadi kenyataan Hishamuddin boleh menarik nafas lega. Sekurang-kurangnya menjadi 'modal' menjelang pemilihan Umno penghujung Mach ini.

Kemungkinan dasar PPSMI akan dikekalkan adalah tinggi jika keputusan matematik dan sains dalam SPM lusa ini akan dijadikan sebagai kayu pengukur. Kerajaan mungkin akan menggunakan keputusan SPM bagi subjek sains dan matematik untuk menjadi dalil untuk 'menghalalkan' PPSMI.

Apa-apapun keputusan subjek matematik dan sains dalam SPM nanti ia bukan dalil dan hujah kepada kerajaan untuk menghalalkan PPSMI. Lagipun sehingga hari ini kerajaan khususnya Kementerian Pelajaran seperti cuba menyembunyikan markah lulus sebenar bagi subjek matematik dan sains dalam peperiksaan UPSR, PMR dan SPM daripada pengetahuan umum.

09 March 2009

PAKEJ RANGSANGAN EKONOMI 35 BILLION? SIAPA YANG AKAN TERANGSANG?

Dalam persidangan Dewan Rakyat esok Dato' seri Najib TPM dan juga Menteri Kewangan dijangka akan membentangkan Belanjawan Mini yang dianggarkan sekitar RM 30 - 35 billion. Satu jumlah yang sangat besar dalam memulihkan kegawatan ekonomi yang sedang melanda negara.

Apa-apa pun sama-sama kita tunggu strategi dan pelaksanaan Pakej Ekonomi yang bakal dibentang untuk dilaksanakan. Peruntukan tambahan RM 7 billion yang diumumkan sebelum ini oleh Najib masih gagal untuk memulihkan ekonomi negara. Sehingga hari ini tidak ada sebarang kenyataan dan pengumuman tentang kejayaan atau kegagalan daripada peruntukan RM 7 billion sebelum ini.

Nilai RM 30-35 bilion adalah jumlah yang sangat besar. Adakah pakej ini berjaya merangsang ekonomi negara? Adakah pakej ini lebih kepada untuk menyelamatkan kroni yang pastinya terangsang untuk mengetahui 'habuan' yang bakal diperolehi di tengah-tengah kemelut ekonomi negara.

Sebagai rakyat Malaysia, saya mengharapkan ada sesuatu 'keajaiban' yang mampu dilakukan melalui peruntukan tambahan yang bakal diumumkan esok.

EHEM...TAK SAMPAI SEBULAN MELOMPAT DAH JADI JUTAWAN...


Masih ingat lagi dengan Adun Jelapang Hee Yit Fong? Menurut sumber di antara faktor yang menyebabkan beliau melompat menjadi 'adun bebas' kerana tidak berpuas hati kerana tidak mendapat kemudahan kereta Toyota Camry baru Kerajaan Pakatan Rakyat Perak.

Sebagai timbalan speaker ketika itu, Hee merasa diketepikan kerana hanya diberikan kemudahan kereta Perdana V6 yang dikatakan sering rosak.

Hari ini setelah sekian lama menyepi diri dari tempat persembunyian, Hee mucul di Pusat Khidmat Masyarakat di DUN Jelapang. Selain disambut dengan cacian dan makian daripada penduduk setempat semalam sehingga memaksa Hee tak sampai sejam di situ, Hee hadir dengan penampilan dengan cukup bergaya...dengan kereta Mercedes siri terbaru! Hebatkan? Tak sampai sebulan melompat dah boleh pakai Mercedes....Dari mana agaknya Hee boleh dapat duit sebanyak tu ya? SPRM tak nak siasat ke? Tak cukup bukti dan tak ada prima Facie?????

07 March 2009

MEDIA PRO BN KATA 2 RIBU JE HADIR DEMO PPSMI????

Kebanyakan media pro BN seperti Berita Harian , Utusan Melayu dan sewaktu dengannya melaporkan hanya 2000 je yang hadir himpunan membantah PPSMI di ibu kota hari ini. Gambar-gambar di bawah menceritakan bahawa lebih 100 ribu yang hadir himpunan aman seperti laporan media alternatif hari ini adalah berasas.


















Saya cadangkan agar wartawan pro BN pergi sekolah ambil kelas mengira semula ! Nak menipu dan nak mengampu pun biarlah secara 'profesional'.



PPSMI BUKTI KERAJAAN MENGKHIANATI MELAYU!

Hari ini berlangsung peristiwa bersejarah dalam negara. Keranda 152 diusung kembali setelah 44 tahun berlalu. Himpunan yang berlangsung hari ini menghimpunkan ribuan rakyat yang cintakan kedaulatan bahasa kebangsaan agar kembali dimarbatkan.

Tetapi kerajaan BN yang diterajui oleh Umno yang kononnya membela Melayu ternyata hipokrit dan bersikap talam dua muka! Rakyat yang ingin membela dan menjunjung bahasa kebangsaan 'dihadiahkan' dengan semburan air kimia dan gas pemedih mata sebagai menghargai perjuangan mereka untuk mendaulatkan bahasa.

Tidak malukah pemimpin Umno yang pastinya Melayu yang masih mempertahankan PPSMI? Walhal dalam masa yang sama hari ini terdapat wakil NGO Cina dan India yang turut sama membantah PPSMI?

Apa lagi yang ingin dipertahankan oleh kerajaan dalam PPSMI? Usahlah berlakon lagi mengatakan penguasaan anak Melayu dalam Matematik dan sains meningkat dalam UPSR dan PMR. Cabaran saya dan pelbagai pihak agar Kementerian Pelajaran mengumumkan markah lulus untuk kedua-dua subjek dalam peperiksaan UPSR dan PMR masih belum mendapat sebarang respon.

Kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam membantah PPSMI tahniah dan syabas diucapkan. Teruskan usaha dan perjuangan kalian!

06 March 2009

SU POLITIK DATO AZALINA DITAHAN SPRM

Setiausaha Politik Dato Azalina Othman ditahan oleh SPRM pada Rabu lalu dan dibebaskan kelmarin.

Pembantu kanan menteri itu disiasat kerana melibatkan sogokan wang sejumlah RM 70,000 ribu yang dipercayai berkaitan dengan pemilihan Umno tidak lama lagi.Setiausaha menteri berkenaan berasal dari Kelantan dan pernah menjadi wakil rakyat peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) apabila menang dalam pilihan raya umum 2004.

Walau apa pun tindakan yang bakal diambil oleh SPRM kepada SU Politik berkenaan ia tidak akan mampu membersihkan reputasi dan imej SPRM yang tercalar selagi tidak melepaskan diri daripada menjadi kuda tunggangan dan alat kepentingan pihak tertentu.

05 March 2009

NAJIB TAK SEMPAT JADI PM?


Dalam politik macam-macam boleh berlaku. Itu yang sering diungkapkan. Jika beberapa hari lalu ramai pihak beranggapan agak mustahil untuk menghalang Najib menjadi bakal PM Malaysia yang keenam.

Namun sehari dua ini, perkembangan yang berlaku cukup menggusarkan Najib. Pertama berkaitan dengan permohonan injuksi mahkamah yang difailkan oleh dua ahli Umno untuk menghalang Mesyuarat Agong yang dijadualkan berlangsung pada penghujung Mac ini. Persoalannya adakah dua ahli Umno itu bertindak sendiri tanpa ada pihak yang menyokong di belakangnya?

Hari ini, berita yang disiarkan oleh yang diterbitkan di Perancis di dalam keluarannya hari ini mendakwa timbalan perdana menteri pernah bertemu mangsa bunuh Altantuya Shaariibuu di sebuah kelab di Paris pada 2005 bersama Abdul Razak Abdullah Baginda.Datuk Seri Najib Razak didakwa pernah bergambar bersama mereka berdua, yang didakwa pasangan kekasih, bertentangan dengan penafian tokoh politik itu sebelumnya.

Ahli Parlimen Machang Saifuddin Nasution, hari ini mengemparkan Dewan Rakyat apabila menimbulkan perkara tersebut yang mana laporan itu dikatakan diperolehi dari sumber yang bocor dari polis Malaysia. Saifuddin telah membaca petikan kisah bagaimana Altantuya telah memohon bantuan dimana dikatakan mangsa waktu itu sedang mengandung sebelum dia ditembak mati.

Jika laporan akhbar tersebut palsu, saya menyarankan agar Najib menyaman akhbar tersebut kerana ia merupakan satu laporan yang berat lebih-lebih lagi melibatkan soal kepentingan negara! Jika tidak ada sebarang tindakan pada akhbar tersebut saya merayu kepada Pak Lah agar memikirkan semula cadangan untuk menyerahkan kuasa kepada Najib. Kita tidak mahu nasib negara diperjudikan dengan melantik Najib menerajui negara.

Jika tidak pun, proses peralihan kuasa wajar ditangguhkan oleh Pak Lah sehingga nama Najib dapat dibersihkan dari laporan akhbar Peranchis yang sangat berat ini.


04 March 2009

KERAJAAN 'PASOLA' DI PERAK

Pernah menonton cerita Laksamana Do Re Mi, lakonan Allahyarham P. Ramlee? Saya menontonnya masa masih di bangku sekolah rendah lagi.

Di antara adegan dalam cerita tersebut ialah kisah Raja Pasir Dua Butir yang terpaksa 'bersidang' di bawah pokok kerana gara-gara diserang oleh Raja Pasola dari Negeri Pasir Berdengung.

Ceritanya mencuit hati menyebabkan ramai yang ketawa geli hati. Ingatkan cerita itu hanya cerita komedi biasa yang mustahil berlaku dalam zaman moden. Ternyata andaian saya dan ramai pihak silap.

Hari ini, skrip dalam cerita itu seperti berulang kembali. Gara-gara rampasan kuasa, maka Speaker DUN Perak, 27 wakil rakyat dan Menteri Besar Perak Dato Seri Ir Nizar Jamaludin terpaksa 'bersidang' di bawah pokok.

Cuma dalam skrip ini, tidak ada 'pertumpahan darah' berlaku. Persidangan 'kerajaan buangan' di bawah pokok ini disebabkan terdapat pihak yang terlalu kemaruk untuk berkuasa. Rampasan kuasa yang dilakukan oleh 'Raja Pasola' dari negeri Pasir Berdengung begitu caca marba sehingga menjadi lawak jenaka dan perhatian dunia. Pertembungan yang melibatkan kuasa dan maruah.

Sekali lagi saya nak kemukakan soalan kepada 'kerajaan Raja Pasola' di Perak, kenapa takut dengan sidang DUN? Kenapa takut untuk membubarkan DUN? Tidakkah anda mempunyai maruah dan harga diri. Menjadi kerajaan yang menjadi bahan kejian dan kutukan rakyat? Tidak malukah kalian? Atau kalian memang tidak mempunyai maruah dan harga diri?

Buktikan secara 'anak jantan' bahawa kerajaan "Raja Pasola' di Perak mendapat sokongan rakyat. Hanya mereka yang dayus dan bacul sahaja yang tidak berani bersemuka dengan rakyat melalui dalam pilihanraya! Mereka tenyata telah melakukan kesilapan besar dengan merampas kuasa tanpa perancangan yang teratur dan teliti. Hanya pilihanraya dengan pembubaran DUN Perak sahaja yang dapat menebus dosa dan kesilapan yang telah dilakukan.

Jika DUN tidak dibubarkan maka selepas ini dunia akan menyaksikan lebih banyak persidangan DUN di bawah pokok macam dalam cerita Laksamana Do Re Mi. Mungkin akan datang bakal diadakan di bawah pokok durian atau pokok ketapang pula!