16 March 2009

MELAKA BAKAL MENDAPAT KETUA MENTERI BARU???


Walaupun sekarang ini saya berada di luar Melaka, berita bertiup kencang Melaka negeriku bakal mendapat Ketua Menteri baru tidak lama lagi. Jawatankuasa Disiplin Umno dijangka akan membuat pengumuman esok calon-calon yang akan gugur kelayakan bertanding dalam pemilihan pada 25-26 March ini. Di antara yang disebut-sebut yang bakal menerima hukuman ialah Datuk Seri Ali Rustam, Ketua Menteri Melaka yang juga calon Timbalan Presiden Umno. Tan Sri Muhamamad Md. Taib dalam satu kenyataan hari ini begitu tak sabar-sabar meminta Lembaga Disiplin menyegerakan mengumumkan calon yang tidak layak bertanding. Apa maknanya tu....???

Difahamkan esok akan berlangsung satu perjumpaan khas ketua-ketua bahagian Umno Melaka bersama dengan Ali Rustam selaku pengerusi Perhubungan Umno Melaka.

Ditanya kebenaran khabar angin tersebut, beliau hanya berkata: “Itu kena tanya Lembaga Disiplin (Umno).”

Ketika ditemui pemberita sebelum majlis memperkenalkan diri calon Majlis Tertinggi (MT) Umno di sebuah hotel di Shah Alam, Mohd Ali juga enggan mengulas sama ada dipanggil mengadap atau menerima sebarang surat dari jawatankuasa itu.

Ketika sama ada beliau bimbang dengan penyebaran khabar angin itu ketua menteri Melaka itu menjawab:“Kenapa saya perlu bimbang?”

Ditanya mengenai laporan akhbar arus perdana hari ini, ketua menteri Melaka itu berkata beliau tidak membaca akhbar mengenainya.

Oleh itu, tambah Mohd Ali, beliau tidak boleh mengulasnya.

Diminta memberikan reaksi sama ada khabar angin itu memberikan kesan negatif kepadanya, Mohd Ali berkata: “Sabarlah, kita tidak boleh campur hal Lembaga Disiplin”.

Menurut laporan beberapa sumber media selain Ali Rustam, antara yang bakal menerima nasib yang sama ialah Dato Seri Khir Toyo dan menantu kesayangan PM, Khairy Jamaludin. Bermakna Mukhriz yang mendapat sokongan Najib akan menang percuma jawatan Ketua Pemuda Umno.

Langkah ini dilihat sebagai program pembersihan orang-orang Pak Lah dari dalam pimpinan tertinggi Umno. Permainan politik dalam Umno bakal memasuki episod baru. Sama-sama kita tunggu episod yang seterusnya seperti kata Allahyarham Ibrahim Pendek dalam cerita Ali Baba dan 40 Penyamun....Mari-mari kita lihat siapa yang kenaaaaaaaaaaaaa......

4 comments:

kulatlapok said...

salam tuan:

Ketua Menteri Melaka yg baru dijanka akan diambil alih seorang pemimpin jauh lebih muda dari Ali. Jika tidak ada aral melintang, era Ali serta kuncu2nya yg berselerak di Seri Negeri itu akan bakal digantikan penjuak lain. sama2 kita tunggu.

Anonymous said...

wahhhh....aku suka......

Aku Tanya said...

Bebas sudah Melaka daripada salah seorang pemimpin UMNO Haprak?

angkasanuri said...

Salam.. Tuan Kulat Lapuk dan Aku Tanya...Anonymous... siapa pun yang menggantikan Ali Rustam nanti selagi dia berada dalam umno...sama je...tak kira lah tua atau muda...Maklumat yang saya perolehi...Orang kuat Umno dari Alor Gajah sedang 'mandi limau' sebagai persediaan untuk 'bersanding' tak lama lagi...