16 March 2009

GOBIND DIGANTUNG SETAHUN....BAGAIMANA ZAMRY AND THE GANG????

Gobind Singh Deo, Ahli parlimen Puchong digantung setahun oleh Dewan Rakyat dalam usul pengantunggan yang dibacakan oleh Datuk Mohamad Nazri Aziz Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Berikutan penggantungan itu, Gobind akan hilang kelayakan dari segi sebarang elaun dan kemudahan sebagai ahli parlimen.

Sebagai rakyat Malaysia, kita wajar menghormati kuasa dan peranan Dewan Rakyat melalui spekear Dewan dalam mengadili kes berkenaan walaupun isu yang dibangkitkan oleh YB Puchong tentang isu pembunuhan Altantuya masih tidak terjawab oleh pihak berkenaan sehingga hari ini.

Tetapi bagaimana pula dengan kuasa Dewan Undangan Negeri Perak, V. Sivakumar melalui Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dewan yang menggantung Menteri Besar Kudeta, Datuk Dr. Zamry dan enam orang 'penasihat khas' kepada Menteri Besar selama setahun dan 18 bulan? Zamry masih lagi menjalankan tugas sebagai 'menteri besar' dan menerima elaun dan kelayakan sebagai ahli Dewan Undangan Negeri dan sebagai 'Menteri Besar'. Undang-undang apakah ini?

3 comments:

Anonymous said...

hairan ya, Pandikar Amin pernah berkata yg dia pun tak seberani Siva nak menggantung Adun.
Alih2 berani pulak buat.

Anonymous said...

nak tahu undang-undang apa yg diorg pakai? sila rujuk cerita p ramlee yang bertajuk 'musang berjanggut'. apa kata menteri nikah kawin.."undang-undang ini saya yg bikin..itu semua saya boleh padam".

kulatlapok said...

zambry kata ada perbezaanny. Gobind dpecat dalam dewan manakala zambry dipecat luar dewan. Maknanya bezanya hanyalah luar dan dalam aje..