16 March 2011

NAJIB JUGA WAJIB SERAH DNA


Dua tiga hari ini meriah betul demontrasi anjuran Umno di sana sini. Semua ini kerana kemaruk kepada DNA Dato Seri Anwar Ibrahim dalam perbicaraan yang sedang dihadapinya. Walaupun berhadapan dengan pelbagai fitnah dan tohmahan Anwar berani tampil di mahkamah mempertahankan dirinya. Boleh saja kalau Anwar nak lari keluar negara seperti Raja Petra dan penyiasat persendirian P. Balasubramaniam tetapi beliau memilih untuk tampil ke mahkamah untuk membuktikan segala dakwaan ke atasnya adalah fitnah dan palsu belaka.

Sehingga hari ini segala tindakannya dalam perbicaraan ini adalah berdasarkan peruntukan undang-undang. Peguamnya berhujah secara ilmiah dan fakta bukannya berhujah macam lawyer buruk.

Apabila mahkamah yang digunakan oleh mereka yang mengheret Anwar dalam kes ini menolak bukti DNA maka puak-puak ini mula kepanasan. Seperti yang saya katakan sebelum ini, perbicaraan ini bukan sekadar pertembungan peribadi antara tokoh politik dalam negara tetapi menjadi penentu dan survival Umno/BN pada masa depan dalam pilihanraya. Bebasnya Anwar ibrarat malapetaka besar bagi Umno/BN.

Jadi tak peliklah, apabila mahkamah membuat keputusan tidak memihak kepada mereka, mereka yang menjadi dalang kospirasi ini memperalatakan anak buah mereka untuk berdemontrasi kononnya untuk menengakkan keadilan dan membuktikan kebenaran.

Anwar mereka minta serah DNA untuk buktikan dirinya tak bersalah. Bagaimana pula dengan Dato Seri Najib? Walaupun dua orang tertuduh telah menerima hukuman tetapi ia masih lagi tidak mampu mengubah dan persepsi masyarakat bahawa Najib terlibat dalam kes Altantuya.

Maka cara terbaik kalau mengikut formula Umno, Najib kena serah DNA buktikan dirinya tidak bersalah. Buktikan anak Altantuya di Monggolia tidak mempunyai spesis darah sama dengannya. Buktikan dirnya bercakap benar, kalau sekadar bersumpah semua orang boleh buat. Kalau sekadar sumpah boleh membersihkan nama dan menolak dakwaan bersalah tidak perlu susah payah Anwar ke mahkamah.

Selagi Najib tidak membuktikan dirinya suci dan bersih dengan menyerah DNA maka selagi itu persepsi atau tanggapan umum masyarakat tidak berubah bahawa Najib terlibat dalam kes Altantuya.