07 April 2011

NAJIB KENA 'SEMBUR' DI PADUNGAN

Mula -mula ambil logo dulu nanti duit ambil kemudian....

Setiap kali pilihanraya Umno/BN pasti akan menunjukkan sikap 'pemurah' dengan memberi 'sedekah' kepada pengundi. Sedekah duit, sedekah makan, sedekah projek 'mee segera' dan kebelakangan ini sedekah persembahan tarian seksi percuma dengan berselindung di sebalik NGO 1Malaysia dalam beberapa siri pilihanraya kecil.

Walau bagaimanapun, Umno/ BN cuba untuk strategi baru dalam pilihanraya negeri di Sarawak dengan sedekah logo 1Malaysia pulak. Walau bagaimanapun, malang nasib BN apabila Perdana Menteri sendiri kena 'sembur' bila memberi logo1Malaysia di Padungan. Seorang peniaga cina yang ditemui berkata :

"Mengapa hanya beri ini (bendera 1Malaysia) kepada kami? Kami mahu wang. Ini masa pilihan raya, awak selalu bagi wang masa pilihan raya,” kata lelaki itu kepada Najib yang kemudiannya dengan segera dibawa beredar oleh pengawalnya. Sumber berita klik sini

Inilah akibatnya apabila menjadikan budaya rasuah dan sogokan setiap kali pilihanraya. Hari ini rakyat di merata ceruk semakin cerdik berpolitik. Rakyat tidak lagi bodoh dengan taktik keji dan kotor. Pilihanraya Negeri Sarawak kali ini ternyata cukup menggentarkan Najib apabila hari pertama kempen terpaksa turun 'berhempas pulas' walaupun terdapat pemimpin BN yang cukup angkuh dan sombong dengan sebelum ini berkata bahawa Sarawak merupakan 'simpanan tetap' BN.

KES VIDEO LUCAH DAN KEMATIAN TRAGIS PEGAWAI KASTAM BUKTI POLIS MALAYSIA TERCEKAP DI DUNIA!


Tahniah kepada Polis Diraja Malaysia kerana akhir-akhir cukup pantas dan cekap. Dalam isu video lucah tak sampai seminggu polis sudah dapat sahkan ketulenan video berkenaan. Manakala dalam kes video Linggam polis terpaksa ambil masa sebulan lebih itu pun dengan menggunakan bantuan FBI. Begitu juga dengan kes kematian adik Nurin Jazlin sampai sekarang polis tak dapat sahkan wajah tertuduh yang dirakam dalam CCTV di premis berhampiran mayat adik Nurin ditemui. Sehingga hari ini tertuduh masih lepas bebas.

Dalam kes kematian tragis seorang pegawai kastam semalam Ahmad Sarbani Mohamed, tak sampai 24 jam polis sudah klasfikasikan sebagai mati mengejut...bunuh diri le tu. Begitu cepat dan pantas polis membuat kesimpulan! Mungkin lepas ini polis Malaysia boleh lawan kehebatan polis Amerika seperti yang dipaparkan dalam siri CSI. Tetapi cuma saya hairankan kenapa sejak akhir-akhir ni je polis Malaysia cepat dan pantas. Ada apa-apa rahsia ke?