27 August 2009

USTAZ ISMAIL KAMUS SEDANG MENGERJAKAN UMRAH DI MEKAH...

Cepat betul SMS tersebar mengatakan bahawa Ustaz Ismail Kamus meninggal dunia. Ternyata SMS itu cuma khabar angin dan tak betul sama sekali. Berdasarkan satu sumber, menurut adiknya Mohamad Kamus, Ustaz Ismail Kamus berada dalam keadaan sihat waalafiat dan sedang mengerjakan umrah di Mekah....Apa yang betul ialah Prof Dr. Ismail Salleh,62 yang meninggal dunia dalam penerbangan dari China-Kuala Lumpur dalam pesawat Tigers Airways kira-kira jam 2 pagi waktu tempatan kerana serangan jantung.

PEGAWAI SPRM BOHONG?


Dalam keterangan inkues membabitkan kematian Teoh Beng Hock, seorang pegawai Kanan SPRM Mohd. Anuar Ismail memberitahu koroner bahawa berlaku pergaduhan membabitkan simati dan Tan Boon Wah Ahli Majlis Perbandaran Kajang kira-kira jam 2 pagi pagi pada hari Teoh ditemui mati.


Hari ini Tan Boon Wah dalam sidang akhbar di Pejabat DAP di Petaling Jaya menafikan pernah bergaduh dengan seperti yang didakwa Pegawai Penguasa Kanan SPRM itu kelmarin. Jadi siapa yang bercakap bohong? Apa pasti di antara keduanya ada yang bercakap bohong. Satu siasatan wajar dilakukan.Saya yakin ini mampu merungkai sedikit misteri di sebalik kematian Teoh sama ada SPRM terlibat atau sebaliknya.

PAS ROMPIN MENANG SAMAN KE ATAS KETUA POLIS ROMPIN


Pas Kawasan Rompin Pahang berjaya dalam satu kes saman yang melibatkan bekas OCPD Rompin DSP Hanafi Bin Hj. Daud ( kini bertugas sebagai Timbalan Komandan FRU Pulau Pinang) kerana tindakan mengganggu dan menangkap secara salah dalam satu majlis ceramah di Markas Pas Desa Teratai Muadzam Shah pada tahun 2004.

Polis telah bertindak salah dengan mengganggu dan menangkap pimpinan Pas ketika itu iaitu Dr. Hatta Ramli, Saudara Mazlan Yassin (Timbalan Yang Dipertua Pas Kawasan) dan Ustaz Nazri Ahmad (Ketua Pemuda kawasan) dalam satu majlis ceramah yang diadakan di dalam premis atau bangunan milik parti.

Dalam keputusan di Mahkamah Tinggi Kuantan semalam mengesahkan tangkapan terhadap Bendahari PAS, Dr. Hatta Ramli bersama dua lagi ahli PAS sewaktu berceramah di premis persendirian pada tahun 2000 adalah tidak sah dan melanggar perlembagaan.

Pesuruhjaya kehakiman Datuk Mariana Haji Yahya dalam keputusannya meminta gantirugi ditaksirkan kepada ketiga tiga mereka dihadapan pendaftar mahkamah dalam masa terdekat.

Ketiga-tiga pimpinan Pas berkenaan diwakili oleh Saudara Hanipa Maiden dan Saudara Mohd. Fadzly Ramli yang juga naib ketua Pemuda Pas Pahang.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada ketiga-tiga pimpinan berkenaan, barisan peguam bela dan Pas Rompin yang bersusah payah untuk membuktikan tindakan Polis adalah menyalahi undang-undang. Kes ini membawa makna yang cukup besar bukan sahaja kepada Pas kawasan Rompin tetapi Pas dan komponen Pakatan Rakyat di tempat lain yang sering diganggu polis dalam majlis ceramah atau program tertutup yang diadakan di premis persendirian atau milik parti.

Insyaallah saya akan menyiarkan gambar semasa peristiwa tangkapan berkenaan...dah tak ingat simpan folder mana...Kepada Pas Rompin semoga bayaran gantirugi yang diperolehi nanti akan dapat digunakan untuk memastikan kesinambungan dan kemenangan Pas di Kawasan rompin dalam pilihanraya umum akan datang.