28 February 2011

ALI RUSTAM KENA BELAJAR DARI USTAZ AZIZAN TENTANG CIRI PEMIMPIN YANG ADIL


Ketua Menteri Melaka, Dato Seri Muhd Ali Rustam sebelum ini dengan angkuh memberitahu bahawa beliau akan mengutamakan penyokong BN dalam sebarang projek pembangunan. Kepada satu pertubuhan pendidikan Cina di Merlimau dengan nada sinis beliau memberitahu, bantuan akan dibincangkan kalau hanya BN menang di Merlimau.

Ini versi kenyataan pemimpin Umno yang kononnya menjadi juara rakyat serta mengulang-ulang slogan rakyat didahulukan.

Ada kita dengan kenyataan ini keluar dari Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng atau daripada Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Dato Nik Abdul Aziz Nik Mat? Kalau ada nescaya tujuh hari tujuh malam akan keluar dalam surat khabar dan TV.

Mari kita renungkan pula apa yang Menteri Besar Kedah Dato Seri Azizan Razak kata apabila mengumumkan bahawa kerajaan negeri akan menanggung semua perbelanjaan pelajar negeri itu kembali ke Mesir beserta duit poket RM 500 seorang.

"Jangan terima kasih kepada Kerajaan Negeri. Ini duit rakyat. Duit cukai. Keuntungan balak. Keuntungan pelaburan di Kulim Hitech untuk kamu semua belajar. Belajar bersungguh-sungguh. Jangan hampakan harapan ibu bapa,“Rakyat bersama kita menangani sebarang isu. Rakyat bangga anak-anak Kedah berjaya masuk pengajian tinggi, belajarlah dengan sungguh-sungguh,” katanya.

Inilah keadilan dalam Islam tanpa mengira latar belakang dan ideologi politik sama ada Pas atau Umno. Ali Rustam patut malu pada dirinya sendiri kerana masih lagi bersikap berat sebelah, mengamalkan diskriminasi walaupun kononya berbangga Melaka sudah maju 2010. Mungkin inilah mentaliti pemimpin negeri maju yang lebih kurang sama dengan dasar Apartheid.

RUPA-RUPANYA YUHAIZAD ANAK BEKAS KETUA KAMPUNG UMNO


Bermula pengumuman Hj. Yuhaizad Abdullah diumumkan sebagai calon PAS di Merlimau macam-macam fitnah dan serangan peribadi dilemparkan kepada beliau. Umno seperti tandus isu dengan terpaksa menyerang peribadi calon PAS.

Antara fitnah yang dilemparkan ialah Yuhaizad anak derhaka bertanding tanpa restu keluarganya. Semuanya terjawab apabila ibunya Fatimah Hassan dan adik beradiknya yang lain merestui menjadi calon Pas. Malah baru-baru ini keluarganya mengadakan kenduri kesyukuran atas pemilihan Yuhaizad sebagai calon.

Ternyata tindakan blogger pencacai Umno memfitnah Yuhaizad turut memakan diri dan memberi kejutan kepada Umno apabila Yuhaizad mendedahkan bahawa beliau merupakan anak orang kuat Umno di Kampung Chinchin Jasin. Arwah bapanya, Abdullah Jumaat juga merupakan bekas sidang (ketua kampung) selama lima tahun. Jadi Yuhaizad bukan menderhaka kepada keluarganya tetapi sebenarnya menderhaka kepada Umno!