09 November 2008

PERSAINGAN DALAM UMNO:NEGARA MENUJU KEHANCURAN -MALAYSIAKINI

Ramai penganalisis politik menjangkakan bahawa pemilihan Umno akan datang merupakan pertarungan tiga penjuru atau wujud tiga puak dalam Umno.Ramai beranggapan tiga puak yang diketuai oleh tiga calon timbalan presiden yang telah layak bertanding. Mereka ialah Tan Sri Muhyiddin, Datuk Seri Ali Rustam dan Tan Sri Md. Taib.

Siapa pula gandingan mereka?Berdasarkan perkembangan semasa,Muhyiddin akan bergabung dengan Mukhriz,Md. Taib-Khir Toyo dan Ali Rustam-Khairy. Dalam pencalonan pemuda, Umno bahagian Pagoh yang diketuai Muhyiddin mencalonkan Mukhriz. Sementara itu kebanyakan bahagian Umno di Selangor mencalonkan gandingan Md. Taib dan Khir Toyo.Sementara itu, Umno Rembau mencalonkan gandingan gandingan Ali Rustam-Khairy sebagai timbalan presiden dan ketua pemuda.Semua ini memberi petanda akan puak-puak yang wujud dalam Umno.

Persaingan kali ini merupakan pertarungan untuk menguji pengaruh dan kedudukan. Perebutan jawatan ini dijangka akan menjadikan perpecahan dalam Umno semakin parah dan sukar untuk dipulihkan.Kemungkinan perpecahan ini akan menyebabkan konflik yang berlaku sekarang lebih teruk walaupun siapa yang menang dan tewas nanti.Sementara itu sehingga hari ini tidak ada tanda-tanda yang jelas calon-calon yang layak bertanding naib presiden akan menyertai kem mana.

Sehingga Mac nanti berapa pula jumlah aduan rasuah dan sogokan yang digelar 'politik wang' akan dilaporkan kepada Lembaga Disiplin Umno? Jika peringkat pencalonan sahaja lebih 900 aduan diterima dijangka angka ini akan meningkat berkali ganda memandangkan tempoh kempen yang panjang.

Tengku Razaleigh awal-awal lagi telah tersungkur apabila gagal mendapat cukup pencalonan gara-gara tidak mampu melayan kerenah perwakilan bahagian yang menuntut sehingga RM 2 juta untuk mencalonkan beliau sebagai presiden. Berapa pula yang perlu yang akan dituntut untuk mendapat setiap undi perwakilan Mac nanti? Seperti kata Rais Yatim pemilihan Umno lebih baik ditender. Siapa yang menawarkan nilai tender yang lebih besar senang-senang sahaja akan memenanginya. Adakah Rais Yatim juga layak bertanding sebagai Naib presiden kerana memberi nilai tender yang lumayan?

Persoalannya lagi dari mana mereka dapat wang yang begitu banyak? Namun apa yang pasti wang 'haram' yang dijadikan habuan perwakilan diperolehi dari sumber yang 'haram'juga. Jadi tidak hairanlah apabila mereka berkuasa, kuasa yang ada digunakan untuk mengaut seberapa banyak kembali 'pelaburan' yang telah dikeluarkan bukan sahaja dengan saham pokoknya tetapi dengan faedah serta dividennya sekali yang berlipat kali ganda.Maka tidak peliklah sebatang skrudriver boleh mencecah berpuluh ringgit dan sebuah helikopter harganya boleh meningkat dua kali ganda berbanding pasaran semasa.

AKSI 'KUNG FU' DAN BALING KERUSI DI MESYUARAT UMNO BAHAGIAN-MALAYSIAKINI

Calon Timbalan Presiden Umno yang juga ketua menteriku, Datuk Seri Ali Rustam menyifatkan fasa kedua selepas mesyuarat pemilihan bahagian Umno merupakan tahap yang lebih sukar dan getir.

Kesukaran dan sengit yang bagaimana yang dimaksudkan, hanya beliau lebih memahaminya. Mungkin dari segi politik wang, sogokan, fitnah dan surat layang yang selama ini telah menjadi asam garam dalam pemilihan Umno.

Namun, belum pun masuk fasa kedua apa yang berlaku di Mesyuarat Umno Seremban telah menunjukkan betapa jelek dan memualkan apa yang berlaku dalam Umno.

Para perwakilan yang menghadiri mesyuarat bahagian Seremban bergaduh pagi ini sehingga ia terpaksa dibatalkan.

Mereka bertindak membaling kerusi ke arah satu sama lain. Difahamkan turut menjadi sasaran ialah barisan jawatankuasa bahagian.Di samping adegan tumbuk menumbuk di kalangan perwakilan.

Kejadian tersebut turut disaksikan pengerusi jawatankuasa pemantau Umno bahagian, Seremban, Tan Sri Rahim Tamby Chik.

Kejadian itu berlaku di tempat mesyuarat itu diadakan di Kelab Golf Taman Tuanku Jaafar di Seremban.

Ekoran itu, ketua bahagian berkenaan, Datuk Ishak Ismail mengambil keputusan untuk membatalkan mesyuarat tersebut.

Difahamkan terdapat dua perwakilan yang mengalami kecederaan sehingga terpaksa dikejarkan ke Hospital.

Dijangka fasa kedua nanti lebih hebat lagi. Justeru itu kepada semua rakyat yang prihatin fikir-fikirkanlah adakah mereka yang bersikap samseng dan memiliki agenda peribadi seperti ini hendak dijadikan contoh dan pemimpin masyarakat dan negara?

GILIRAN ARTIS MANA PULA SELEPAS INI?-MALAYSIAKINI


Lepas satu satu kisah artis Malaysia disiarkan di media massa. Kalau yang elok-elok tak apalah juga. Ini asyik-asyik kisah artis bercerai. Sebelum ini media yang sama memaparkan kisah pasangan seleberiti yang berkahwin secara besar-besaran. Hantaran berpuluh ribu, hadiah hantaran bukan calang-calang dari jenama mahal-mahal.Tapi sayang semuanya hanya sekejap sahaja, tak mampu bertahan lama.

Mula-mula kisah penceraian Yusry KRU-Erra Fazira yang sebelum ini menggegarkan dunia artis dengan 'wedding of the year'. Terbaru konflik pasangan pelakon terkenal Norman-Abby Abadi yang semakin menemui jalan buntu. Hari ini kisah konflik rumah tangga pelakon Nasrizal Ngasri atau Bell pula mendapat tempat.

Apa nak jadi sebenarnya? Siapa yang harus dipersalahkan dalam hal ini?Media atau artis berkenaan?Akan datang perkahwinan artis produk Akademi Fantasia Mawi-Shikin sekali lagi akan menengelamkan berita-berita lain. Semua akhbar dan stesen TV akan terfokus ke sana. Malah ada syarikat TV dikhabarkan telah mendapat hak siaran perkahwinan artis berkenaan yang menjangkau jutaan ringgit.Didoakan mereka bahagia dan kekal ke anak cucu.

Memang jodoh dan pertemuan ditentukan oleh Allah SWT tetapi manusia diberi peluang untuk membuat pilihan. Sebagai panduan Islam melalui Nabi SAW mengajar agar memilih pasangan berdasarkan 4 perkara:

1.Agama
2.Keturunan
3.Harta
4.Kecantikan


Islam menyarankan pilih dan beri keutamaan yang pertama Insyallah bahagia dan selamat dunia dan akhirat.

Apa yang lebih penting jadikan Islam sebagai panduan dan pegangan hidup. Islam sebenar yang dibawa oleh Nabi SAW dan bukan ajaran baru seperti Islam Hadhari!Habis punah ranah umat jadinya hari ini. Hari ni, orang dah tak cakap lagi pasal Islam Hadhari kerana pelopornya Abdullah Badawi akan bersara tak lama lagi!Islam apa pula yang akan dibawa penggantinya, Najib. Islam Rosmahwi atau Islam Monggoliani? Sama-samalah kita tunggu nanti.Wallahualam.

ROSAKNYA AKHLAK ANAK PEMIMPIN UMNO(untuk 18 tahun ke atas)-MALAYSIAKINI

Dalam posting yang lepas saya ada menyiarkan gambar anak pemimpin Umno yang bergambar dengan aksi yang menjelekkan.Hari ini saya siarkan pula anak seorang lagi anak pemimpin Umno untuk sama-sama kita fikirkan layakkah seorang yang bercakap tentang masalah moral, akhlak dan masalah sosial muda-mudi dibiarkan dari terus menerajui negara.Maaf jika gambar-gambar ini menggugat keimanan anda.

KAT TEPI LAUT

ANAK SIAPA NI?

SIAPA DIA YE?

TIGA DALAM 1

ASTHAGFIRULLAH!

AMACAM OK TAK?

SATU POSE ISTIMEWA

JELINGAN MENGGODA

MUNGKINKAH INI BAPANYA?

TRAGEDI NGV MELETUP:PENGAJARAN UNTUK SEMUA-MALAYSIAKINI


Seorang peniaga terbunuh sementara abangnya dan seorang pembantu mereka cedera setelah tangki gas pada van mereka meletup semasa mereka mengisi gas di sebuah stesen minyak di Batu Berendam di sini malam tadi iaitu tidak jauh dari kediaman saya.

Ketika kejadian, mangsa, Muhammad Hailmi Ishak, 25, dari Duyong, berada di luar van bagi mengisi NGV ke dalam tong gas memasak yang diletakkan di ruang kaki tempat duduk hadapan van tersebut.

Letupan yang berlaku kira-kira pukul 8 malam itu turut menyebabkan abang dan rakannya Mohd. Rosli Ishak, 30, dan Razali Md. Zin, 31, yang berada di tempat duduk hadapan van cedera.

Pegawai Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Balai Bomba Jalan Kubu, Komander Mokhtar Osman berkata, letupan itu telah menyebabkan kaki kiri Muhammad Hailmi hancur dan perutnya terburai.

Mangsa meninggal dunia kira-kira lima jam kemudian selepas menerima rawatan di Hospital Besar Melaka.

Peristiwa menyayatkan hati ini diharap akan memberi pengajaran kepada kita semua tentang apa yang berlaku akibat berpunca dari kelalaian manusia dan juga mungkin kerana terlalu terdesak apabila harga minyak di negara ini yang melambung.Akibat desakan hidup manusia sanggup melakukan apa sahaja walaupun membahayakan nyawa sendiri.

Mungkin kerana desakan hidup mereka tidak mampu lagi menampung kos harian yang tinggi akibat kenaikan harga minyak di negara ini tidak lama dulu. Lantaran itu, mereka mengambil jalan singkat dengan mengubah suai gas memasak untuk dijadikan tong NGV kenderaan.

Dalam keadaan sekarang, pengusaha pemasangan sistem NGV bertauliah mengambil kesempatan mengenakan harga yang tinggi di antara RM 3,500 hingga RM 6,500 bergantung kepada kapasiti tong NGV dan saiz cc kenderaan. Dalam situasi serba serbinya mahal kos yang begitu besar jumlahnya sudah pasti tidak mampu disediakan oleh golongan berpendapatan rendah.

Walau bagaimanapun kita kena meyakini bahawa urusan ajal dan maut terletak kepada Allah SWT.

PENGEBOM BALI JALANI HUKUMAN MATI MALAM TADI(KLIP VIDEO)-MALAYSIAKINI

Hukuman tembak sampai mati telah disempurnakan pada jam 12.00 malam tadi (waktu Indonesia) ke atas Amrozi, Ali Gufron dan Imam Samudera yang telah didapati bersalah kerana terlibat dalam kes pengeboman Bali yang telah meragut 202 nyawa pada tahun 2002. Perlaksanaan hukuman mati tersebut telah disahkan oleh peguambela dan saudara terdekat Amrozi. Jenazah ketiga-ketiga mereka akan diterbangkan ke kampung halaman mereka di Lamongan, Jawa Timur sebaik sahaja selesai dimandi dan dikafankan. Buat masa ini, pihak berkuasa Indonesia sedang melaksanakan pengawasan tahap tertinggi bagi memastikan tiada kejadian yang tidak diingini akan berlaku setelah hukuman ke atas pengebom Bali ini disempurnakan. Kematian ini dijangka akan menyebabkan golongan bersimpati kepada mereka akan membalas dendam. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh mereka. Persoalan kematian mereka sama ada mati syahid atau tidak, tidak perlu kita perbahaskan kerana Allah SWT lebih mengetahuinya.
video