09 November 2008

AKSI 'KUNG FU' DAN BALING KERUSI DI MESYUARAT UMNO BAHAGIAN-MALAYSIAKINI

Calon Timbalan Presiden Umno yang juga ketua menteriku, Datuk Seri Ali Rustam menyifatkan fasa kedua selepas mesyuarat pemilihan bahagian Umno merupakan tahap yang lebih sukar dan getir.

Kesukaran dan sengit yang bagaimana yang dimaksudkan, hanya beliau lebih memahaminya. Mungkin dari segi politik wang, sogokan, fitnah dan surat layang yang selama ini telah menjadi asam garam dalam pemilihan Umno.

Namun, belum pun masuk fasa kedua apa yang berlaku di Mesyuarat Umno Seremban telah menunjukkan betapa jelek dan memualkan apa yang berlaku dalam Umno.

Para perwakilan yang menghadiri mesyuarat bahagian Seremban bergaduh pagi ini sehingga ia terpaksa dibatalkan.

Mereka bertindak membaling kerusi ke arah satu sama lain. Difahamkan turut menjadi sasaran ialah barisan jawatankuasa bahagian.Di samping adegan tumbuk menumbuk di kalangan perwakilan.

Kejadian tersebut turut disaksikan pengerusi jawatankuasa pemantau Umno bahagian, Seremban, Tan Sri Rahim Tamby Chik.

Kejadian itu berlaku di tempat mesyuarat itu diadakan di Kelab Golf Taman Tuanku Jaafar di Seremban.

Ekoran itu, ketua bahagian berkenaan, Datuk Ishak Ismail mengambil keputusan untuk membatalkan mesyuarat tersebut.

Difahamkan terdapat dua perwakilan yang mengalami kecederaan sehingga terpaksa dikejarkan ke Hospital.

Dijangka fasa kedua nanti lebih hebat lagi. Justeru itu kepada semua rakyat yang prihatin fikir-fikirkanlah adakah mereka yang bersikap samseng dan memiliki agenda peribadi seperti ini hendak dijadikan contoh dan pemimpin masyarakat dan negara?

2 comments:

Anonymous said...

dah macam wrestling la plak.haha.persaingan untuk kerusi dalam UMNO nampaknya akan bertambah sengit selepas ini.

pastinya penyokong bagi setiap calon akan mencuba untuk memberikan kemenangan yang penuh bergaya bagi pemimpin mereka.

dan diharapkan juga politik wang dapat sekurang-kurang dikurangkan agar pemimpin yang dipilih adalah berdasarkan kemampuan mental dan fizikal dan bukan hanya material semata-mata.

Unknown said...

boleh tahan ada beberapa kali kita dengar pasal pergaduhan dalam mesyuarat UMNO.dah jadi macam tradisi pulak.haha.

mungkin perasaan tak puas hati dan marah tak dapat dikawal jadi terus "meletup".sampai ada yang tercedera pulak tu.

jangan sampai ada pergaduhan/rusuhan besar berlaku masa perhimpunan besar UMNO yang selalu diadakan di PWTC sudahlah.