Ramai penganalisis politik menjangkakan bahawa pemilihan Umno akan datang merupakan pertarungan tiga penjuru atau wujud tiga puak dalam Umno.Ramai beranggapan tiga puak yang diketuai oleh tiga calon timbalan presiden yang telah layak bertanding. Mereka ialah Tan Sri Muhyiddin, Datuk Seri Ali Rustam dan Tan Sri Md. Taib.
Siapa pula gandingan mereka?Berdasarkan perkembangan semasa,Muhyiddin akan bergabung dengan Mukhriz,Md. Taib-Khir Toyo dan Ali Rustam-Khairy. Dalam pencalonan pemuda, Umno bahagian Pagoh yang diketuai Muhyiddin mencalonkan Mukhriz. Sementara itu kebanyakan bahagian Umno di Selangor mencalonkan gandingan Md. Taib dan Khir Toyo.Sementara itu, Umno Rembau mencalonkan gandingan gandingan Ali Rustam-Khairy sebagai timbalan presiden dan ketua pemuda.Semua ini memberi petanda akan puak-puak yang wujud dalam Umno.
Persaingan kali ini merupakan pertarungan untuk menguji pengaruh dan kedudukan. Perebutan jawatan ini dijangka akan menjadikan perpecahan dalam Umno semakin parah dan sukar untuk dipulihkan.Kemungkinan perpecahan ini akan menyebabkan konflik yang berlaku sekarang lebih teruk walaupun siapa yang menang dan tewas nanti.Sementara itu sehingga hari ini tidak ada tanda-tanda yang jelas calon-calon yang layak bertanding naib presiden akan menyertai kem mana.
Sehingga Mac nanti berapa pula jumlah aduan rasuah dan sogokan yang digelar 'politik wang' akan dilaporkan kepada Lembaga Disiplin Umno? Jika peringkat pencalonan sahaja lebih 900 aduan diterima dijangka angka ini akan meningkat berkali ganda memandangkan tempoh kempen yang panjang.
Tengku Razaleigh awal-awal lagi telah tersungkur apabila gagal mendapat cukup pencalonan gara-gara tidak mampu melayan kerenah perwakilan bahagian yang menuntut sehingga RM 2 juta untuk mencalonkan beliau sebagai presiden. Berapa pula yang perlu yang akan dituntut untuk mendapat setiap undi perwakilan Mac nanti? Seperti kata Rais Yatim pemilihan Umno lebih baik ditender. Siapa yang menawarkan nilai tender yang lebih besar senang-senang sahaja akan memenanginya. Adakah Rais Yatim juga layak bertanding sebagai Naib presiden kerana memberi nilai tender yang lumayan?
Persoalannya lagi dari mana mereka dapat wang yang begitu banyak? Namun apa yang pasti wang 'haram' yang dijadikan habuan perwakilan diperolehi dari sumber yang 'haram'juga. Jadi tidak hairanlah apabila mereka berkuasa, kuasa yang ada digunakan untuk mengaut seberapa banyak kembali 'pelaburan' yang telah dikeluarkan bukan sahaja dengan saham pokoknya tetapi dengan faedah serta dividennya sekali yang berlipat kali ganda.Maka tidak peliklah sebatang skrudriver boleh mencecah berpuluh ringgit dan sebuah helikopter harganya boleh meningkat dua kali ganda berbanding pasaran semasa.
09 November 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
apa perlunya anda menyibuk urusan orang lain..ini kan urusan UMNO..biarlah UMNO selesaikan sendiri..kenapa anda yakin perebutan jawatan dalam UMNO akan menghancurkan negara?..itu menandakan snda tidak yakin orang anda berupaya untuk menerajui negara..jadi saya nasihatkan anda kembali lah kepada UMNO untuk negara, agama dan orang melayu..
Anonymous 11.05pm,
Jangan lah dok asyik bangga sangat dengan umno setan tu. Malaysia ni bukan hak Melayu saja tapi hak semua rakyat Malaysia tak kira bangsa. Orang macam hang nilah lebih baik mati hidup hidup dengan korek lubang dan tanam sajalah kepala hang dalam lubang tu. Hang ni hidup cuma mencemarkan alam dan mengotorkan bumi ni saja, tau tak? Pilah harakiri "Malaysian Style" sekarang.
Tiada masalah dengan persaingan dalam UMNO jika tiada politik wang... Yang akan mengahancurkan UMNO bukannya persaingan tapi politik wang yang semakin teruk yang menyumbang ke arah kehancuran UMNO. Oleh sebab itulah semua ahli UMNO digesa agar menjauhkan diri daripada terjebak dengan politik wang demi menjamin masa depan UMNO yang makin suram... Selagi politik wang tak dibanteras habis-habisan, selagi itulah pihak anti kerajaan akan terus mencari point-point kelemahan UMNO...
Post a Comment