13 February 2011

APA ??? ALI RUSTAM NAK BERDEBAT??


Walaupun penamaan calon dan kempen rasmi PRK Merlimau belum bermula, Ketua Menteri Melaka, Dato' Seri Mud. Ali Rustam telah mula buat lawak.

Menurut laporan akhbar Berita Harian hari ini, beliau bersedia menjawab segala tohmahan dan berdebat dengan pemimpin Pakatan Rakyat berhubung pentadbiran dan pembangunan di negeri ini.Menurut laporan itu lagi Ali Rustam tidak gentar menjawab segala tuduhan terutama berkaitan pemberian status negeri maju, rancangan pembangunan industri dan pelancongan serta penyediaan infrastruktur di Melaka.

Mungkin orang luar Melaka dan pemberita mungkin Ali Rustam boleh tipu, tetapi orang Melaka semua tahu bukan pertama kali kata-kata itu keluar dari pemimpin Umno yang terpalit isu rasuah dan penyelewengan berkata demikian.

Beberapa bulan lalu, apabila pemimpin Pakatan Rakyat mempersoalkan kewajaran pembinaan sekolah Murid Mengandung ( sekolah Harapan ) dan mendedahkan bahawa kerajaan negeri menipu rakyat Melaka dan seluruh dunia kononnya Melaka telah mendapat pengiktirafan OECD ( Organisation for Economic Cooperation and Development) pada 2010 yang akhirnya dinafikan oleh wakil OECD Jon Hall. Ali Rustam tetap mempertahankan bahawa sekolah Harapan idea hebat dan berkeras dengan mengatakan Melaka memang dah capai negeri maju.

Ketika itu beliau berkata bersedia berdebat dengan pemimpin Pakatan Rakyat. Maka Pesuruhjaya Pas Melaka, Ustaz Abd Ghani abd. Rahman menghantar surat rasmi menyambut kata-kata Ali Rustam untuk berdebat pada bila-bila masa dan di mana sahaja. Apa kesudahannya? Bukan kata nak berdebat sehingga hari ini takut nak beri maklum balas. Walhal cabaran itu awalnya bukan datang dari Ustaz Ghani tetapi dari Ali Rustam sendiri.

Semalam, Ali Rustam nak berdebat lagi? Saya cukup yakin Ali Rustam tak akan berani berdebat bukan sahaja dengan Ustaz Ghani malah tidak mampu dan kecut perut untuk berdebat dengan mana-mana Ketua cawangan Pas pun di Melaka! Ali Rustam hanya mampu berkokok seperti ayam jantan seperti yang dilakukan bersebelahan ceramah Pas tidak lama dulu serta hanya berani menghantar dan mengupah samseng-samseng untuk menggangu ceramah dan program Pas seperti yang dilakukan sebelum ini kerana tidak mampu untuk menjawab dakwaan berserta fakta yang dikemukakan oleh pimpinan Pakatan Rakyat.

Hanya pengundi dan rakyat yang tidak normal serta mempunyai kepentingan sahaja yang percaya dan masih menyokong Ali Rustam. Sebenarnya Ali Rustam hari ini cukup terdesak apabila ada berita yang kini tersebar luas di Melaka bahawa penggal ini adalah penggal terakhir beliau sebagai Ketua Menteri Melaka.