
Setiap kali Pas dan Pakatan Rakyat menang dalam pilihanraya dan berjaya menguasai mana-mana negeri isu tutup balairaya untuk tadika berkumandang. Pas dituduh zalim kerana akibat kepentingan politik tergamak menghalang anak-anak ke tadika.
Bagi saya ini isu lama yang diberi nafas baru. Macam buku best seller yang diulang cetak empat lima enam kali. Isi cerita tetap sama, mungkin kulit luar buku je yang berbeza. Inilah yang pernah berlaku di Kelantan, Terangganu dan Kedah sebelum ini. Kali ini isu tutup tadika siri ceritanya diteruskan di Perak.Seperti biasa TV_suku dan Ut_ _ _ _meloya menjadi juara dalam isu ini.
Maka budak-budak yang masih tidak kenal nombor 123 dan huruf ABC ditemu ramah oleh pemberita tanya pandangan mereka bila tak dapat ke sekolah. Budak-budak yang masih berhingus tu pun jadi! Asalkan dapat memburuk-burukkan Pas dan Pakatan Rakyat.Carilah cara lain, macam dah tak ada modal lain.
Saya mencadangkan agar MB Perak menyaman stesen TV dan akhbar berkenaan sebagai memberi peringatan supaya berhati-hati dalam pemberitaan dan berhenti menabur fitnah.