05 January 2009
KANAK-KANAK HARI INI DAH HILANG ZAMAN KANAK-KANAK MEREKA...
Bangun tidur pukul 6 pagi,ke sekolah 6.45 pagi, balik pukul 1.40 petang, ke sekolah agama 2.30 petang, balik 6.15 petang, sampai rumah 6.45 petang. Balik mandi, sembahyang Maghrib, mengaji dan sembahyang Isyak. Lepas Isyak boleh tengok TV atau main? Nanti dulu...banyak lagi kerja rumah yang kena buat yang cikgu bagi. Kalau tak pun kena pergi tiusyen....
Waktu hujung minggu macam mana pula? Kerja rumah yang cikgu bagi bertimbun-timbun perlu disiapkan. Kalau tak pun mak ayah hantar tiusyen, bimbang anak tak pulun 5 A dalam UPSR.Malah di peringkat sekolah tadika lagi emak ayah dan hantar anak tiusyen kerana risau anak tak boleh membaca bila masuk darjah 1. Jika anak tak boleh membaca walaupun baru hari pertama persekolahan bermakna anak akan ketinggalan dan kena masuk kelas belakang. Silap haribulan kena masuk kelas pemulihan!
Itulah rutin kanak-kanak yang sebaya dengan anak saya hari ini. Kesian mereka, walaupun masih kecil dan sedang seronok bermain-main sesuai dengan zaman kanak-kanak mereka terpaksa melupakan zaman kanak-kanak mereka.
Tak ada masa nak main-main dan berseronok macam saya kecil dulu. Balik sekolah boleh main kat paya tangkap ikan, main laga biji getah, terjun dalam laut, masuk hutan tangkap burung, daki bukit cari buah kemunting dan macam-macam yang sesuai dengan zaman kanak-kanak.
Kanak-kanak hari ini bukan sahaja dah hilang zaman kanak-kanak tetapi terpaksa terperap dalam rumah terutama yang tinggal di Taman Perumahan. Pagar 24 jam berkunci!Nak suruh anak main kat luar? Mana mak ayah khususnya di bandar berani budak darjah 1-6 main kat luar atau taman permainan ? Nak suruh hilang macam Nurin, Sharline dan Asmawi?
Fikir-fikirkanlah, kanak-kanak tetap kanak-kanak mereka perlu dididik sesuai dengan usia mereka. Sistem pendidikan perlu dirombak dan diubah suai sesuai dengan usia mereka. Sistem pendidikan kita hari ini benar-benar telah mendera anak-anak kita dengan orentasi peperiksaan dan harapan tinggi diletakkan oleh mak ayah supaya anak berjaya.
Satu kajian dan tindakan segera perlu dilakukan agar mereka benar-benar dibesarkan dengan nilai kemanusiaan sesuai dengan fitrah dan umur mereka. Wallhu'alam.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Tak perlu nak rombak. Kerajaan dah tetapkan waktu persekolahan sesi pagi bermula dari awal pagi hingga tengahari. Selepas dari waktu persekolahan, itu merupakan inisiatif ibubapa sendiri. Kalau nak anak pandai, hantarlah ke kelas-kelas pembelajaran yang ada. Tak perlu nak pertikai sistem yang ada. Nak rombak macam mana lagi? Nak bagi waktu persekolahan hanya 2 jam sehari ke?
Inilah sebabnya anak-anak zaman sekarang dah jadi macam apa entah, sebab terlalu dimanjakan. Orang dulu tak pernah pun merungut, malah ada yang habis waktu persekolahan, di waktu petangnya disambung dengan membantu ibubapa mencari rezeki. Tapi kalau orang macam angkasanuri ni memang tak pernah berpuashati dengan apa yang kerajaan dah buat. Semua dihentamnya...Janganlah jadi manja sangat dan jangan manjakan anak sangat... Dunia sekarang makin mencabar. Jika anak terlalu manja, susah nanti masa depannya...
Untuk makluman sameon saya pernah 2 penggal berturut2 jadi pengerusi pibg, mengajar di IPT dan terlibat lebih 10 tahun dalam program motivasi bersama ribuan pelajar dan ibu bapa, itulah keluhan mereka. saya bercakap berdasarkan fakta tidak seperti anda bercakap hanya ikut emosi dan perasaan. Berfikirkalah secara profesional saya meminta kajian dilakukan semula bukannya rombak begitu sahaja.
Post a Comment