05 January 2009

POLIS MULA BERTINDAK DI KUALA TERANGGANU!


Polis mula menunjukkan taringnya dalam pilihanraya kecil Kuala Terangganu. Terkini Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) negeri Terengganu Fariz Musa telah ditahan oleh sepasukan tiga kereta peronda polis di Jalan Sultan Ismail, Kuala Terengganu.

Beliau ditahan bersama-sama lima orang skuad AMK yang menjalankan kerja-kerja berkaitan pilihanraya kecil P036 Parlimen Kuala Terengganu.

Fariz masih berada di Balai Polis Kuala Terengganu dipercayai sedang disoal siasat oleh Tuan Azmi dari Cawangan Khas.

Tindakan polis amat dikesali seolah-olah menjadi alat kepada pihak tertentu yang merasa gerun dengan sokongan yang diterima oleh calon Pas di situ. Pemilihan Hj. Abdul Wahid Endut menyebabkan pihak BN semakin tertekan dengan ketokohan dan wibawa yang ada pada calon Pas.

Malaysiakini pernah melaporkan bahawa pilihanraya kecil Kuala Terangganu sangat penting kepada Najib dalam meneruskan survival politiknya. Justeru itu, Najib serta mereka yang sewaktu dengannya akan membuat apa sahaja untuk memastikan kemenangan Wan Farid yang menjadi calon BN. Menang atau kalah BN bermakna kemenangan dan kekalahan kepada Najib.

Najib sebenarnya menyedari bahawa ujian getir sedang menanti calon BN di Kuala Terangganu. Saya yakin Najib menyedari kebanjiran pemimpin BN khususnya Umno di Kuala Terangganu lebih kepada untuk berkempen untuk pemilihan Umno pada Mac nanti dan bukannya untuk memenangkan sangat calon BN.Semua ini memeningkan Najib yang beria-ia untuk memenangkan calon BN.

Tindakan keras polis di Kuala Terangganu sudah dijangka. Menurut sahabat-sahabat yang berada di sana, bilangan polis di Kuala Terangganu lebih ramai berbanding semasa Pilihanraya Permatang Pauh lalu. Bagi saya tindakan terbaru polis di Kuala Terangganu sebenarnya baru 'mukadimah' tindakan lebih keras polis selepas ini.

2 comments:

Anonymous said...

Tindakan polis seperti yang berlaku ini memang amat tidak wajar dan hanya mengundang tanggapan negatif pembangkang semata-mata. Saya setuju dengan penulis, jika sekiranya Najib benar-benar tak bersalah dalam kes Altantuya, mengapa perlu dirisaukan dengan banner yang ada gambar Altantuya? Dengan tindakan sebegini sudah pasti pembangkang lebih mudah atau dapat 'point' percuma untuk hentam UMNO...

Unknown said...

Polis ni memang potong stim betol la.tapi Polis tak boleh buat apapun sebab kena ikut arahan orang atasan.orang-orang bawah ni kena ikut je lah.

tapi yang PKR ni pun.yang dok pi sebar pasal atlantuya tu buat apa.atlantuya mana ada kena mengena dengan K.T.memang inilah point pun untuk Polis tangkap.