26 July 2010

SEKOLAH MURID MENGANDUNG


Tidak lama lagi ada sekolah baru akan diwujudkan di Melaka. Sekolah ini bukan sebarang sekolah. sekolah yang cukup istimewa hasil idea kreatif Ketua Menteri Melaka. Sekolah Murid Mengandung. Tidak pasti di mana lokasinya serta siapa yang bakal menjadi guru besar dan tenaga pengajar.

Sekolah ini pastinya memerlukan tenaga pengajar yang ramai. Selain itu sekolah ini juga memerlukan sebuah kawasan yang luas. Untuk mendapat jumlah murid untuk dimuatkan ke dalam sekolah berkenaan bukannya satu masaalah.

Sepanjang Umno-BN memerintah Melaka cukup 'meriah' Melaka dengan kes-kes zina dan anak haram yang meningkat saban tahun. Semua itu boleh diperolehi sama ada yang terdapat dalam fail kes Jabatan Agama Islam atau yang bersepah di negeri Melaka ini.

Siapa pula tenaga pengajarnya bukan menjadi isu, kerana Ketua Menteri sudah pasti akan menggunakan kedudukannya mengarahkan guru di bawah kerajaan negeri untuk mengajar. Untuk menjadi guru besar juga tidak menjadi masaalah kerana lepas pilihanraya umum nanti, Dato Seri Muhamad Ali Rustam boleh menjadi guru besarnya!