15 March 2011

CEROBOH CERAMAH PAS BEKAS OCPD DIARAH BAYAR RM 200 RIBU


Tahniah kepada Dr. Hatta Ramli, sahabat saya saudara Mazlan Yassin dan saudara Nazri kerana setelah sekian lama akhirnya berjaya dalam kes saman terhadap bekas OCPD Polis Rompin, Hanafi Daud kerana menghalang dan menangkap pimpinan PAS terbabit di Markas Pas Desa Teratai Muadzam Shah dalam satu majlis ceramah pada 10 Mei 2004.

Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Kuantan, Puan Sazlina Safie membuat keputusan tersebut hari ini setelah Peguam Kanan Persekutuan yang mewakili defendan menyatakan kepada mahkamah bahawa anak guam beliau bersetuju membayar plaintif-plaintif RM200 ribu.

Kes hari ini ditetapkan untuk perbicaraan taksiran gantirugi.

Pada 26 Ogos 2009, Hakim Datuk Mariana Yahya telah memutuskan bahawa defendan telah menyalahgunakan kuasanya apabila membuat serbuan ke atas markas PAS dan menangkap serta menahan Dr Hatta, Mazlan dan Nazri.

Kes ini sekaligus memberi amaran kepada pasukan keselamatan supaya bertindak mengikut undang-undang tanpa menjadikan diri mereka sebagai kuda tunggangan Umno. Dalam masa yang sama keputusan perbicaraan ini memberi momentum kepada semua pimpinan PAS di semua peringkat untuk terus mengadakan sesi ceramah dan penerangan dari masa ke semasa kepada rakyat yang dahagakan maklumat dan kebenaran.