28 March 2009

ALI RUSTAM MENAGIH SIMPATI NAJIB



Setelah disingkirkan dari bertanding jawatan Timbalan Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Ali Rustam masih lagi menaruh harapan dan simpati dari Presiden Umno, Dato' Seri Najib Tun Razak agar dipilih secara automatik ke jawatan MT.

Beliau mencadangkan agar semua Menteri Besar dan Ketua Menteri ( termasuk le KM Melaka ) dipertimbangkan ke jawatan MT. Menurut Ali Rustam, tidak bermakna MB dan KM yang tewas dalam MT baru-baru ini ditolak oleh akar umbi.

Nampaknya Ali Rustam seperti terlupa atau buat-buat lupa sebab beliau tersingkir dan siapa di balik tabir penyingkiran beliau.

Nampaknya Ali Rustam sekarang terpaksa mengemis untuk meraih simpati kerana menyedari jawatannya sebagai KM Melaka boleh tergugat bila-bila masa dengan perkembangan yang berlaku sekarang. Tidak mustahil perubahan kabinet yang dikatakan bakal berlaku dalam tempoh terdekat bakal melibatkan juga pertukaran ketua -ketua kerajaan negeri yang disingkir oleh Lembaga dan disiplin dan yang tewas dalam pemilihan bagi negeri yang masih dikuasai oleh Umno@BN. Ali Rustam salah seorang darinya?

2 comments:

kulatlapok said...

hajati dihati nak peluk gunung apakan daya KAKITANGAN TAK SAMPAI tapi untuk G7 yang samapai. G7jugak yg kaya..untung jadi G7

BUJANG SUSAH said...

Ali ketam ni dok jer la kat tepi pantai kelebang yg dah ditimbusnya dulu tu.. main dgn anak2 ketam. org dah x pakai ko lagi la ali ketam... malu la sikit.. hidung x mancung muka piang... muhahahahaha