Datuk seri Najib Tun Razak yang merasakan dirinya bakal perdana Menteri Malaysia keenam terus dikaitkan dengan pembunuhan wanita Monggolia, Altantuya Sharibu.Selepas akhbar Liberation dari Peranchis dua media luar negara turut mengaitkan Najib dengan pembunuhan tersebut.
Terkini akhbar British, Times pula menerbitkan cerita sensasi itu.Turut menyiarkan cerita ini adalah TV Australia, ABC, sebelum ini.Semalam, 22 Mac, Timesonline menyiarkan semula cerita itu dengan tambahan maklumat dari wartawannya di Kuala Lumpur.
Menurut laporannya itu, selain pembunuhan Altantuya, pusat kepada laporan ini adalah pemberian komisyen sebanyak RM155 juta kepada Perimekar Sdn Bhd yang dimiliki oleh Abdul Razak Baginda.Menurut laporan Times, pembangkang mendakwa RM155 juta itu adalah komisyen pembelian kapal selam dari Perancis, manakala menteri Pertahanan waktu itu, Datuk Seri Najib Tun Razak pula berkata ia bukan komisyen tetapi bayaran perkhidmatan projek.
Adakah kita hendak mendakwa bahawa akhbar luar negara terbabit turut disogok dengan sejumlah wang yang besar serta terlibat dalam konspirasi untuk menajtuhkan Najib?
Justeru itu, adalah amat wajar sekali Pak Lah memikirkan semula sekiranya berhasrat untuk menyerahkan jawatan Perdana menteri Malaysia ke 6 kepada Najib. Jika tidak pun menangguhkan sekurang-kurangnya sehingga Najib didapati benar-benar bersih dan tidak terlibat dengan jenayah yang dimaksudkan.
Dakwaan dan laporan akhbar tersebut merupakan tuduhan serius yang mencemarkan imej Malaysia di seluruh dunia kerana ia melibatkan soal maruah dan kepimpinan negara.
Adakah kita sebagai rakyat Malaysia tidak merasa apa-apa dengan pendedahan ini dengan hanya membisu dan memekakkan telinga?Najib perlu disiasat untuk memastikan beliau benar-benar tidak terlibat dengan kejadian jenayah itu. Adalah sesuatu yang pelik dan janggal, Najib hanya mendiamkan diri dengan tuduhan dan dakwaan yang sangat berat ini.
Justeru itu adalah amat wajar gesaan daripada pelbagai pihak agar DYMM Agong menggunakan kuasa dan budi bicara baginda untuk tidak memperkenankan nama Najib sebagai Perdana Menteri untuk memastikan hanya pemimpin yang amanah, bermoral, berakhlak serta bertanggungjawab untuk menerajui negara ini.
No comments:
Post a Comment