19 March 2009

RAKYAT MELAKA PRIHATIN DIJEMPUT KE HIMPUNAN AMAN DESAK ALI RUSTAM LETAK JAWATAN

Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka memaklumkan bahawa satu himpunan aman akan diadakan pada 20 Mac 2009 selepas solat Jumaat di hadapan Masjid MITC.

Menurut Kamaruddin peserta himpunan akan berkumpul di masjid tersebut sebelum berarak ke Seri Negeri untuk menyatakan hasrat rakyat negeri Melaka yang mengharapkan Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Ali Rustam meletakkan jawatan sebagai Ketua Menteri dan ADUN Bukit Baru.

Rakyat Negeri Melaka diharapkan dapat mengambil bahagian di dalam himpunan aman ini.Kamaruddin berkata rakyat negeri Melaka amat kesal dengan pengelibatan Ali dalam rasuah dan salah guna kuasa. Maka menurutnya Ali sudah hilang kelayakan untuk menjadi Ketua Menteri dan ADUN.

2 comments:

kasutlama said...

TENGOK LAH SENDIRI KELAINAN POLITIK YANG ADA DI NEGARA INI,

JIKA KETUA PUAK PR BERBUAT SALAH, TAK DA PUN KAUM2 KERAJAAN BERBUAT DEMO UNTUK MENDESAK LETAK ITU DAN INI.

JIKA KETUA PUAK PEMERINTAH YANG BERBUAT SALAH, MULALAH KAUM2 PR NAK BERBUAT SESUATU YANG PROVO UNTUK LETAK ITU DAN INI.

NTAH APA2 TAH..!
ABUK PUN TARAK..!

Wong Pencen said...

kasutlama

Tidak perlu pening-pening memikirkan kelainan politik sebegini. Jawapan sebenarnya mudah sahaja.

Apabila puak PR buat salah, puak kerajaan tak perlu heboh dengan perarakan dan sebagainya. Sebut sahaja, semua media akan siarkan. Bukan sekali malah beberapa kali sehingga bosan kita tengok.

Bila puak kerajaan buat salah, puak PR buat perarakan dan sebagainya untuk menyampaikan maklumat dan permintaan. Kalau tak buat, siapa pun tak peduli. Bila buat perarakan barulah ada media siarkan. Walaupun disiarkan dengan nada menyalahkan namun ada juga la disebut mengapa perarakan tersebut diadakan. Dapat la juga menyampaikan maklumat, dari tak dapat langsung.