10 March 2009

KEPUTUSAN SPM 'MENINGKAT' AKAN 'MENGHALALKAN' PPSMI?

Pada hari khamis ini ( 12 Mach 2009 ) keputusan SPM akan diumumkan. Calon-calon peperiksaan SPM pastinya berdebar-debar dengan keputusan yang bakal diumumkan. Tetapi saya rasa debaran Hishamuddin lebih kencang berbanding dengan calon peperiksaan berkenaan.

Keputusan SPM bakal menentukan hala tuju PPSMI pada masa depan. Malah tidak keterlaluan kalau saya katakan keputusan SPM terutama subjek matematik dan sains menjadi penentu masa depan Hishamudin dalam pemilihan jawatan naib presiden Umno tidak lama lagi.

Apa akan berlaku jika kualiti calon cemerlang dan kuantiti calon lulus dalam subjek sains dan matematik merosot dalam SPM? Sudah pasti akan menyemarakkan penentangan pelbagai lapisan masyarakat yang cintakan bahasa kebangsaan terhadap PPSMI.

Berdasarkan risik-risik yang diterima jumlah calon cemerlang dan lulus bagi subjek matematik dan sains dalam SPM tahun lalu meningkat dengan begitu 'membanggakan'. Jika ini menjadi kenyataan Hishamuddin boleh menarik nafas lega. Sekurang-kurangnya menjadi 'modal' menjelang pemilihan Umno penghujung Mach ini.

Kemungkinan dasar PPSMI akan dikekalkan adalah tinggi jika keputusan matematik dan sains dalam SPM lusa ini akan dijadikan sebagai kayu pengukur. Kerajaan mungkin akan menggunakan keputusan SPM bagi subjek sains dan matematik untuk menjadi dalil untuk 'menghalalkan' PPSMI.

Apa-apapun keputusan subjek matematik dan sains dalam SPM nanti ia bukan dalil dan hujah kepada kerajaan untuk menghalalkan PPSMI. Lagipun sehingga hari ini kerajaan khususnya Kementerian Pelajaran seperti cuba menyembunyikan markah lulus sebenar bagi subjek matematik dan sains dalam peperiksaan UPSR, PMR dan SPM daripada pengetahuan umum.

4 comments:

Mohamad Zulhelmi said...

Perlu ke nk kaitkan politik dengan institusi pendidikan yand menjadi tunggak kepada kemajuan negara???

Saya sebagai salah seorang calon yang akan mengambil keputusan nanti rasa kecewa dengan penulisan penulis.

Rantong said...

Kita perlu berfikiran lebih jauh, sejauh .. mungkin 50 tahun akan datang. Sesuatu perubahan itu perlukan pengorbanan dan usaha gigih semua pihak. Bermula dari ibu bapa seterusnya kpd pelajar itu sendiri.

PPSMI pasti akan membuahkan hasil suatu hari nanti. Bersama2lah kita mempertingkatkan diri bangsa kita.

View Profile: Rantong™

azhar said...

salam...memang sesuatu yg baru itu sedikit sukar namun penerimaan PPSMI mestilah melihat keseluruhan aspek dari segi perlembagaan , kesinambungan bahasa itu sendiri, PPSMI pada saya cuma suatu alat lonjakan ekonomi mudah untuk kroni..bukanlah untuk menjadikan rakyat cerdik..dasar dahulu cukup baik cuma penekanan penguasaan Bahasa Inggeris perlu ditingkatkan namum BI tetap bahasa kedua di negara ini. BM mesti dinobatkan sebagai bahasa pertama..resmi..sekiranya PPSMI dilaksana maka automatik BM diketepikan..undang 2 perlembagaan juga dibakul sampahkan..

Anonymous said...

graf sains dan maths akan di turunkan ikut sukalah.....yang benarnya budak2 suka belajar dlm BI sbb, cikgu tak perlu terang lebih2,budak2 pun tak reti nak tanya lebih2,cuma tau 2 minus 2 equal zero,bila tiba buat essay budak pun apply kat karangan,ali minus abu,so abu hurt,ini bukan lawak.pemikiran budak jadi sempit,tak tau berfikir,dlm sains manusia bernafas guna oksigen,cukup.tak payah terang lebih2 kerana cikgu pun pening nak cari perkataan yang sesuai dlm BI,itu yang hancur anak2 nanti.kenapa tak terapkan anak2 baca buku cerita BI,kemudian berdialog,cerita balik.buku enid blyton masih releven.