09 October 2008

HARGA MINYAK : MENTERI TAK FAHAM MATEMATIK


Harga runcit petrol dan diesel di negara ini mungkin akan diturunkan lagi antara 10 hingga 12 sen seliter akhir bulan ini atau awal bulan depan, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Samad.

Bagaimanapun, katanya penurunan bahan api berkenaan tidak akan melebihi 12 sen bagi mengelakkan keuntungan pengusaha stesen minyak terjejas.

“Sekiranya harga minyak mentah dunia berada di bawah paras AS$100 setong, tidak mustahil rakyat boleh menikmati penurunan harga sekali lagi,” katanya ketika ditemui pada majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Jabatan Perdana Menteri (JPM) di sini, semalam.

Inilah masalahnya bila pemimpin yang jadi menteri tak faham matematik. mungkin masa nak masuk bab campur tolak darab bahagi cikgu menteri berkenaan meninggal dunia ( meminjam kata-kata Allahyarham P. Ramlee ) Kepada menteri berkenaan, rakyat sekarang bukannya bodoh. Masa kerajaan menaikkan harga minyak pada bulan Jun lalu iaitu RM 0.78 sen untuk petrol dan RM 1 untuk diesel harga minyak di pasaran dunia ketika itu ialah antara $ US 135 - $ US 140. Sekarang ini harga minyak di bawah $ US 90. ! Apa pasal masih lagi harga minyak tak boleh nak diturunkan agar lebih murah atau sekurang-kurangnya kembali pada harga asal RM 1.92 ?

Hari ini kerajaan menggunakan alasan tidak masuk akal iaitu minyak tak boleh turun melebihi 12 sen pada masa akan datang kerana bimbang pengusaha stesen mengalami kerugian. Di sini menunjukkan kerajaan lebih rela rakyat menderita dan mengalami kesusahan kerana menjaga kepentingan beberapa kerat pengusaha stesen minyak. Kerajaan tak kisah kadar inflasi melambung, harga barang mahal, kos sara hidup meningkat dan rakyat terpaksa ‘mengikat perut’ asalkan mereka masih kekal berkuasa.

1 comment:

Sameon said...

Perkara berkaitan isu minyak ini memang agak sukar untuk ditangani. Sebarang kenaikan atau penurunan tidak boleh dilakukan sesuka hati. Ia memerlukan kajian mendalam supaya ianya tidak membebankan dan selaras dengan harga semasa..