- Kepada siapa anda berucap. Anda mesti mendapatkan maklumat terlebih dahulu supaya anda tahu apa yang bakal anda ucapkan. Selidiki beberapa maklumat seperti berapa ramai yang akan mendengar, purata umur, jantina, latarbelakang, serta pendidikan. Juga buat anggaran apakah jangkaan mereka terhadap ucapan yang bakal anda sampaikan. Kemudian, tetapkan matlamat daripada ucapan tersebut. Di akhir ucapan, apakah yang anda ingin capai? Bagaimana untuk menjadikannya lebih bermakna?
- Apa yang anda akan berucap… lakarkan. Ianya merupakan konsep dan kerangka utama yang hendak disampaikan. Lakaran tidak perlu ditulis berjela-jela. Cukup sekadar dalam bentuk peta minda yang berupa beberapa patah kata ringkas untuk menggambarkan apa yang ada di kepala anda. Kemudian, senaraikan isi-isi penting yang hendak disampaikan. Susun mengikut kronolfi, kesesuaian dan keserasian. Tuliskan dalam bentuk yang ringkas dan mudah dibaca terutama apabila anda sedang berucap. Seeloknya, anda menaip dan mencetaknya di atas kad-kad kecil yang senang dipegang.
- Gunakan bahasa yang mudah. Jangan terlalu bombastic dalam mengeluarkan kata-kata. Objektif pengucapan awam adalah untuk memastikan audien memahami mesej yang ingin anda sampaikan. Oleh itu, jangan kelirukan audien anda.
- Practice make Perfect. Amalan ini dilakukan oleh ramai tokoh-tokoh hebat dunia. Terdapat banyak ruang untuk anda berbuat demikian. Anda boleh berlatih di hadapan rakan-rakan dan bertanya pendapat mereka. Jika anda rasa malu atau segan, anda boleh lakukannya di hadapan cermin, dan melihat sendiri prestasi diri. Cara lain ialah dengan menggunakan perakam suara atau perakam perakam video.
- Gunakan bahasa badan yang positif. Berdiri dengan tegap dan tinggi. Kembangkan bahagian dada dapatkan postur badan yang positif. Elakkan daripada berpeluk tubuh, menyeluk saku, bercekak pinggang atau apa-apa tabiat tangan yang tidak sesuai. Anda juga perlu tahu untuk menggunakan gerak tangan yang bersesuaian dengan apa yang anda perkatakan. Letakkan tangan anda di sisi bila 'tidak digunakan'.
- Selitkan sesuatu yang 'istimewa' sebagai daya penarik.. Ia adalah cara untuk 'menarik' perhatian audien untuk mendengar ucapan anda. Ia mungkin dalam bentuk lafaz ayat-ayat suci al-Qur;an, pantun, petikan-petikan buku, kata-kata tokoh, teka-teki, cerita ringkas, humor, gimik dan sebagainya. Jika anda pandai menggunakan taktik ini, anda tidak akan 'kehilangan' audien anda. Atau mungkin anda akan menjadi terkenal kerana trademark anda yang menonjolkan sesuatu yang 'istimewa' itu.
- Hubungan mata dan mimik muka yang sesuai. Kekalkan hubungan mata dengan para audien. Sesuaikan mimik muka dengan isi kandungan ucapan anda. Dalam pengucapan awam, suara anda adalah audio dan wajah anda adalah visual. Jika muka anda kelihatan kaku dan dingin, sudah pasti audien akan merasa bosan. Di kala itu, anda akan melihat berduyun-duyun audien yang 'malarikan diri' dari anda.Ingat ! 93 % ucapan berkesan dipengaruhi oleh bahasa badan ( non verbal ).
- Penutup yang menjadi memori audien. Cubalah untuk meninggalkan audien anda dalam keadaan mereka akan mengenangkan anda. Sudahkan ucapan anda ketika orang lain sedang seronok mendengarnya. Anda boleh menggunakan semula teknik 'sesuatu istimewa' seperti pada pembukaan tadi. Jangan berkali-kali berkata, "...ah, saya rasa tidak ada apa lagi yang ingin diucapkan…" tetapi terus menyebut beberapa isi penting. Itu dinamakan penutup yang membosankan. Jika anda asyik melakukannya, pendengar akan muak dan bosan terhadap anda. Alangkah ruginya jika anda berpisah dalam keadaan yang membosankan, bukan?
Perencah tambahan
Cuba cari dan dapatkan tempat-tempat yang suci atau tidak ada orang yang ramai. Contohnya ketika anda sedang memandu keseorangan. Berlatihlah seumpama anda sedang berada dalam situasi sebenar. Rakamkan, dan juga dengar secara teliti dan cuba perbaiki mana-mana kelemahan yang dikenal pasti.
Pencuci mulut
"Sentiasalah mengandaikan pada penghujung anda berucap, terdapat 5000 orang bangun dan menepuk tangan kerana idea dan ucapan anda."
(Thomas Hegarty)
No comments:
Post a Comment