22 August 2008

1 September atau 31 Disember ?


Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Hal Ehwal Pengguna, Dato' Sharil Samad mengumumkan hari ini bahawa harga syiling petrol kekal hingga 31 Disember 2008. Walhal sebelum ini PerdanaMenteri mengumumkan bahawa kerajaan akan melaksanakan harga baru petrol dan Diesel pada 31 Ogos ini dan akan dikuatkuasa bermula 1 September . Sila klik rujuk pada berita di bawah :

http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Thursday/Mutakhir/20080821201921/Article/index_html

Mana satu yang betul ? Perdana Menteri atau menteri ? Mengapa keputusan untuk menurun dan mengekalkan harga petrol boleh berubah dalam sekelip mata ?

Isu harga petrol merupakan isu nasional yang mendapat perhatian rakyat. Dalam hal ini, kerajaan boleh mengikut jejak langkah Singapura yang menurunkan harga minyak apabila harga minyak pasaran dunia menurun. Walaupun Singapura bukan negara pengeluar atau pengeksport minyak. Sila rujuk posting saya bertarikh 31 Julai lalu yang dipetik dari Berita Harian Singapura.

Sekarang harga minyak di pasaran dunia di antara $ AS 98 - $ AS 112 seton. Semasa kerajaan menaikkan harga minyak pada bulan Jun lalu alasan yang diberikan kerana kenaikan harga minyak pasaran dunia. Mengapa kini langkah menurunkan harga tidak diambil apabila harga minyak di pasaran dunia telah menjunam jatuh ?

Apa yang berlaku sebenarnya ? Rakyat sudah cukup terhimpit dan tertekan dengan kenaikan harga minyak. Justeru itu, berita kerajaan ingin menunda untuk menurunkan harga minyak dari asalnya dari 1 September kepada 31 Disember adalah sesuatu yang begitu mengecewakan.

Kita berharap kerajaan akan mengotakan janjinya untuk mengkaji semula harga minyak apabila harga minyak di pasaran dunia menurun. Kini, harga minyak dunia sudah turun, apa lagi yang hendak ditunggu dan dikaji ? Apa lagi yang yang hendak diturunkan baru hendak menurunkan harga minyak ? Teka – teki dan persoalan ini saya kira pihak berkenaan ada jawapannya. Sama – samalah kita tunggu dan lihat apa episod seterusnya yang akan berlaku.


 


 


 

1 comment:

Anonymous said...

Betul la apa dia cakap tu.

Harga Syiling tak semestinya harga runcit.

Harga syiling ialah harga maksimum,
harga maksiumum 2.70 tu yg dia kata dia nak kaji selepas hujung tahun.

Harga syiling tu yg memaksudkan jaminan harga minyak tidak akan melepasi RM 2.70 pada tahun ini.

Maksudnya, kalau harga minyak runcit (harga semasa - 30 sen) melebihi RM 2.70, maka harga akan jadi RM 2.70 kerana itu harga syiling dia.