Pak Lah telah mengumumkan harga minyak akan diturunkan pada 1 Semptember ini. Biasalah kalau nak naik tidak sempat tunggu bulan Ogos, bulan 6 dan naik. Kenapa mesti tunggu hingga sebulan?
Apa lagi yang hendak dikaji dan diteliti ? Menaikkan dan menurunkan harga minyak secara yo-yo ini adalah lebih banyak memberikan kesan spekulasi yang negatif pada pasaran ekonomi.
Kerajaan bercadang akan mengkaji dan mengstrukturkan harga minyak setiap 1 hari bulan. Masih ingatkah lagi Ringgit Malaysia pernah ditambat supaya percaturan ekonomi dapat dilakukan secara rasional? Kaedah tambatan Ringgit pada kadar RM 3.80 telah berjaya menstabilkan ekonomi Malaysia walaupun pada ketika itu berlaku kemelesetan ekonomi dunia yang mana banyak negara membangun telah menjadi mangsa cengkaman hutang IMF.
Apakah harga barang terutamanya sektor pemakanan dapat diturunkan jika kerajaan bercadang menurunkan harga minyak?
Kerajaan juga sepatutnya melakukan harga tambatan minyak supaya perancangan perniagaan berdasrkan pada spekulasi-spekulasi yang hanya boleh menjejaskan ekonomi. Fenomena ini hanya menyumbangkan peningkatan dalam inflasi.
Jelasnya , apabila kerajaan menurunkan harga minyak satu mekanisme penurunan harga makanan perlu dilaksanakan supaya rakyat dapat menikmati kuasa beli yang lebih tinggi seterusnya dapat menjana ekonomi negara.
Jadi tidak perlulah tunggu sehingga sebulan untuk turunkan harga minyak sepatutnya harga minyak diturunkan mulai 1 Ogos 2008."
Bagi golongan berpendapatan rendah sederhana mereka sudah cukup menderita dan tertekan dengan kenaikan harga minyak. Semoga kerajaan akan menyegerakan penurunan harga minyak seperti yang dilakukan Negara jiran, Singapura. Jangan tunggu lama-lama….nanti lama – lama….
No comments:
Post a Comment