08 August 2008

KISAH DUA ORANG PEROMPAK


Kisah ini melibatkan dua orang perompak yang baru – baru ini pergi merompak sebuah bank. Namanya Nuar dan Epol. Beberapa hari kemudian, Epol telah pergi ke Balai Polis melaporkan bahawa dia telah terlibat dalam rompakan Bank bersama dengan Nuar.

Polis telah mengambil laporan yang dibuat oleh Epol. Tak lama kemudian, berdasarkan laporan yang dibuat oleh Epol, Nuar telah didakwa di mahkamah kerana terlibat dalam rompakan. Epol pula telah dilindungi oleh Polis, tak ada apa –apa tindakan dakwaan yang dikenakan. Alasannya, menurut Polis, walaupun Epol turut sama merompak , tetapi Epol telah membuat laporan polis dan Epol dalam hal ini dia adalah pengadu dan menjadi mangsa…..

Moralnya…..fikirkanlah sendiri…..

Kalau tak faham juga...buat - buatlah faham...

1 comment:

mek chabang4 said...

polis terpaksa lindong epol,kerana jikalau epol didakwa dimahkamah bersama sinuar takut kedua dua bertumbuk dimahkamah bahru haru biru hakim,hakim pula bergender mek.