28 August 2008

TEROWONG SMART YANG TIDAK SMART


KUALA LUMPUR: Semalam sekali lagi sekitar Bandaraya Kuala Lumpur di tenggelami banjir.Beberapa jalan utama di sekitar pusat bandar raya ini mengalami kesesakan luar biasa berikutan hujan lebat dan banjir kilat sejak jam 3 petang, semalam.

Hujan lebat turut menyebabkan beberapa kawasan perumahan di sekitar ibu kota dilanda banjir kilat sehingga mengakibatkan kerosakan harta benda.

Antara jalan yang terjejas termasuk Jalan Mahameru, Jalan Bangsar, Jalan Tun Perak, Jalan Cheras, Jalan Sungai Besi, Jalan Ampang dan Jalan Kuching.

Kesesakan jalan raya yang teruk juga dilapor berlaku di sepanjang Lebuhraya Persekutuan, Lebuhraya Kuala Lumpur-Seremban, Jalan Raja Chulan, Jalan Tun Perak serta Puduraya.

Di manakah efisennya Terowong Smart yang bernilai RM 1.8 Bilion ( $ US 514.6 million ) ? Nampaknya masalah banjir kilat yang sering melanda warga kota tiada kesudahan.

Apa yang berlaku seolah –olah menunjukkan kerajaan tidak teliti dan membuat kajian terperinci dalam menangani masalah banjir di Kuala Lumpur.

Masalah yang berlaku menyebabkan warga kota mengalami 'trauma' setiap kali berlaku hujan lebat. Keadaan yang berterusan bukan sahaja membawa kepada kerugian dari segi harta benda tetapi boleh menyebabkan kehilangan nyawa.

Masalah yang gagal diatasi oleh pihak berwajib menyebabkan warga kota menjadi bosan dengan janji –janji kerajaan.Natijah diterjemahkan dalam Pilihanraya ke 12 yang lalu.

Justeru itu, peralihan kuasa yang dijangka berlaku seperti yang diwar –warkan akan membawa harapan dan dimensi baru kepada warga kota terhadap kerajaan baru yang bakal terbentuk untuk membela dan menjaga kebajikan dan keharmonian rakyat


 
 

1 comment:

Anonymous said...

"Justeru itu, peralihan kuasa yang dijangka berlaku seperti yang diwar –warkan akan membawa harapan dan dimensi baru kepada warga kota terhadap kerajaan baru yang bakal terbentuk untuk membela dan menjaga kebajikan dan keharmonian rakyat"

Golongan yang masih tidak sedar dan mengharapkan benda yang tak pasti. PKR yg berangan2..tak semua rakyat adalah PKR. tolong ingat sikit