21 September 2008

BERSEDIA MENGHADAPI KRISIS KEKURANGAN MINYAK DI MUSIM PERAYAAN


Di musim perayaan ini pengguna kenderaan di negara dijangka berhadapan krisis kekurangan minyak berikutan keengganan para pengusaha stesen minyak menambah bekalan minyak sedia ada menjelang Hari Raya Aidilfitri nanti.

Langkah pengusaha stesen minyak menghentikan pengambilan stok baru kerana menunggu pengumuman kerajaan menurunkan harga minyak yang diramalkan akan dibuat dalam tempoh terdekat selewat-lewatnya selepas mesyuarat mingguan kabinet Rabu depan.

Mereka tidak mahu menanggung kerugian sekiranya mereka menambah bekalan baru di stesen mereka pada masa sekarang.

Sekiranya kerajaan masih berteka teki sama ada menurunkan atau pun tidak harga minyak ini mungkin akan menyebabkan krisis minyak kepada negara terutama menjelang musim perayaan nanti.

Dalam hal ini yang menjadi mangsa adalah para pengguna. Kerajaan sepatutnya mengumumkan kadar baru harga minyak lebih awal supaya para pengusaha stesen minyak tidak mengalami kerugian dan para pengguna tidak menghadapi kesulitan nanti.

Adalah sesuatu yang menghairankan kenapa kerajaan masih melewatkan kadar baru minyak sedangkan harga minyak di pasaran dunia telah berada di bawah paras US $ 100 setong sejak minggu lepas lagi.

Justeru itu, kerajaan perlu mengambil tindakan perlu bagi menangani sebarang kemungkinan. Sekiranya berlaku sesuatu yang tidak diingini kerajaan perlu bertanggungjawab sepenuhnya.

4 comments:

Hasbullah Pit said...

Artikel yang baik.

sesumpah@pokka.com said...

paklah nak tunggu minyak turun USD 50 setong baru kasi turun minyak kat malaysia...

Harun Al Rashid said...

Salam...
Memang tak dinafikan, rakyat memang mengharapkan penurunan harga minyak sebelum menjelangnya Aidil Fitri tapi ternyata, penantian itu suatu penyiksaan. Sama ada sebelah pihak pengusaha stesen minyak mahukan rakyat. Rakyat menunggu minyak minyak turun secepat mungkin untuk kegunaan harian. Pengusaha stesen minyak pula menunggu kerana tidak mahu menanggung kerugian. Yang pastinya, saya yakin kerajaan sedang dalam proses penurunan harga minyak. Cuma kita harus bersabar... Tambah pula bulan puasa ni...

Kacangmanis said...

Saya bersetuju dengan pendapat yang dikemukakan oleh harun al rashid.
Kita hanya boleh menunggu proses penurunan harga minyak dengan sabar.
Jangan pula kita bergaduh sesama sendiri hanya kerana harga minyak.