24 September 2008

KERAJAAN 'BERMURAH HATI' TURUNKAN HARGA MINYAK 10 SEN

Kerajaan dijangka menurunkan harga minyak sebanyak 10 sen petang ni. Apa pasal banyak sangat ? Sepatutnya kerajaan hanya turunkan harga minyak 1 sen atau setengah sen saja. Itu baru dikatakan langkah berjimat cermat.

Penurunan harga minyak sebegini banyak sudah pasti menyebabkan perasaan 'kasih sayang' majoriti rakyat kepada kerajaan semakin meluap-luap dan membara.

Sebagai tanda 'kasih sayang' kepada kemurahan hati kerajaan ini mari sama -sama kita memastikan agar kerajaan baru terbentuk dan kerajaan yang ada 'disejuk bekukan' sebagai tanda 'kasih sayang' yang kekal abadi.

5 comments:

Mankanan said...

Kita harus bersyukur walaupun penurunan hanya 10 sen. Sekurang-kurangnya ia dah pasti daripada 70 sen yang hanya di dalam mimpi rakyat seperti mana yang dijanjikan Anwar.

si lembik's said...

bersyukur tetap bersyukur tetapi kenapa baru sekarang boleh diturnkan harga minyak..kenapa lagi dulu tak mau turun..hapa, harga minyak dunia lagi dulu memang naik sentiasa ker ???

kalau lagi dulu Pak Lah ada turnkan harga minya gerenti harga minyak seliter xsampai 2 ringgit...janganlah terlalu membodek...buka sikit minda tu..Allah kurniakan akal untuk berfikir, bukan hanya terima sogokan dan mengiyakan apa pemerintah cakap....

Cikgu Na said...

Kepada Mankanan, hang kena ingat walaupun minyak turun 10 sen ka dua puluh sen ka...harga barang tetap melambung...semua sebab naik minyak dulu 78 sen tanpa pikir panjang...

Mankanan said...

Salam si lembik's dan cikgu na...
Betul la tu.. Harga barang lain semua naik disebabkan harga minyak naik 78 sen dulu. Sekarang harga minyak dah turun 15 sen dan sekarang turun lagi 10 sen. Kiranya daripada 78 sen dah turun 25 sen. Saya bagitau kita harus bersyukur kerana untuk spesifik harga minyak. At least turun sikit daripada tak turun langsung. Bab harga barang tu memang tak dinafikan, takkan tak turun kot? Tapi takpelah, kita sabar lah dulu. Mana tau akan turun jugak. Kita tengok macam mana...

si lembik's said...

oklah mankanan....kita tunggu jela..ada rezeki, turunlah harga barang...kalau x, pastikan duit dipoket sentiasa mencukupi nak beli baran g