08 September 2008

SATU LAGI PROJEK 'GAJAH PUTIH' DI MELAKA


Melaka Digital Mall, satu lagi pembangunan yang bernilai jutaan ringgit yang menjadi projek ‘gajah putih’ di tengah Bandaraya Melaka. Walaupun telah siap sejak tahun lepas lagi, tinjauan saya mendapati hanya terdapat sebuah restoran makanan segera dan beberapa kedai menjual telefon bimbit yang ibarat ‘hidup segan mati tak mahu’.
Bangunan yang pada peringkat awalnya ingin dijadikan Plaza ‘ Low Yatt Melaka’ yang menjual pelbagai peralatan dan aksesesori komputer dan telefon bimbit tidak menjadi kenyataan.

Menurut seorang pengedar dan penjual barang komputer di bandar ini berkata di antara punca peniaga-peniaga komputer tidak berminat menjalankan operasi di bangunan ini kerana sewanya yang mahal dan masalah tempat letak kereta yang dilihat menyukarkan pengguna untuk berkunjung ke sini.

Nampaknya bertambah lagi koleksi projek ‘gajah putih’ di negeri Melaka. Selepas Melaka terkenal dengan projek gajah putih bernilai ratusan juta ringgit di Pulau Melaka dan Stadium Hang Jebat.

Selepas ini saya akan mendedahkan pula siapa ‘makmum’ Masjid Selat di Pulau Melaka yang bernilai puluhan juta ringgit.

1 comment:

Anonymous said...

ala.. bukan nih jer .. banyak lagi bro.. plaza hangtuah, plaza inn, senyum super kat melake raye tuh.. great wall, soon seng plaza..

aduhh.. mcm2 lagi..

pastuh buat pulak tambak pantai kat klebang tuh..skang dah tak nampak lagi orang nak melanggai..(tangkap udang)..

fun fair pun banyak.. aku penah gak pegi kat belakang plaza hang tuah tuh.. emmm.. budak isap gam ade laaa.. huhuhu..

aku pon tak paham laaa..