Proses peralihan kuasa dari BN ke Pakatan Rakyat semakin penuh dengan teka -teki. Malah sudah terdapat tanda -tanda mereka yang sebelum ini begitu berkobar-kobar menulis dan mengulas isu pembentukan kerajaan baru sudah mula hilang sabar. Mereka seolah -olah sudah hilang harapan dan semangat akan terbentuk kerajaan baru di bawah Pakatan Rakyat.
Dalam posting sebelumnya, saya ada menulis pembentukan dan peralihan kuasa yang sama -sama kita harapkan sesuatu yang penuh dengan teknikal dan taktikal. Perlu berhati -hati ibarat menarik rambut di dalam tepung.
Kita perlu menyedari nak ubah kerajaan tidak semudah seperti nak ubah perabut di rumah menjelang raya ini. Mengubah perabut di rumah sempena perayaan adalah semata-mata untuk menyeri dan meraikan Aidilfitri dalam tempoh beberapa hari. Tetapi..mengubah kerajaan adalah menentukan harapan dan masa depan seluruh rakyat Malaysia dari generasi ke generasi. Silap perhitungan dan pecaturan mungkin akan membawa sesalan selama-lamanya. sekiranya kesempatan dan peluang ini tidak dimanafaatkan sebaiknya mungkin ini adalah ruang dan peluang terakhir yang ada untuk membentuk sebuah kerajaan yang amanah dan berkebajikan.
Justeru, sempena fasa terakhir bulan yang mulia ini hayati konsep sabar yang tersirat dan tersurat dalam falsafah Ramadhan. Semoga kita sama -sama termasuk dalam golongan yang mendapat naungan dari Arasy Allah SWT.
1 comment:
Salam...
Memang tak dinafikan memang ramai yang dah hilang sabar dengan kerajaan baru Anwar yang 'sepatutnya' ditubuhkan pada 16 September. Ternyata bahawa Anwar tidak mampu untuk berbuat demikian. Janji hany tinggal janji. Apa pun takde. Rakyat pun dah mula hilang sabar dengan hal ini. Mereka dah mula nampak 'permainan' Anwar memainkan perasaan rakyat yang terlalu mengharap kononnya Anwar mampu memberi sinar dalam hidup mereka tapi apa yang mereka dapat sehingga hari ini adalah janji kosong yang sering ditabur dari dulu lagi..
Post a Comment