23 October 2008

ALI RUSTAM SURUH PILIH PEMIMPIN YANG MEMPUNYAI REKOD BAIK


Ali Rustam semalam menyarankan agar perwakilan Umno untuk memilih pemimpin yang mempunyai rekod perkhidmatan yang baik. Persoalannya siapa dalam Umno yang mempunyai rekod baik ? Najib ?Ali Rustam ? Md. Taib ? Rahim Tamby Chik ? Rafidah Aziz ?

Sekadar beberapa nama...Anda pilihlah sendiri...sebelum ini dalam posting yang lalu saya ada meminta agar dicadangkan pemimpin yang bersih dalam Umno. Setakat ini tak ada lagi calon yang sesuai. Adalah seorang penjenguk blog ini mencadangkan Pak Lah, kira ok lah tu orang pun panggil MR Clean. Tapi Mr Clean pun tak diterima dalam Umno....didesak supaya menyerahkan kuasa pada Najib...Najib Mr Clean yang seterusnya ? Jawabnya punah ranah negara ini nanti. Jika Najib menjadi PM, beliau merupakan PM yang diselubungi paling banyak kontroversi...Altantuya, komisyen pembelian jet Sukhoi, kapal selam Scorpene, Eurocopter dan terbaru pengeluaran Dana KWSP lebih RM 5 Bilion semuanya berkait rapat dengan Najib.

Ali Rustam mempunyai rekod baik ? Anda fikirlah sendiri....Isu banjir kilat yang tak sudah-sudah akibat pembangunan tidak terancang, projek gajah putih yang semakin banyak di Melaka dan Isu babi di Paya Mengkuang yang berlanjutan merupakan sebahagian dari rekod 'baik' Ali Rustam sepanjang menerajui Melaka...

5 comments:

sickness is not well said...

Pak Lah kira ok gak apa.cuma ada orang lain yang buat hal yang membuatkan dia nampak buruk.

kita selalu tengok dan perhati pada pemimpin UMNO sahaja.mengapa kita tak tengok sekali pemimpin-pemimpin didalam PR?adakah mereka semua "maksum" dan bersih dari segala "kekotoran"?

kita ambil satu contoh iaitu Anwar Ibrahim.adakah kita rasa dia benar-benar bebas dari rekod buruk?.kita sendiri boleh tengok yang tindak tanduk didalam kerajaan BN dan kerajaan PR macammana.

si lembik's said...

sekurang2nya dia dah sedar daripada pemimpin UMNO yang lain

mohd said...

semua ahli politik mahu mereka nampak bersih tidak kiralah dari parti manapun mereka.tidaklah pulak saya ketahui tentang Ali Rustam ni.ada yang kata rekod dia elok dan ada yang kata sebaliknya.

pada saya rekod "terjejas" sikit atau ada penah terbuat "silap" itu tidak mengapa.jangan sengaja buat "silap" itu lain cerita la pulak.ada tu orang bawahan yang buat hal tapi orang atasan pulak yang kena bambu.

hip hip hoorey said...

biasa la tu orang politik.memang betol apa yang Ali cakap tu tetapi adakah apa yang dia katakan itu mencerminkan diri dia atau tidak?.

apapun,terpulang pada akarumbi untuk pilih siapa.yang penting politik wang kena banteras.dalam hal politik wang,bila ada ahli politik yang tak mahu terima dan beri duit,ada la pulak pihak lain yang memberi dan meminta wang dari ahli politik tersebut.besar sungguh godaan menjadi ahli politik!

si lembik's said...

to Mohd,
orang melaka sendiri sudah ramai memperkatakan perihal Ali rustam, hanya pencacai saja yang takut hendak bersuara kerana gusar kehilangan kuasa yang menjadi kebanggaan mereka selama ini.

cuba2lah tinggal di Melaka dalam tempoh 5-6 bulan, anda akan merasainya...:-)