07 October 2008

APABILA ALI RUSTAM BERBICARA SOAL AGAMA

Al fadhil Sahibul Samahah Ketua menteri Melaka semalam mengeluarkan 'fatwa' bahawa tindakan penyokong PKR di Batu Caves yang menaikkan replika DSAI sebagai tindakan mendewa dewakan pemimpin. Secara sinis beliau bertanya adakah pembinaan replika tersebut mendapat keizinan dari Pas. Di samping berkata tindakan tersebut satu tindakan yang membazir.

Inilah masalahnya, kalau mengambil pandangan orang yang tak cermin diri sendiri. Jalanlah sekitar Melaka, kita pasti akan menemui billboard besar yang tersergam gambar Ali Rustam. Termasuk yang belum diturunkan sejak PRU yang lalu. Adakah itu tak membazir Datuk ? Alangkah baiknya kos yang mencecah ribuan ringgit itu disedekahkan pada fakir miskin dan golongan tidak bernasib baik.

Sebelum keluarkan apa-apa 'fatwa' tentang patung atau replika sila buang dulu patung-patung yang terdapat di sekitar Melaka. Misalnya patung lembu di Dataran MBMB, patung kancil di depan bangunan Stadhyus, patung di atas bukit St. Paul dan banyak lagi. Harap mufti Melaka tolong nasihatkan Ketua menteri yang sedang bermimpi nak jadi Timbalan Presiden UMNO dan Timbalan Perdana Menteri.


 

1 comment:

Anonymous said...

Sampai bila pun perkara begini takkan selesai jika satu pihak kritik pihak satu lagi. Pihak satu lagi kritik balik. Kesudahannya, gambar Anwar terus jugak dibiarkan di situ tanpa ada apa-apa tindakan...