22 October 2008

BALING KERUSI DALAM MESYUARAT UMNO ! BIASALAH TU...

Sabtu lalu, Persidangan Wanita Umno Bahagian Kuala Selangor kecoh dengan insiden baling kerusi dan tindakan keluar dewan oleh beberapa perwakilan cawangan berpunca daripada bantahan mereka terhadap tindakan Pengerusi Tetap bahagian itu, Zaini Khalid yang tidak memberi peluang kepada perwakilan terbabit untuk mencadangkan 10 nama perwakilan cawangan bagi menghadiri mesyuarat bahagian.


Sehari sebelum itu, persidangan perwakilan Pemuda Umno Bahagian Rantau Panjang turut menyaksikan tindakan agresif sekumpulan individu dengan menjerit dan melaungkan rasa tidak puas hati mereka membantah jumlah perwakilan yang didakwa tidak sah hingga menyebabkan pihak polis terpaksa menggunakan Unit Tindakan Ringan Antirusuhan untuk mententeramkan keadaan.

Biasalah tu, kalau tidak ada adegan baling-baling kerusi maka hilanglah seri dan tidak sempurna agenda dalam mesyuarat-mesyuarat Umno. Mungkin selepas ini akan menyusul adegan yang lebih dasyat dalam mesyuarat Umno akan datang.

Inilah akibatnya apabila perjuangan asal membela nasib Melayu telah menyimpang. Apa yang diperjuangkan hari ini adalah kerana kuasa dan nama. Sudahlah Islam semakin terpinggir dalam Umno, perjuangan membela nasib Melayu pun sudah semakin terpesong. Sebab itulah agaknya Datuk Rais Yatim mencadangkan agar semua jawatan dalam Umno dibuat secara tender. Semuanya kerana wang dan harta, yang menjadi mangsa adalah orang Melayu yang terus tertipu dengan sandiwara dan lakonan Umno membela nasib orang Melayu.

2 comments:

Anonymous said...

"Sudahlah Islam semakin terpinggir dalam Umno, perjuangan membela nasib Melayu pun sudah semakin terpesong."

Silap ni...Bukan terpinggir dalam UMNO tapi terpinggir dalam Pakatan Rakyat. Begitu juga dengan perjuangan membela nasib Melayu pun dah takde dalam perjuangan Pakatan Rakyat. Sebab itulah DAP naik kepala dalam mempertikaikan hak keistimewaan Melayu dan Islam...

Anonymous said...

wow!ganasnya!.dari dulu lagi aku selalu dengar kerusi melayang setiap kali ada mesyuarat UMNO.ni yang susah bila emosi sudah menguasai diri.tak mampu hendak fikirkan dengan lurus dan hanya mengikut perasaan amarah.