30 October 2008

BARU BEBERAPA BULAN OPERASI DAH ROSAK


Hari ini anak saya yang berumur 4 tahun mengikuti rombongan tadikanya melawat sekitar Melaka dengan menaiki bas merah dua tingkat yang diimport khas dari Kota London. Di antara tempat yang akan dilawati ialah Menara Taming Sari.

Seronok betul anak saya lebih-lebih lagi bila dapat tahu cikgunya akan bawa naik menara Taming Sari. Tetapi masa balik dari lawatan tadi, anak saya marah-marah. 'Cikgu kata nak naik menara Taming Sari, tapi kenapa tak naik ?". Lalu saya bertanya pada cikgunya sebab tak naik menara Taming Sari.

Rupa-rupanya menara Taming Sari rosak! Untuk dapat kepastian saya saja menghubungi pihak pengurusan menara. Confirm, memang rosak dari semalam lagi. Menurut pihak pengurusan, kejadian ini bukan pertama kali dah selalu berlaku.

Maknanya semalam Shah Rukh Khan yang menerima anugerah Datuk dan dijadualkan akan dibawa menaiki Menara Taming Sari untuk mempromosikan produk pelancongan Melaka yang terkini itu kempunan tak dapat merasai bagaimana menara tersebut berputar menuju ke atas melihat panorama bandaraya Melaka.

Menara berkenaan baru sahaja beroperasi pada 18 April lalu tetapi telah banyak mendatangkan masalah kepada pengunjung. Kosnya yang mencecah RM 23 juta memang tidak berbaloi dalam usaha kerajaan negeri menarik pengunjung ke Melaka. Lebih memalukan apabila Shah Rukh Khan turut menjadi mangsa masalah yang dialami. Harap-harap, Shah Rukh Khan tidak menceritakan masalah menara tersebut kepada masyarakat luar kerana bimbang anugerah Datuk yang diterimanya akan ditarik balik !

4 comments:

Anonymous said...

Apa gunanya jika sesuatu projek yang kononnya untuk menarik pelancong yang bernilai berpuluh juta RM tapi sering rosak dan memerlukan penyelenggaraan yang berterusan. Yang pastinya kos penyelenggaraannya juga pasti tinggi...

Anonymous said...

lalu Shah Rukh pun berkata ".no,i dont mind about the Datuk title thay they wanna give me.my people in India dont cara about that c#$p.but i'm sad because i couldn't made it to the top of Taming Sari *sigh*".

Unknown said...

adei.buat malu saja menara Taming Sari yang berharga berjuta-juta boleh rosak.kalau rosak sekali dua tidak apa lah.tapi ini dah berkali-kali.nanti orang merajuk pula tak mahu naik lagi ke menara tersebut.

Anonymous said...

Jika masalah kerosakan yang sering terjadi pada sistem mekanikal menara taming sari disebabkan oleh penyelenggaraan yang dibuat secara 'lebih kurang' tapi kos tinggi (masalah makan duit) maka ia harus disiasat dan ambil tindakan secepat mungkin. Jangan malukan negara kita dengan perkara-perkara yang tak sepatutnya berlaku. Dan yang tak best lagi jika benar-benar ada pihak makan duit dari kos penyelenggaraan...