12 October 2008

EYE ON MALAYSIA...SATU LAGI PEMBAZIRAN DI BAWAH ALI RUSTAM


Eye On Malaysia yang sebelum ini di Tasik Titiwangsa Kuala Lumpur

Eye On Malaysia yang sebelum ini beroperasi di Tasik Titiwangsa Kuala Lumpur kini sedang rancak dipasang di Bandar Hilir Melaka dan dijangka mula beroperasi pada 18 Oktober ini.

Apa yang menjadi persoalan, siapakah yang terpaksa menanggung semua kos yang berkaitan dengan pemindahan Eye On Malaysia dari Kuala Lumpur ke Melaka ? Bagaimana pula dengan nasib Menara Taming Sari yang bernilai RM 26 juta yang juga terdapat di Bandar Hilir Melaka iaitu hanya beberapa ratus meter dari tapak Eye On Malaysia yang sedang dipasang. Secara logiknya, pelancong dari dalam dan luar akan memilih salah satu daripadanya kerana kos menaikinya yang mahal.Kadar Menara Taming Sari ialah RM 20 untuk dewasa dan RM 10 untuk kanak-kanak manakala untuk Eye On Malaysia ialah RM 18 untuk dewasa dan RM 9 untuk kanak-kanak 12 tahun ke bawah. Lagipun kedua-duanya mempunyai fungsi yang sama iaitu untuk melihat pemandangan menarik sekitar Bandar Hilir dan Bandaraya Melaka.

Jumlah pengunjung yang menaiki Menara Taming Sari yang ada sekarang ini pun dah mula merosot.Jika tak percaya anda boleh memerhatikan sendiri apabila berkunjung ke Bandar Hilir. Malah pada hari-hari biasa kecuali hujung minggu Menara Taming Sari ini seakan-akan tidak berfungsi kerana terlalu kurang mendapat sambutan. Awal-awal dulu memang le ramai.

Satu perkara lagi, apa perlunya Eye On Malaysia di Melaka bukankah Melaka sudah mempunyai Eye On Melaka di tepi sungai Melaka?
Eye On Melaka

Selain Eye On Malaysia, sebuah Skrin Air Terbesar di dunia dan 'aerospace dome' yang bernilai RM 43 juta yang sedang dalam pembinaan di tempat yang berhampiran.

Ini semua menunjukkan pembaziran yang dilakukan oleh kerajaan negeri yang seolah-olah tidak mengambil pengajaran daripada kegagalan projek-projek mega di Melaka sebelum ini yang akhirnya menjadi projek gajah putih. Di antaranya ialah projek Pulau Melaka yang bernilai bilion ringgit yang kini menjadi sarang maksiat dan tempat melepas gian penagih dadah. Ali Rustam juga tidak mengambil ikhtibar daripada kegagalan projek 'Suara dan Bunyi' yang bernilai jutaan ringgit yang sekarang tanpa suara dan bunyi kini semakin sunyi sepi.

3 comments:

Anonymous said...

Sepatutnya dalam kegawatan ekonomi yang tak menentu sekarang ni, benda-benda yang dilihat sebagai pembaziran, tidak perlulah dilaksanakan. Saya yang tidak mengikuti perkembangan terbaru Eye on Malaysia, agak terkejut baru-baru ini apabila saya melihat pemandangan KL dari Menara KL. Saya lihat di Tasik Titiwangsa, saya dapati Eye on Malaysia sudah tiada di sana. Dalam hati terdetik juga, mungkin sudah tamat tempoh penyewaannya. Tapi hari ini baru saya tahu rupa-rupanya ia telah berpindah ke Melaka...

Anonymous said...

saya tidak nampak apa perlunya eye on malaysia perlu dipindah ke Melaka.di melaka sudah ada eye on melaka dan menara taming sari untuk para pengunjung melihat pemandangan.

mungkin dipindahkan sebab sumber kewangan bagi Melaka adalah pelancongan dan mungkin sbb itu difikirkan jika eye on malaysia dipindahkan ke Melaka maka akan menarik ramai lagi pelancong ke sana.

si lembik's said...

patutla kilang Qimonda di Melaka pindah kat senai...kerajaan negeri pun dah xpandang sumber industri lagi......makin ramai mengangur selepas ini