20 October 2008
MALAYSIA BELI HELIKOPTER LEBIH DUA KALI GANDA MAHAL ?
Mengejutkan ! Itu yang saya dapat katakan bila pendedahan yang dibuat bahawa Malaysia membeli dan bakal membayar lebih dua kali ganda harga Euorocopter yang dipersetujui oleh Kementerian Pertahanan semasa Najib masih menjadi Menteri Pertahanan.
Brazil membeli helikopter Eurocopter EC-725 dengan harga yang lebih murah RM82 juta sebuah, sedangkan Malaysia bakal membayar dengan harga RM193 juta.Brazil telah menandatangani kontrak pembelian 50 buah helikopter Cougar yang bernilai US$1.2 bilion ataupun RM4 bilion. Manakala Malaysia pula telah menandatangani kontrak berjumlah RM2 bilion hanya untuk 12 buah helikopter Cougar.
dua negara ini bagi sebuah helikopter dengan model yang sama sebanyak RM111 juta atau RM1.2 bilion bagi kontrak membeli 12 buah unit, tambahnya.
Persoalan timbul ialah ke mana perginya RM1.2 bilion ini ?
Kontroversi pembelian ini muncul selepas Mentari Services Sdn Bhd mempertikaikan tatacara perolehan helikopter tersebut minggu lalu dan isu yang sama dibangkitkan oleh ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dewan Rakyat, Isnin lepas.
Pengerusi syarikat itu Kapt (B) Datuk Zahar Hashim mendakwa keputusan kementerian mengeluarkan surat hasrat (LOI) kepada Eurocopter "agak luar biasa dan bertentangan dengan prosedur yang telah diamalkan selama ini."
Kementerian Pertahanan bagaimanapun menafikan perolehan helikopter Eurocopter Cougar EC-725 melalui proses yang meragukan dan luar kebiasaan seperti dakwaan sebuah syarikat baru-baru ini.
Dalam kenyataannya Jumaat lepas, ketua setiausaha kementerian itu Datuk Abu Bakar Abdullah menyatakan perolehan itu mengikut peraturan seperti ditetapkan, tanpa dipengaruhi mana-mana pihak.
Di samping itu, Brazil mendapat manafaat pemindahan teknologi hasil pembelian tersebut berbanding Malaysia yang terpaksa bayar mahal.
Kontrak Brazil itu juga mewajibkan Eurocopter memindahkan teknologi ke kilang di Brazil dan ini juga mempunyai kesan positif dari segi pekerjaan yang akan ditambah
tetapi pembelian di Malaysia langsung tidak mempunyai sebarang asas timbal balik yang mendatangkan keuntungan buat Malaysia sama ada jangka pendek mahupun jangka panjang.
Kenapa BPR tak siasat ? Ke mana perginya ketegasan yang kononnnya BPR sebuah badan yang telus tanpa membuat siasatan dan dakwaan terpilih? Dalam hal ini Najib wajar diheret ke muka pengadilan atau disiasat oleh suruhanjaya diraja. Isu Pembelian Kapal selam Scorpene, jet Sukhoi dan peralatan ketenteraan lain masih menimbulkan pelbagai polemik dan kontroversi yang mesti dijelaskan kepada rakyat.
Perbezaan harga yang ketara dan pembelian tanpa mengikut prosedur seolah-olah menjadi 'trend' Najib menggunakan wang rakyat dan wang negara. Bayangkan apa yang berlaku jika orang seperti ini menerajui negara ?Siasatan segera perlu dilakukan agar negara ini tidak bankrap dan memastikan perdana menteri yang menerajui negara mestilah seorang yang bersih dan bebas dari sebarang skandal dan penyelewengan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
dengar khabar yang Najib akan meminta untuk skandal Eurocopter ini disiasat.oleh itu buat Najib,jangan hanya siasat orang bawahan sahaja.Najib sendiri juga perlu untuk disiasat dalam hal ini.
Skandal besar pembelian Eurocopter harus diselesaikan segera. Siasatan yang mendalam harus dijalankan seadil-adilnya bagi mencari apa yang sebenarnya berlaku dalam isu ini. Orang yang paling utama harus disiasat ialah Najib. Ini adalah kerana pembelian Eurocopter adalah dibawah kuasa beliau semasa menjadi Menteri Pertahanan sebelum ini... Bpr harus tegas menjalankan siasatan rapi berhubung isu ini. RM 1.2 billion bukan jumlah yang kecil tapi ia terlalu besar dan adalah wajar jika ia digunakan pembangunan infrastruktur utama negara ataupun dalam membantu membasmi kemiskinan...
Ini kes besar.Siasatan terperinci perlu dilakukan.
jangan hanya kerana orang-orang yang terlibat adalah orang-orang yang besar2 dan terpengaruh, siasatan hanya tutup sebelah mata. Najib sendiri perlu disiasat kerana dia orang yang bertanggungjawab dalam deal tersebut. Macammana big figure mcm tu bleh terlepas pandang?
hmmm, nampaknya siasatan hanya tinggal siasat... penat ja kalau buat.. najib makin menjadi-jadi sekarang nie....sama ja level ngan ali rustam
Post a Comment