24 October 2008

PELANCONG ANGKASA DAN ANGKASAWAN MALAYSIA..



Richard Garriott :PELANCONG ANGKASA


Syed Muzzafar : ANGKASAWAN MALAYSIA

Hari ini Richard Garriott, jutawan permainan video dari Amerika Syarikat selamat kembali ke bumi. Media seluruh dunia menggelarnya sebagai pelancong angkasa.

Dia pergi angkasa lepas di Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa ( ISS ) menggunakan roket Soyuz milik Russia selama 12 hari. dengan segala perbelajaan sebanyak AS$ 35 juta ( RM 119 juta ) dengan menggunakan duit poket sendiri. Di samping itu,sepanjang di ISS dia turut melakukan beberapa kajian terutama berkaitan tekonologi permainan video yang dihasilkan oleh syarikatnya. Tak de pulak dengar dia dipanggil angkasawan atau astronaut.

Berbeza dengan Syed Muzzafar yang turut ke stesen ISS selama 10 hari juga dengan Roket Soyuz milik Russia.Berlepas dari stesen yang sama dan kembali ke bumi di tempat yang hampir sama dengan Garriott! Perbelanjaan mencecah hampir RM 120 juta yang turut membuat beberapa eksperimen, balik-balik je terus dapat gelaran angkasawan atau astronaut. Sehingga hari ini diusung ke hulu ke hilir menceritakan pengalamannya sebagai angkasawan.

Kenapa Richard Garriott dipanggil pelancong angkasa dan Syed Muzzafar dapat gelaran angkasawan. Bila fikir-fikir balik, barulah saya faham Syed Muzzafar dapat gelaran angkasawan sebab dia pergi ke ISS guna duit negara, duit rakyat! Manakala Richard Garriott pergi guna duit sendiri sebab itu dia tak layak dipanggil angkasawan !

4 comments:

armouris said...

ada masanya kita kena sokong jugak (walaupun sokong pembangkang) kalau yang dibuat tu ada faedahnya...

-----------------------
info-jariah.blogspot.com
info-kesihatan-anda.blogspot.com
our-health-info.blogspot.com

gergento.com said...

Bukan gelaran itu yang penting geng, yang penting sekurang2nye bebudak sekolah terbuka minda utk belajar bersungguh-sungguh supaya satu hari nanti boleh naik bulan...

Anonymous said...

sudahlah kerajaan tanggung semua perbelanjaan dia ke iss, bila diundang ceramah si syed muzzafar ni demand hingga 3-4 ribu untuk sejam. dah ambil kesempatan pulak.tak patut betul...emmm...mana ye pergi dato JJ yang dulu sibuk2 masa program angkasawan ni ? dah merajuk ke ?

Anonymous said...

syed muzzafar tu ke ISS @ bulan sekalipun bagus, tok guru Nik Aziz pun sokong...tapi yang tak bagusnya UMNO...masa PRU dulu syed muzzafar dah jadi alat kempen UMNO...kena heret ke hulu ke hilir...seolah2 guna duit UMNO hantar dia ke ISS...tapi bagusnya dengan guna syed Muzzafar makin ramai yang sokong BULAN !