21 October 2008

UMNO UNTUK DILELONG ?

Datuk Rais Yatim hari ini secara sinis mencadangkan agar jawatan Umno dibuat secara tender. Sesiapa yang banyak duit boleh kemuka tender untuk mendapat jawatan yang dipertandingkan. Beliau berkata demikian kerana telah muak dengan gejala rasuah dan lobi melobi yang berlaku dalam Umno.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=1021&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_28.htm

Cadangan baik juga tu…macam mana kalau tender tak laku ? Mungkin ada pula cadangan bukan sahaja jawatan dalam Umno ditender tetapi dengan Umno dan pemimpin-pemimpinnya sekali dilelong. Agak-agaknya ada tak yang berminat ?Rasanya mungkin ramai yang tak setuju tetapi tak mustahil lebih-lebih lagi dalam keadaan Umno yang makin tenat.Apabila Umno sudah hilang kuasa, taring telah dicabut dan sumber kewangan semakin terhad pada masa itu tak ada siapa lagi nak bersama dengan Umno. Masa itu mungkin jawatan dalam Umno terpaksa dilelong kerana tidak ada lagi yang berminat.

3 comments:

razali hakim said...

politik wang harus dihentikan.sudah sekian lama ia menjadi "budaya" didalam UMNO.jika kita atasi "budaya" ini sekarang,maka kelak nanti kita akan hilang pemimpin yang berwibawa gara-gara wang menjadi ukuran dan bukanna sifat dan sikap seseorang pemimpin itu.

tanggapan "siapa ada paling banyak duit,dialah yang harus berkuasa" perlu dilenyapkan.duit ada tapi ciri-ciri kepimpinan kurang pun tiada gunanya.lebik baik jika ianya seiringan.

pemikir muda said...

jadi masalah bila ada yang mempunyai mentaliti "duit boleh beli segalanya dan setiap orang ada harganya".

bila agaknya senario politik kita akan bersih dari penyalahgunaan wang.selagi ada permintan wang untuk mendapat tempat dalam politik,selagi itu penyalahgunaan wang akan wujud.

tetapi..benarkah Rais tidak pernah menggunakan wang untuk naik? :)

little said...

Politik wang dan pawang politik dalam UMNO