25 October 2008
ZAKAT MENINGKAT : ORANG MELAYU MASIH PALING RAMAI MISKIN DI MELAKA
Kerajaan Melaka berbangga dengan kutipan zakat di Melaka yang sehingga 23 Oktober ini berjumlah RM 17 juta berbanding tahun lalu pada masa yang sama kira-kira RM 14 juta. Dari jumlah berkenaan hanya RM 6 juta diperuntukkan oleh Majlis Agama Islam Melaka ( MAIM ) untuk pemberian zakat asnaf fakir dan miskin seperti yang dimaklumkan oleh Ketua Menteri Melaka semalam.
Walau bagaimanapun pada masa yang sama kadar kemiskinan di Melaka adalah melebihi 25% jika berdasarkan Kadar Garis Kemiskinan ( PGK ) RM 1500 untuk seisi rumah.Ini berdasarkan satu jawapan di parlimen yang diberikan oleh Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Amirsham Abdul Aziz dalam satu jawapan di parlimen pada bulan Jun lalu.Angka ini adalah sangat tinggi berbanding penduduk Melaka yang tak sampai pun sejuta orang.
Di samping itu, orang Melayu di negeri ini kekal sebagai penduduk tertinggi yang paling miskin berbanding kaum-kaum lain.
Apa guna saban tahun kerajaan berbanggga dengan kutipan zakat yang semakin meningkat tetapi dalam masa yang sama orang Melayu Islam di negeri ini masih ramai yang merempat dan melarat.
Justeru itu, kerajaan negeri Melaka perlu mencari formula yang sewajarnya bagi mengatasi masalah kemiskinan di negeri ini daripada memberi perhatian kepada projek pembangunan dan pelancongan yang tidak perlu bernilai ratusan juta ringgit yang akhirnya terbiar begitu sahaja seperti yang saya dedahkan sebelum ini.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
masa khalifah umar ibn aziz dulu, duit zakat tak habis diagih, sebab susah nak jumpa orang yang layak terima zakat. rakyat hidup senang masa tu...
(kebiasaanya, wang zakat dipastikan habis licin bila tutup akaun satu tahun)
sekarang, duit zakat tak habis, tapi orang fakir miskin ramai lagi, ramai orang berhutang sampai along nak bunuh, muallaf ramai yang murtad balik sebab tiada sokongan orang islam, anak-anak miskin yang musafir belajar di dalam dan luar negara ada yang mengikat perut. amil (staff majlis zakat) jugak yang dapat full, siap bonus lagi... peruntukan 7 asnaf yang lain, amil jugak yang makan ke....
pengagihan zakat di kelantan sekarang dan terengganu masa PAS perintah dulu, macamane ye, bagus ke?
-----------------------
info-jariah.blogspot.com
info-kesihatan-anda.blogspot.com
our-health-info.blogspot.com
Mana tak miskin..
Bagi duit je...
Kena train untuk orang miskin berdikari..
Kalau sumbat je duit memang masih camtu le..
Rasa patut ikut Lembaga Zakat Selangor yang memberi peruntukan untuk orang miskin berniaga.. Lebih baik lagi..
Post a Comment