07 November 2008

LAGI-LAGI PEMBAZIRAN DUIT RAKYAT DI MELAKA...-MALAYSIAKINI

Akibat kelalaian dan kesilapan yang tidak sepatutnya, sebanyak RM 2.55 juta terpaksa diperuntukkan untuk mengatasi masalah kulat yang berlaku di Poliklinik Ayer Keroh.

Walaupun baru beberapa tahun beroperasi masalah kulat ini semakin membimbangkan. Mengulas punca masalah yang berlaku Pengerusi Jawatankuasa Negeri Hal Ehwal Wanita, Pembangunan Keluarga dan Kesihatan, Norpipah Abdol berkata ia berpunca dari suhu bilik yang terlalu sejuk serendah 16-17 darjah celsius dan kebanyakan bilik mempunyai kadar kelembapan relatif yang tinggi sehingga menyebabkan kulat mudah membiak.

Kenapa sampai jadi begitu? Adakah sebelum bangunan ini digunakan agensi kerajaan yang berkaitan tidak memantau perkara ini dengan teliti? Biasanya sijil layak menduduki (CF) memerlukan prosedur yang rapi. Bagaimana pula kontraktor yang terlibat? Semua pihak yang terlibat wajar bertanggungjawab dan tidak boleh lepas tangan. Siasatan segera dan terperinci perlu dilakukan. Sekiranya berlaku penyelewengan, mereka yang terlibat mesti diheret ke muka pengadilan kerana jumlah RM 2.55 juta yang terpaksa dikeluarkan adalah sangat besar lebih-lebih apabila melibatkan duit rakyat.

3 comments:

Anonymous said...

apa nak di herankan bang... bila ada projek adalah komisen nya

Anonymous said...

aku dpt tau company yg buat tempat ni terus tutup pintu lepas siap projek..bukak company semate2 utk projek ni..

Anonymous said...

bkn 2.55 juta, 3 juta lebey