Dalam diam-diam Tan Sri Muhammad Taib sudah mula pasang strategi untuk rebut jawatan timbalan presiden Umno. Adakah kita semua perasan pakej ransangan ekonomi RM 7 bilion yang dibentangkan Najib yang penuh kontroversi tempohari banyak beri perhatian untuk golongan di luar bandar?
Siapa menteri yang jaga hal ehwal masyarakat di luar bandar? Orangnya lain dan tak bukan adalah Md. Taib. Adakah dana yang begitu besar yang diperuntukan untuk golongan luar bandar merupakan satu kebetulan? mungkinkah ia merupakan strategi serampang dua mata atau sambil menyelam minum air? Bertujuan memberi dana atau 'modal' kepada Md. Taib berhadapan dengan kempen tiga penjuru merebut jawatan nombor dua.
Mungkin ini memberi isyarat bahawa Najib lebih selesa menjadikan Md. Taib sebagai regu berbanding Muhyiddin dan Ali Rustam. Najib berselindung atas nama memulihkan ekonomi untuk 'memulihkan' dan mengangat imej Md. Taib pada pandangan umum. Melalui pakej kewangan yang besar sudah pasti banyak projek akan disediakan.
Jadi faham-fahamlah..Bila banyak projek, siapa yang akan dapat peluang? Sudah pasti kontraktor-kontraktor yang selama ini begitu rapat dengan pemimpin Umno. Kalau tidak beri pada kaum kerabat sendiri projek-projek yang bakal dijalankan setidak-tidaknya boleh ambil komisyen. Bila banyak komisyen maka banyaklah modal untuk berhadapan dengan pemilihan Umno. Apa yang pasti mereka yang setia dan rapat pada Md. Taib akan dapat segala projek yang bakal memberikan pulangan yang lumayan.
Sebanyak RM525 juta daripada pakej rangsangan ekonomi yang diumumkan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini akan digunakan untuk membina rumah bagi 15,000 keluarga miskin tegar di seluruh negara.
Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Tan Sri Muhammad Muhd. Taib berkata, semua keluarga miskin tegar itu akan memiliki rumah sendiri dengan dua atau tiga bilik.
“Pembinaan rumah ini akan menyelesaikan 90 peratus masalah rumah keluarga miskin tegar kerana dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9), jumlah rumah yang akan dibina adalah sebanyak 20,450. Datuk Seri Najib telah menubuhkan satu jawatankuasa khas bagi membolehkan pembinaan rumah ini dijalankan secepat mungkin, kita akan mulakan pembinaan ini tahun depan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan program ’Apa Khabar Orang Kampung’ di Kampung Matang Acheh, Pantai Remis di sini hari ini.
Beliau berkata, kerja-kerja pembinaan rumah ini perlu dipercepatkan bagi menggalakkan pertumbuhan ekonomi di semua kawasan yang terlibat.
16 November 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
6 comments:
Aku suka juga kalau mamat tyson atau ali ketam tu menang kalahkan mamat sembab. Kalau ini berlaku maka kita akan tengok perpecahan besar akan berlaku dalam UMNO.Agak pelik juga kalau diaorang ni menang macam cerita si kancil kalahkan gajah, dah tentu mesti ada udang disebalik batu.Aku berdoa agar jangkaan pemilihan kali menjadi realiti untuk lebih mempercepatkan proses UMNO berkubur.
i support my42u :-)
cepat2 kasi umno kubur. we help malays the correct way. not the 'rasuah' way.
yng kt atas skandal betina..yng kt bwh die skandal duit..lama2 UMNO jdk parti yng berpemimpin skandal...mcm2 dunia...
Salam,
Saya hanya mengharapkan para perwakilan masih boleh berfikir secara rasional, dan masih boleh memilih calon yanag paling berkelayakan.
Mahathir ada mengatakan bahawa antara tiga orang calon itu ada yang dianggapnya sebagai "Pak Lawak".
Jadi wajarlah kalau yang terpilih nanti bukan salah seorang Pak Lawak.
salam,
bagi Mahathir,hanya Muhyiddin saja yang layak kerana hanya Muhyiddin yang lantang "mengikut kata" Mahathir berbanding dua calon yang lain.
cuba jika kesemua calon bersuara senada dengan Mahathir.pastinya tiada "pak lawak" buat Mahathir antara mereke bertiga.
apa salahnya jika peruntukan diberi kepada golongan luar bandar walaupun menterinya adalah Taib?.
kita kena fikir kehadapan dari tu.golongan luar bandar juga perlu dibangunkan.takkan kerana Taib menterinya maka golongan luar bandar tidak berpeluang untuk menikmati hidup yang lebih selesa?
kalau ada yang amek komisen diatas projek yang dijalankan tapi projek tersebut berjalan dengan lancar dan jayanya dan pihak yang menerima komisen tersebut layak menerimanya maka rasanya tiada masalah.asalkan wang itu digunakan untuk tujuan asal (membangunkan golongan luar bandar dan bukan hanya setakat mencari keuntungan).
kampung saya di kawasan yang boleh dikatakan agak pedalaman telah pun ada infrastruktur yang lebih elok berbanding sebelum ini.
Post a Comment