07 November 2008

PEMBEBASAN RAJA PETRA: BUKTI KERAJAAN BN MENCABUL UNDANG-UNDANG -MALAYSIAKINI


Mahkamah Tinggi Shah Alam di sini hari ini menerima permohonan habeas corpus bagi pembebasan penulis blog Malaysia Today, Raja Petra Kamarudin daripada ditahan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Beliau diperintahkan dibebaskan serta merta.

Berita ini sudah pasti sesuatu yang menggembirakan kepada semua pejuang demokrasi tulen di negara yang selama ini membangkitkan dan mengutuk tentang penggunaan ISA secara sewenang-wenangnya untuk kepentingan politik sempit pihak tertentu.

Berita pembebasan ini pasti akan menyebabkan Najib tidak tidur lena kerana pastinya selepas ini RPK akan lebih lantang dan berani untuk membuat pelbagai pendedahan skandal yang berlaku. Saya yakin ramai rakyat Malaysia sedang ternanti-nanti kehadiran RPK sebagai saksi perbicaraan kes Altantuya nanti.

1 comment:

Anonymous said...

kalau nak kata kerajaan BN cabul undang-undang rasanya RPK dah duduk dalam Kamunting Prison sampai akhir hayat dia.tapi sebaliknya RPK telah dibebaskan dan diberi peluang pula untuk menjadi saksi kes Atlantuya.

jadi siapa yang akan terkena nanti masa RPK jadi saksi?adakah RPK (kalau ketarangan dia tak sah dan artikel-artikel yang dia pernah tulis tentang Najib semuanya tipu belaka atau half-thruth) atau Najib (jika semua dakwaan RPK adalah benar)?