Pihak pendakwaraya seolah-olah sengaja untuk melengah-lengahkan perbicaraan kes Altantuya dan kes liwat yang didakwa melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Perbicaraan peringkat membela diri kes Altantuya ditunda sehingga pertengahan Januari depan manakala kes liwat DSAI terpaksa ditangguhkan hingga 20 November ini.Pihak pendakwaraya memohon untuk merayu agar kes liwat DSAI yang masih di peringkat awal dibawa ke mahkamah tinggi. Walaupun keputusan sebelum ini dibuat untuk mengekalkan kes ini di mahkamah seksyen pihak pendakwa terus bertungkus lumus untuk mencabar untuk membawa kes ini ke mahkamah tinggi.
Belum apa-apa lagi dah macam-macam keraguan wujud dalam kedua-dua kes ini. Apa motif pendakwaraya melengahkan perbicaraan kes liwat DSAI? Kenapa pendakwaraya bersungguh-sungguh hendak memindahkan kes ke mahkamah tinggi?
Satu perkara yang pasti, pihak pendakwa merasakan dengan sikap serta ketegasan yang ditunjukkan hakim SM Komathy Suppiah, agar sukar bagi pihak pendakwa untuk berhadapan dengan kes ini. Lebih-lebih lagi umum mengetahui banyak berlaku persoalan dan teka-teki yang perlu dirungkaikan untuk diketahui oleh umum.
Pada pandangan saya pihak pendakwaraya akan mencari jalan untuk terus melengah-lengahkan kes ini dengan 1001 alasan sehingga Najib 'selamat' menjadi presiden Umno dan perdana menteri. Wujud persoalan dan dakwaan yang kuat bahawa Najib terlibat dan memainkan 'watak' penting dalam kedua-dua kes ini.
Jika beginilah keadaannya sampai bila pun sistem kehakiman kita tidak akan dihormati. Menjadi alat pihak tertentu untuk mengekalkan pengaruh dan kuasa. Tapi yakinlah, sejarah telah membuktikan setiap kebatilan dan kepalsuan lambat laun akan terbongkar juga. Hari ini rakyat menjadi hakim kepada apa yang berlaku di dalam negara.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Walau bagaimanapun saya yakin ini hanya spekulasi yang di'hangat'kan oleh pembangkang untuk membangkitkan suatu perasaan yang mendorong untuk membenci kerajaan.
inilah dia otak org umno, lebih teruk drpd lembu, woi samad, jgnlah hang jadi mcm lembu ada akal takleh nak fikir, hang tgklaH sendiri sikap pemimpi2 umno dan kuncu2nya, kes pembunuhan anltantuya saksi penting dan bukti yg boleh di gunapakai di gelapkan dan di tolak begitu saja oleh pendakwaraya dan hakim, kes 500 juta komensyen kapal selam sehingga kini di senyapkan dan tiada jawapan yg tuntas dan menyakinkan rakyat, politik wang dlm umno(rasuah politik)dewasa ini semakin parah dan menjijikan lagi meloyakan rakyat, inilah dia nanti pemimipi2 akan menerajui dan memimpin malaysia, alamatnya hancurlah malaysia ditangan pemimpin umno haprak lagi meloyakan, inilah dia umno dulu kini dan selamanya bodoh mcm lembu, ada akal diberi allah tapi tak boleh nak berfikir dgn cerdik dan bijaksana.
Post a Comment